Isnin, 27 Januari 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Elektrik 24 jam <b>di Pulau</b> Besau Melake | <b>Melaka</b> Blogger

Posted: 23 Jan 2014 01:06 AM PST

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat dan pulau fantasi merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Pembangunan terkini mengenai Pulau Besar ini ialah penduduk pulau ini bakal menerima bekalan elektrik selama 24 jam. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, Pulau Besar akan memperolehi bekalan elektrik 24 jam pada penghujung tahun depan setelah siapnya projek pembekalan tenaga elektrik bernilai RM30 juta yang sedang dibangunkan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Beliau berkata, projek itu dijangka siap pada Ogos 2015 dan menggunakan kaedah kabel atas laut sejauh 4.2 kilometer membabitkan pembinaan 12 menara bermula dari Pantai Siring, Jasin ke pulau peranginan itu.

Katanya, projek yang bakal mempunyai kapasiti 5 megawatt akan dapat memenuhi permintaan masa kini pengusaha pelancongan di pulau berkenaan dan untuk persediaan masa depan.

**Sumber berita dari BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads