Selasa, 7 Februari 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


[Bergambar] Sultan <b>Kelantan</b> Ziarah Keluarga Mangsa Lemas

Posted: 07 Feb 2012 12:00 AM PST

achok – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.

Gambar: Keluarga dua beradik mangsa lemas 23 November lalu terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sudi mencemar duli ke kediaman mereka.

Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.

"Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. -kosmo


Dua beradik lemas


SAYU...Roslan (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.


BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.

Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.

Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.

Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas," katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.

"Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. "Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.

Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.

"Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap. -hm [24/11/2011]

BN Janji Selesai Masalah Sampah <b>Di</b> Beris Lalang | Detik Perubahan

Posted: 04 Feb 2012 10:13 AM PST

BACHOK  - Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyelesaikan masalah bau busuk dan pencemaran alam sekitar dari tapak pelupusan sampah di Kampung Beris Lalang di sini sekiranya dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, lokasi tapak tersebut yang berhampiran dengan rumah penduduk menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka kerana terpaksa menghidu bau busuk serta lalat yang banyak berbanding sebelumnya.

Beliau berkata, penduduk turut mendakwa kawasan pembuangan sampah itu itu memberi kesan buruk termasuk mencemarkan air sungai berdekatan yang sudah berubah warna menjadi hitam.

"Ini adalah 'hadiah' Kerajaan Pas Kelantan kepada penduduk Kampung Beris Lalang sejak sekian lama memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat yang kononnya projek itu boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Orang yang mendapat manfaat itu tidak melebihi 30 orang termasuk pengendali tempat pelupusan dan pencari bahan lusuh untuk dikitar semula, tetapi masalah bau busuk, pembiakan lalat dan tikus terpaksa ditanggung ribuan rakyat secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Belajar Memasak dan Temu Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Kemas) Beris Lalang dekat sini hari ini.

Ilias yang juga Penyelaras DUN Jelawat berkata, penduduk di kampung berkenaan juga tidak tahan dengan bau busuk dari sisa sampah yang terjatuh di jalan raya ketika diangkut terutama oleh lori pengangkut sampah swasta yang tidak menggunakan penutup khas.

Katanya, pada pertengahan tahun lepas sebilangan besar penduduk kampung berkenaan mengadakan piket dan menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Pas Kelantan, namun tidak mendapat sebarang reaksi positif untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

BN berjanji akan menyelesaikan masalah itu dan akur dengan permintaan rakyat supaya Beris Lalang tidak dijadikan sebagai 'kampung sampah' dengan menukarkan status lokasi yang sedia ada sebagai satu kawasan perindustrian yang boleh memberi impak ekonomi kepada mereka," katanya.

Ilias berkata, mengikut perancangan kawasan pelupusan sampah itu boleh diwujudkan kawasan kilang memproses herba, industri buah-buahan dan elektronik termasuk menarik pelabur berpotensi dengan kepakaran dari Jerman dan Korea Selatan.

Saya yakin projek yang lebih fokus untuk membela nasib rakyat di kawasan ini mampu dilaksanakan oleh BN sebagaimana Projek Pembangunan Masyarakat Setempat yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Risda membantu 50 keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri Jelawat mendapat kediaman yang selesa di perkampungan baru Nenasi Beris Lalang pada 2004," katanya.

Tambahnya, projek itu menelan perbelanjaan sebanyak RM1.2 juta yang menyediakan 50 unit rumah berharga RM33,000 dan projek peningkatan ekonomi sebanyak RM10,000 untuk setiap peserta termasuk 3.2 hektar tanah untuk membangunkan aktiviti pertanian komersial. – Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads