ads

Selasa, 3 Jun 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


MBSA ada penyelesaian isu tutup jalan <b>di</b> Taman Bukit Saga, <b>Tanah</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2014 11:00 PM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam sudah mempunyai keputusan di peringkat Jawatankuasa Infrastruktur berhubung masalah penutupan jalan di Taman Bukit Saga dan Tanah Merah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan ketika dihubungi Selangor Kini berkata, keputusan itu sudah dibuat dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.

MBSA"Masalah itu kita sudah bentangkan dalam Jawatankuasa Infrastruktur dan memang sudah ada keputusan.

"Saya akan tengok dahulu keputusan dan saya akan minta jurutera saya menyiapkan laporan," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, penduduk setempat tidak berpuas hati dengan tindakan MBSA menutup jalan masuk di Jalan Bukit Hijau, berhampiran stesen minyak Shell.

Hal ini kerana penduduk yang ingin masuk ke kawasan kediaman mereka dari arah Puchong terpaksa membuat pusingan U di lampu isyarat berhampiran Kilang F&N.

Setiap hari jalan berkenaan digunakan pelbagai kenderaan termasuk lori sebagai jalan pintas ke Persiaran Klang untuk ke Puchong.

Perkara ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mencadangkan supaya satu pusingan U baru perlu dibuat di persimpangan lampu isyarat berhadapan Kilang Hicom bagi memudahkan penduduk untuk ke kawasan mereka tanpa perlu membuat pusingan jarak jauh.

Difahamkan kawasan berkenaan merupakan sempadan kawasan di bawah tanggungjawab MBSA dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

EZY

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved