Pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk ke tempat kira-kira pukul 7.50 pagi ini.
Menurut saksi kejadian, kereta itu hilang kawalan apabila tayar kiri di bahagian depan kereta itu tiba-tiba sahaja pancit dan ketika berusaha menghentikannya dia melanggar longgokan batu dan pasir sebelum terbang tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Rempuhan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa melompat dan berada di atas van berkenaan. "Mangsa dibantu orang ramai untuk turun ke bawah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan