Isnin, 27 Januari 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Mohd Noor Mamat Online: Berkeliling <b>di</b> 5 <b>negeri</b> : <b>Kelantan</b>-Perak <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2013 02:40 AM PST

Selepas beredar dari Galeri Sultan Azlan Shah, Kami terus menuju Zoo Taiping & Night Safari. Jarak di antara Galeri Sultan Azlan Shah dengan Zoo Taiping & Night Safari adalah kira-kira 37 km. Semasa dalam perjalanan ke Zoo Taiping, waktu solat Zohor sudah pun masuk dan kami singgah solat Jamak di Masjid Daerah Taiping. Usai solat, kami berhenti singgah makan tengahari di Restoran doli Kuey Teow Goreng yang terletak di Regat Tupai Taiping. Restoran ini terkenal dengan Kuey Teow Goreng dan Nasi Ayamnya. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba keenakan Kuey Teow Goreng dan Nasi Ayamnya. Terdapat enam jenis masakan yang merupakan menu utama di Restoran ini iaitu Kuey Teow Goreng Special (RM10), Kuey Teow Goreng (RM5), Kuey Teow Sup (RM5), Mee Rebus (RM5), Sup Ayam (RM5) dan Nasi Ayam (RM5). Sebanyak 3 pinggan Kuey Teow Goreng dan 5 Nasi Ayam dipesan untuk kami dan Mat/Jah sekeluarga. 

Selesai makan, kami pun bertolak menuju Zoo Taiping. Kami sampai di Zoo Taiping & Night Safari yang lokasinya adalah di Jalan Taman Tasik, Taiping  sekitar pukul 3.30 ptg. Usai memakir kereta di kawasan parkir khas berbayar, kami terus ke kaunter tikets. Tiket masuk bagi orang Dewasa (13 Tahun ke atas) adalah RM16.00, Kanak-kanak (3-12 Tahun) sebanyak RM8.00 dan Warga Emas (60 tahun ke atas) sejumlah RM8.00. Manakala tiket bagi Night Safari pula adalah dewasa (RM20.00), kanak-kanak (RM10.00) dan Warga emas (RM10.00). Diskaun sebanyak 20% diberikan kepada kumpulan pengunjung yang melebihi 20 orang, penduduk dari Larut Matang, Selama dan Kerian dengan menunjukkan kad pengenalan. (Hanya pemilik kad pengenalan sahaja yang layak membeli). Manakala diskaun sebanyak 30% diberi kepada rombongan dengan surat rasmi sekolah. 

Zoo Taiping ini dibuka pada setiap hari dan sepanjang tahun. Ianya mula di buka mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Selain itu, Zoo Taiping juga boleh dikunjungi pada waktu malam atau lebih dikenali dengan nama night safari.  Pembukaan night safari oleh pihak pengurusannya menjadi kelebihan dan daya tarikan kepada Zoo Taiping. Ia merupakan zoo yang pertama di Malaysia menawarkan pakej dan aktiviti yang sedemikian. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana alami. Ianya memberi peluang kepada pelawat melihat gelagat haiwan-haiwan di zoo ini pada waktu malam. Waktu operasi bagi night safari ini adalah 8.00-11.00 malam (Isnin- Jumaat) dan 8.00 -12.00 malam (Sabtu)

Dari segi geografi, Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana ia terletak di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran dengan kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alami yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana alam. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia iaitu pada 1961 dan merangkumi kawasan seluas 34 ekar (14 hektar).






Di dalam Zoo Taiping, setiap pengunjung boleh membuat pilihan sama ada ingin meronda sekitar zoo dengan cara berjalan kaki atau menaiki keretapi mini (Tram) yang disediakan secara percuma. Kami memilih untuk berjalan kaki bagi menikmati suasana unik di Zoo ini. Rekabebentuk pameran haiwan dan laluan yang mesra alam menjadikan seseorang itu teruja dan tidak terasa keseluruhan jarak laluan adalah sejauh 2.5 km.  Pengunjung yang memilih untuk berjalan kaki juga boleh melihat dan memberi lebih fokus pada satu-satu haiwan. Selain itu kita juga boleh  merakam gambar mengikut kemahuan dan dari sudut yang diingini.
Hampir 3 jam kami menghabiskan masa merasai, mendengar dan melihat sendiri suasana habitat dan haiwan di Zoo ini. Walaupun bukan kali pertama mengunjungi zoo, pengalaman berkunjung ke Zoo Taiping nyata berbeza. Keadaan persekitaran yang redup menyebabkan kami rasa selesa untuk menjelajah ke seluruh kawasan zoo tersebut. Selepas hari beransur gelap dan siang mula melabuhkan tirainya, kami pun beredar pulang dengan perasaan puas dan gembira. Ini adalah kunjungan pertama kami ke Zoo ini. Saya rasa teruja dan seronok dapat membawa anak-anak ke Zoo ini bagi merasai sendiri pengalaman berjalan dengan ditemani hidupan liar. Ianya adalah masa yang menyeronokkan dan memberi banyak pengalaman. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat mengenai pengalaman  melawat Zoo Taiping dan Night Safari ini.

Selain pengalaman yang menyeronokkan, ianya adalah kesempatan kepada anak-anak untuk melihat haiwan di habitatnya dan mendapat pengetahuan mengenai spesies haiwan yang ada di dalam zoo ini. Zoo Taiping & Night Safari ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah kepada pelbagai lapisan usia. Maklumat penerangan yang diletakkan pada setiap pagar haiwan membolehkan pengunjung mengetahui lebih mendalam mengenai sesuatu haiwan dan habitatnya. Berikut ini adalah sebahagian lagi gambar-gambar yang sempat kami rakam semasa kunjungan ke Zoo Taiping & Night Safari yang lepas.





























































Sebelumnya: Berkeliling di 5 negeri :Kelantan-Perak-Selangor-Pahang-Terengganu (Bahagian 2 : Kuala Kangsar-Jelapang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads