Jumaat, 9 Mei 2014

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Misteri Telekung Berdarah..<b>Di Gua Musang</b> | Kita Bantai Dot Info

Posted: 08 Apr 2014 02:45 AM PDT





GUA MUSANG - Penduduk gempar apabila menemui kain sembahyang wanita dipenuhi darah terkumpul di tepi pagar berhampiran pintu masuk masjid di Jalan Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini, awal pagi semalam.

Kain sembahyang itu ditemui seorang jemaah yang dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh kira-kira jam 6 pagi.

Penduduk menganggap penemuan itu sebagai misteri dan dipercayai ada perempuan bersalin ditinggalkan di tepi pagar masjid itu, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, mereka yang segera membuat pemeriksaan di dalam dan luar kawasan masjid itu tidak menemui sebarang objek sama ada janin atau bayi baharu yang ditinggalkan dan perkara itu menjadi tanya tanya.

Seorang penduduk, Semah Abdullah, 55,  berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila dimaklumkan seorang jemaah selepas solat Subuh yang menyatakan menemui kain sembahyang wanita dipenuhi darah di tepi pagar masjid.     

Katanya, memang perkara itu menimbulkan persoalan kepada penduduk sekitar kerana secara tiba-tiba ada kain sembahyang wanita yang dipenuhi darah seperti perempuan lepas bersalin diletakkan di situ tanpa tujuan sebenar.

"Kebiasaannya, jika ada kain yang dipenuhi darah seperti itu ada perbuatan buang bayi selepas bersalin, tetapi apabila dibuat pemeriksaan, kami tidak menemui sebarang perkara yang mencurigakan dan titisan darah juga tidak ditemui.

"Tak tahulah, kita rasa pelik juga kenapa kain sembahyang wanita itu digunakan untuk menyapu darah dan perkara ini tidak pernah berlaku selama ini," katanya.

Mamat Husin, 49, pula berkata, mungkin kain putih yang dipenuhi darah itu ditinggalkan di tepi masjid terbabit lebih awal sebelum masuk waktu solat Subuh antara jam 4 hingga 6 pagi kerana darah di kain berkenaan didapati masih basah.

Katanya, ramai penduduk bergegas ke tempat itu untuk melihat sendiri perkara berkenaan dan setakat ini belum ada kedengaran wanita bersalin di luar rumah sebagaimana andaian pelbagai pihak.

"Nak kata ada wanita bersalin anak luar nikah tidak munasabah kerana tidak ada kesan darah di kawasan masjid tersebut. Hanya ada pada kain sembahyang wanita itu sahaja ditemui penuh darah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima maklumat berhubung kejadian.

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads