03 di manek urai - Google Blog Search |
WIRAMALAYSIA: BN TIDAK KECUNDANG <b>DI MANEK URAI</b> Posted: 12 Jul 2009 06:03 PM PDT OLEH : PEMIKIR - MM Esok, 14 Julai 09, pengundi-pengundi akan keluar mengundi di DUN Manek Urai. Semenjak 6 Julai Kedua-dua calon BN dan PAS telah dapat menjalankan kempen-kempen masing-masing dengan aman dan tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Kawasan DUN Manek Urai ini seolah-olah tiada menghadapi apa-apa yang sepatutnya berlaku. Namun pembesar-pembesar BN dan PAS turut mewarnai senario politik DUN ini, di mana kempen diwajibkan tamat pada jam 12 malam ini. Pengundi-pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada hari esok, Selasa, kerana pilihan terbaik mereka lakukan, akan menjamin peningkatan taraf hidup serta anjakan pembangunan sosioekonomi rakyat tempatan. Jikalau mereka tidak percaya kepada hasrat dan janji-janji BN yang dibuat sejak 6 Julai, maka keadaan seperti biasa atau status quo, mungkin berterusan. Ini bermakna pembangunan di DUN Manek Urai akan menjadi terganggu dan majoriti penduduk terus menghadapi kerugian sehingga Pilihanraya ke-13 pada 2012/13. Dato' Mustapa Mohamad selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, pada Sabtu, 12 Julai mengumumkan Manek Urai sebagai pusat agropolitan untuk melonjakkan pembangunan. Ini adalah satu program ransangan yang berdana tinggi, sekiranya direalisasikan, boleh merubah landskap sosioekonomi tempatan dan sekitarnya. Ia juga akan menjadi pemangkin pada perubahan demi perubahan yang akan di nikmati oleh seluruh penduduk Kuala Krai khususnya dan Kelantan amnya. Sebagai pengundi janji yang dilapazkan oleh Tok Pa ini perlu dihayati dan tidak disia-siakan. Pemerhati menerima laporan bahawa pengundi-pengundi totok PAS berjumlah sehingga 5,000 orang sehingga Khamis lepas tetap mengundi PAS kerana faktor Tok Guru. Tetapi sejak Jumaat, lebih kurang 1,000 dari kalangan mereka mulai menyakini janji-janji ikhlas BN untuk membangunkan Manek Urai. Mereka bersedia untuk memihak kepada calon Tuan Aziz dari BN kerana bakal ADUN ini mempunyai kapasiti untuk memperjuangkan nasib mereka segi kebajikan dan taraf hidup yang lebih baik di masa hadapan. Kini terdengar juga bahawa ramai pengundi-pengundi PAS yang tidak akan keluar mengundi kerana tidak selesa dengan kewibawaan dan kebolehan calon PAS. |
You are subscribed to email updates from di manek urai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan