03 di ketereh - Google Blog Search |
Gerbang KBBRI: Parlimen <b>Ketereh</b> akan dijadikan pusat koridor ilmu Posted: 01 Jan 2014 04:06 AM PST KOTA BHARU: Parlimen Ketereh akan dibangunkan menjadi sebuah pusat koridor ilmu, kata Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata cadangan untuk menjadikan parlimen itu sebagai pusat perkembangan ilmu sejajar dengan keperluan pendidikan semasa yang semakin meningkat. "Beberapa institusi pengajian akan dibangunkan tidak lama lagi di sini antaranya Kolej Ulul Albab di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas, Pusat Giat Mara Prima di DUN Melor dan Kolej Mara di Dun Kadok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Politeknik Kota Bharu (PKB) Sport Festival 2014 di sini, hari ini. Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata pembinaan Kolej Ulul Albab dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta manakala Pusat GiatMara Prima dijangka sebanyak RM10 juta. "Kami juga memerlukan penambahan beberapa sekolah menengah antaranya masing-masing sebuah sekolah menengah di Kok Lanas dan Ketereh bagi menampung penambahan penduduk," katanya. Annuar berkata Ketereh akan dijadikan pusat perhubungan bagi perkhidmatan pengangkutan awam bas Mara Liner untuk penduduk setempat. "Mara Liner akan menyediakan perkhidmatan bas di kawasan Ketereh sehingga Machang serta beberapa laluan di sekitarnya dan ia juga melibatkan beberapa kawasan tumpuan seperti Kem Desa Pahlawan dan Politeknik untuk kemudahan orang ramai," katanya. Sumber: BERNAMA | 1 Januari 2014 |
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan