di negeri kelantan - Google Blog Search |
Sahabat-Gunung: Pas Hanya Berani <b>Di Kelantan</b>, <b>Negeri</b> Lain <b>...</b> Posted: 28 Sep 2011 05:45 PM PDT Kata Nak Laksana Hudud Sebelum Ayam Berkokok? Kenapa HUDUD hanya di Kelantan? jika perjuangan mereka sekata, Pas bukan hanya lantang di Kelantan sahaja malah di negeri-negeri yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dari kalangan DAP dan PKR. Itulah persoalan yang dilontarkan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof. Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO mencabar Pas agar mendesak negeri yang diketuai dari kalangan parti pembangkang untuk melaksanakan hukum hudud sepertimana komitmen Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakannya di negeri tersebut. Kenapakah di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perkara itu tidak dibangkitkan atau didesak oleh kepimpinan Pas hari ini yang beriya-iya menuduh dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkenaan. "Paling kurang pun tiga negeri selain Kelantan guballah Kanun Jenayah Syariah untuk membuktikan mereka seiring dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas hari ini. "Ini lain pula ceritanya..desak orang itu..kutuk pihak ini kononnya merekalah pejuang Islam sebenar. Kenapa mereka tidak pula desak dan cemuh kerajaan negeri seperti Kedah, Selangor dan sebagainya. Bukankah Menteri Besar dan Ketua Menteri dari kalangan mereka," katanya. Baca seterusnya cabaran dan pandangan Ustaz Afandi di UMNO-Online. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan