Selasa, 7 Februari 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Pakai tudung , lesen untuk menyanyi <b>di negeri</b> kerajaan PAS <b>Kelantan</b>

Posted: 24 Jan 2012 11:59 AM PST

Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya 'Paling Comel' bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.

"Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,"ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

<b>Kelantan</b> Bukan <b>Negeri</b> Republik « ""Renunglah dengan mata hati <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2011 12:57 AM PST

Dari Ust Idris Ahmad

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat. Contohnya bayaran pasport antarabangsa, stem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang di pungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan. Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK 8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.

Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai?. Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih Pas. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada. Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah. Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan samaada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990      kepada nombor enam. Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman Pas memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.

Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.

Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.

Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak Pas menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.

Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. Pas yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa  dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insyaAllah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

<b>Kelantan</b> Dapat Banyak Pembelaan Daripada Kerajaan Pusat

Posted: 05 Feb 2012 08:28 PM PST

KOTA BAHARU – Status sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak menghalang Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada terus membela rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata hakikatnya ialah rakyat dapat melihat sumbangan kerajaan pusat kepada Kelantan tetapi fitnah dan pembohongan pihak tertentu mengubah persepsi rakyat bahawa Umno dan BN menyekat projek pembangunan dibawa ke negeri ini.

"Bagi orang yang memfitnah menyatakan kita menyekat kerajaan pusat…mereka lalu (jambatan dan jalan raya), mereka guna lapangan terbang; tidak nampakkah mereka.

"Rakyat semakin melihat semua sumbangan kerajaan pusat tetapi malangnya fitnah terlalu banyak, maka (wujud) persepsi rakyat Kelantan (bahawa) kita menyekat. Itu tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan, berkata antara projek untuk kesejahteraan rakyat Kelantan ialah pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005.

Mustapa berkata pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, akan dapat mengatasi masalah kesesakan.

Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka.

Selain itu, kerajaan pusat sedang menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah.

Mustapa berkata di Bandar Baru Tunjung dekat sini, kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya.

Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman)berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta).

Mustapa berkata: "Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat.

"Kalau ada pembangunan sekitarnya, ia hasil daripada jabatan kerajaan yang ditempatkan di situ. Rakyat harus melihat sumbangan kerajaan pusat."

Mustapa berkata kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat.

"Kalau kita pergi ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, boleh dilihat kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta," katanya.

Menteri itu berkata kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Sehubungan itu, Mustapa berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pihak tertentu yang semata-mata ingin meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, mandat baru rakyat kepada kerajaan BN untuk kembali memerintah Kelantan akan membolehkan lebih banyak kebajikan serta pembangunan terus dilaksanakan di negeri ini.

"Kelantan banyak mendapat pembelaan dan rakyat boleh melihat dan merasai kemajuan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat di negeri ini.

"Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah," tambahnya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads