03 di kuala krai - Google Blog Search |
- Masalah Air <b>Kuala Krai</b> Tidak Dapat Perhatian AKSB | Kamaluddin's <b>...</b>
- Masalah Air <b>Di</b> Kelantan (Bahagian 2) | Kamaluddin's Blog
- Rumah Terbuka Idulfitri Anok <b>Kuala Krai</b> Perantauan Kelate <b>Di</b> <b>...</b>
Masalah Air <b>Kuala Krai</b> Tidak Dapat Perhatian AKSB | Kamaluddin's <b>...</b> Posted: 24 Sep 2011 06:34 PM PDT - Sep 25, 2011 09:34:35. Aduan Rakyat malam ini merakam rasa tidak puas hati penduduk di beberapa kawasan di Kuala Krai, Kelantan yang berdepan dengan masalah bekalan air sekian lama. Dakwa mereka, Air Kelantan Sendirian Berhad, AKSB, yang diamanah mengurus bekalan air di negeri itu sehingga kini gagal menyelesai masalah yang dihadapi. Saksikan laporan yang disediakan wartawan Jaffry Azman. Kehadiran Aduan Rakyat di Taman Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan, diundang penduduk. Mereka yang ditemui mendakwa masalah air berlarutan lebih 10 tahun. Catuan air yang dilakukan tidak menentu. Yang paling ketara, 30 keluarga yang tinggal di kawasan tinggi perumahan ini. Pengadu dakwa pelbagai alasan di beri AKSB bila aduan dibuat. Sehinggakan ia bagai anjing menyalak bukit dan pengadu bosan dengan apa yang dialami selama ini. Media pernah mengutara masalah mereka kepada AKSB sebelum ini namun tiada perubahan. Malah paparan media mengenai keluhan rakyat gagal menarik perhatian kerajaan. Pernah keadaan bekalan air berlarutan sehingga media melapurkan penduduk terpaksa makan roti. M. Tangamah, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Dobi tak ada sendiri tunggu air hujan. Kita orang mana pergi cari kerja. Pitih tak ada macam mana. (BJ: Baju kotor macam mana?) Tak ada masalah. Simpan 1 bulan, 2 bulan saja (BJ: Tak pergi cuci kat sungai ke?) Nak bawa dengan apa? Kita orang motor ada, kereta ada punya orang bersih sungai. Tak ada tunggu rumah la." Samsiah Seman, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Saya pernah makan hujan, saya pernah mandi air hujan, masalah air. Saya duduk sini bukan 2 tahun. Cucu saya saya sampai kursus lepas tingkatan 5 lagu ini. Goyak Kelantan air, goyak gitu je lah. Buat tawar air liur." Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Jadi berapa ramai kami perlu tadah air hujan. Kita nak negeri maju. Sekarang dia boleh lepas air. Hari ini you datang sebab dia tahu Aduan Rakyat nak datang, dia da bagi air da sampai atas bukit ada air. Mula Jumaat hari tu. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, 4 hari boleh pulak sampai." Berdekatan perumahan Bukit Sireh, penduduk kampung Che Wal juga merungut masalah sama. "Air Kelantan dia sampai tu je masuk. Lepas tu tak ada lah. Masuk angin saja.. batang paip ini Air Kelantan lah. Air Kelantan tak boleh masuk mari. angin saja. (BJ: Da berapa lama dan ni?) Eehh bertahun da. Penduduk di sini membelanja RM1,000 untuk membina telaga bagi memenuhi keperluan air mereka. Di Pasar Borong Ghucil sama juga ceritanya. Malah tandas awam juga berdepan dengan masalah kebersihan. "Air tak ada kita tutup la. Tak buka. Ini buka ada air. Pagi sekejap ada, tengahari tak ada. Cuci tak angkut air. Tak cuci la. Esuk ada air baru kita cuci." "Rumah saya di Kampung Ngah Nyior. Bulan puasa 3 hari je ada. Lepas tu tak ada air. Tiba-tiba bil sampai RM21.60 angin la. Jumpa dia, dia kata, "Bukan masalah saya." Suruh bayar." Ikuti lapuran lanjut masalah air di Kuala Krai esok di Buletin Utama. Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3, ambil berat. |
Masalah Air <b>Di</b> Kelantan (Bahagian 2) | Kamaluddin's Blog Posted: 26 Sep 2011 01:04 AM PDT - Sep 26, 2011 16:04:23. Masalah air di Kelantan tidak hanya terhad di Kuala Kerai saja. Machang, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas turut berdepan masalah sama. Air Kelantan Sendirian Berhad, dirujuk untuk penjelasan. Saksikan laporan berikut. Menurut Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, AKSB, kajian mengenalpasti air tidak berhasil, NRW, kini dilakukan. Ia dijangka siap dalam tempuh setahun lagi. NRW dilakukan untuk mengenalpasti nisbah bekalan dan permintaan air di Kelantan. Jika selesai kemudian, ia membolehkan agihan air dilakukan secara berkesan. Antara lain kawasan yang menerima banyak bekalan air berbanding permintaan akan disalurkan ke kawasan yang kurang bekalan air dengan permintaan tinggi. Menurutnya, masalah air di Kuala Krai di sebabkan Loji Pahi Kerap dilanda masalah kekurangan voltan. Ini menyebabkan bekalan elektrik kerap terputus dan menjejas bekalan air ke kawasan pinggir di kawasan tinggi. Perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad, TNB, telah dilakukan sejak 2004 lagi untuk bekalan tenaga elektrik secukupnya untuk Loji Pahi. Namun sehingga kini TNB belum lagi bertindak. Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi Dan Perkhidmatan Pelanggan AKSB: "Jangkaan kita, tempuh NRW setahun, tahun depan. Planning kita untuk buat program mungkin pertengahan tahun depan. Penduduk di Bukit Sireh dan Che Wal kita cuba usaha bekal tangki statik kita hantak melalui tanker dan itu kita tak boleh puas hati semua penduduk." Dalam pada itu, waratwan tempatan di Kelantan menyatakan masalah air di Kelantan bukan isu baru. Bermacam liputan berita serta lapuran khas dilakukan sebelum ini, namun tiada perubahan ketara. Ramli Hussin, Wartawan: "Rakyat memang nak sesuatu perubahan dari sudut kemudahan air. Jadi mungkin dia malu ke, takut ke atau selesa dengan suasana susah dinilai. Tapi hakikatnya, mereka memberontak mengenai air ini. Saya tak tahu masalah ini akan di terjemah dengan bentuk apa." Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: "Dia tak boleh lari dari masalah. Dia kena selesai masalah ini. Itu jalan penting. Bukan nak politikkan. Kita tak nak politikkan sebab di sini, Kelantan PAS tak payah takut. Ramai orang sokong PAS. PAS tak payah takut di Kelantan. Tapi kalau dah tak ada macam ini, saya pun fed-up betul tak. Saya 2008 pun dengan dia orang bersama dia orang. Kalau dah macam ini kita pun fed-up. Dah tak dapat bagi apa yang kita perlu." Dan ini berita baik buat penduduk Kuala Krai, yang berdepan dengan masalah air selama lebih 10 tahun. TNB memaklumkan pencawang pembahagian utama di Sungai Sam di daerah itu akan dibina. Sekaligus mengatasi isu voltan rendah bagi operasi Loji Pahi. Selepas ini, Air Kelantan Sendirian Berhad tidak lagi mempunyai alasan gangguan bekalan air kepada pengguna di pinggir tanah tinggi Kuala Krai. Sebelum mengakhiri Aduan Rakyat malam ini, ingin saya kongsi email yang diterima dari seorang penonton yang adiknya menuntut di Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, Kelantan. Menurut email ini, adik pengadu mengadu adalah menjadi satu kebiasaan menghadiri kelas tanpa mandi untuk 3 atau 4 hari. Malah pelajar digalak pulang ke rumah hujung minggu kerana tiada air di maktab. Persoalan di lontar. Bagaimana dengan nasib pelajar perempuan yang berhadas dan ke mana pelajar luar Kelantan pergi bila diminta tinggal luar asrama hujung minggu. Aduan Rakyat berharap aduan e-mail ini mendapat pembelaan kerajaan negeri dan AKSB. Sekian laporan kali ini. Hantar aduan anda ke aduanrakyat@tv3.com.my. Pastikan aduan dilengkapi nama, alamat dan nombor telefon. Saya Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat. |
Rumah Terbuka Idulfitri Anok <b>Kuala Krai</b> Perantauan Kelate <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 21 Sep 2011 07:35 PM PDT Di jemput semua anak Kelantan dari Kuala Krai ke Rumah Terbuka Idulfitri Anok Kuala Krai Perantauan Kelate bersama Ahli Parlimen Kuala Krai serta kesemua adun-adun dalam parlimen K.Krai. Pada 24hb Sept 2011 (sabtu) masa 11 pagi – 3.00 petang di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati, Hulu Kelang. Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati, Hulu Kelang Pada : 24hb Sept 2011 (Sabtu) |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan