Sabtu, 14 Disember 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perlukah kerajaan pusat tunaikan permintaan kerajaan <b>negeri</b> <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2013 02:57 AM PST

Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang meminta supaya Kerajaan Pusat menimbang untuk membina Jambatan Palekbang dan menyelesaikan beberapa perkara bagi kemudahan rakyat di negeri ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui meluahkan rasa gembira dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad dalam majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Tahun 2013 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-44 di Istana Balai Besar, di sini semalam.

Seorang suri rumah, Azizah Yaacob, 66, menyambut baik titah baginda yang dilihat telah membantu serta memudahkan rakyat dalam pelbagai aspek.

"Baginda menyampaikan hasrat rakyat Kelantan dan ini jelas membuktikan keprihatinan tuanku terhadap rakyat di negeri ini.

"Saya berharap dengan ini, Kerajaan Pusat akan membantu memberikan keselesaan kepada rakyat di negeri ini demi kepentingan bersama," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada majlis istiadat tersebut, Sultan Muhammad meminta Kerajaan Pusat menimbang membina Jambatan Palekbang merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kampung Cina, Kota Bharu dengan Palekbang, Tumpat bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kota Bharu.

Projek pembinaan jambatan itu telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak 17 tahun lalu, namun sehingga kini masih tidak ditunaikan.

Selain itu, baginda turut menyeru kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat untuk membina projek Empangan Nenggiri yang mampu menjana tenaga elektrik ke seluruh Kelantan serta menyelesaikan masalah bekalan air.

Sementara itu, Mizema Abdul Rahman, 54, berkata, inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat di negeri ini yang sememangnya memerlukan kemudahan yang lebih baik.

"Tuanku sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini dan baginda telah bertitah untuk memberi kemudahan kepada rakyatnya. Saya cukup gembira mendengar titah baginda dan saya berharap Kerajaan Pusat memandang serius demi untuk kebaikan rakyat," katanya.

Seorang pesara, Mohd. Resdi Samat, 60, pula berkata, titah baginda yang meminta kerajaan membantu menyelesaikan beberapa projek adalah langkah yang terbaik untuk rakyat di Kelantan.

"Baginda bertitah demikian bagi memberi keselesaan kepada penduduk di negeri ini, sekali gus ia menunjukkan tanggungjawab serta keprihatinan tuanku kepada rakyat Kelantan.

"Walaupun negeri ini berada di bawah pimpinan pembangkang, namun saya berharap Kerajaan Pusat dapat memberi kemudahan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads