Sabtu, 1 Oktober 2011

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Penuntut UITM <b>Machang</b> Mati Lemas <b>di</b> Pusat Perkelahan Jeram <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:43 PM PDT

Number of View :61

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di Machang lemas ketika berkelah di Pusat Perkelahan Jeram Linang di sini, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa, Noor Hasnizawati Othman, 18, berasal dari Taman Puteri Lindungan, Ipoh, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM).

Rakan mangsa, Nor Aina Abd. Muaz,18, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa serta 11 lagi rakan pergi ke kawasan perkelahan itu dengan menggunakan van universiti berkenaan.

"Ketika sampai, rakan-rakan yang lain duduk di tepi jeram, manakala saya dan mangsa yang juga pelajar tahun satu Diploma Pengurusan Maklumat terus terjun ke dalam jeram untuk mandi. Tiba-tiba kaki kami tidak sampai ke bawah.

"Ketika itu keadaan jadi kelam-kabut kerana kami panik. Saya sempat berpaut pada batu. Noor Hasnizawati menarik baju dan tudung saya, tetapi terus hilang. Saya kemudian dapat naik dan meminta bantuan daripada orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Aina berkata, seorang pengunjung di kawasan itu terjun ke dalam jeram dan terus membawa mangsa naik ke atas.

"Selepas diberikan bantuan pernafasan, Noor Hasnizawati tidak memberi sebarang maklum balas sebelum salah seorang daripada kami membawanya ke hospital.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

"Mayat mangsa telah dibedah siasat dan jenazahnya telah dibawa pulang ke kampungnya oleh keluarganya lewat petang tadi," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • berita mahasiswi mati lemas di jeram linang
  • pelajar uitm machang mati lemas
  • noor hasnizawati othman
  • mangsa lemas uitm machang
  • mahasiswi uitm machang mati lemas
  • mahasiswi mati lemas ketika berkelah
  • mahasiswi lemas di jeram
  • lemas jeram linang
  • lemas di machang
  • kes jeram linang

Yang Berkaitan:

  1. Peluru Tembus Kepala
  2. Seorang Lelaki 76 Tahun Mati Akibat Badan Terbakar Secara Tiba-Tiba
  3. Tegur Polis Buang Sampah, Pekerja Dakwa Dipukul
  4. Bayi 9 bulan lemas dalam selimut
  5. 'Nak mati senangkan?'
  6. Pelajar dakwa dinodai teman lelaki beri pil khayal
  7. 4 rakan mati atas riba, betis
  8. Bapa terjun tangki najis
  9. Impian tunang berkecai
  10. Pemuda, warga emas maut dalam kemalangan berasingan di Dungun
Anda Mempunyai Sebarang Artikel Menarik?, Tidak Kisah Dalam Categories Mana Sekalipun..Hantarkan Kepada Kami Di : informasidotmy@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads