Sabtu, 1 Oktober 2011

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


plan no 587~~ <b>Rantau Panjang</b> Sudah Lenggang:"INVASION" PLAN!!

Posted: 27 Sep 2011 08:23 PM PDT

Affiliate Program
RANTAU PANJANG: Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang sebelum ini menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk membeli-belah kini semakin sepi dan kurang mendapat sambutan. 

Keadaan itu menyebabkan peniaga kebimbangan berikutan kemerosotan pengunjung menyebabkan barangan seperti pakaian, tudung, kelengkapan dapur, barang hiasan dan makanan ringan tidak lagi laris.

Tinjauan Berita Harian mendapati pelancong tempatan dan asing semakin berkurang biarpun pada hari cuti umum dan kebanyakan peniaga mengalami kemerosotan jualan sehingga 80 peratus berbanding sedekad lalu.
Kekurangan bilangan pengunjung didakwa semakin merosot sejak cuti sambutan perayaan Tahun Baru Cina lalu berikutan kebanyakan mereka beralih membeli-belah ke Mundok di Selatan Thailand. 
Peniaga, Aini Musa, 42, berkata punca utama pengunjung kurang mengunjungi pekan Rantau Panjang itu disebabkan kawalan ke Mundok lebih longgar, selain tiada sebarang cukai dikenakan ke atas setiap pembelian barangan berbanding membeli-belah di Rantau Panjang. 
Pembeli akan dikenakan cukai oleh kastam apabila membeli-belah di Rantau Panjang, tetapi sebaliknya apabila ke Mundok biarpun terpaksa membahayakan nyawa menyeberangi sungai untuk ke sana, katanya. 
Katanya, pembeli lebih berminat mengunjungi Mundok bagi mengelak dikenakan cukai 10 peratus ke atas setiap barangan dibeli di Rantau Panjang sedangkan urusan jual beli di Mundok hanya memerlukan pengunjung membayar tambang perahu sebanyak RM2 untuk pergi dan balik. 
Harga ditawarkan di Mundok lebih murah kerana tiada cukai yang dikenakan ke atas barangan jualan itu, katanya. 
Aini berkata, berikutan kemerosotan pengunjung tempatan dan rombongan pelancong yang ketara ke pekan Rantau Panjang menyebabkan segelintir peniaga terpaksa berniaga ke Mundok bagi menampung bayaran sewa kedai di Rantau Panjang. 
"Hasil jualan bukan saja hanya cukup untuk perbelanjaan harian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat menambah barangan baru berikutan tidak balik modal. 
Dulu, saya memperoleh pendapatan minimum lebih RM1,000 bagi tempoh tiga hari, tetapi sekarang, mahu dapatkan RM100 sehari pun payah, katanya yang sudah berniaga sejak 24 tahun lalu. 
Sementara itu, Che Mazhar Che Mat, 37, pula meminta pihak berkuasa meningkatkan penguatkuasaan ke Mundok yang kini terlalu longgar menjadikan peniaga di Rantau Panjang kehilangan pelanggan secara mendadak. 
Jika dulu, rombongan pelancong dari luar negeri Kelantan akan dibawa ke sini, tetapi tidak lagi sekarang kerana pemandu bas pelancong membawa mereka ke Mundok, katanya.
Pergh! Mesti syok nak membeli belah lepas ni. Tapi, harga naik tak agak-agak?
*notakaki : semua autopost jek ni, haha*



Terima kasih kerana sudi baca dan komen. Kalau suka entri ini boleh klik like, share dan klik iklan juga. Sebarang salah penulis harap dimaafkan. Happy blogging!! =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads