03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
- Janji ubah landskap <b>Kelantan</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan
- Jengka 19: Berita Harian: Nasional
- Barisan Nasional » Blog Archive » Bayaran Tol Jimat 50 Peratus
Janji ubah landskap <b>Kelantan</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Posted: 02 Mar 2012 06:25 PM PST JELI, 03 Mac : PM beri jaminan selesai pelbagai isu jika kepercayaan diserah kepada BN NAJIB menyampaikan taklimat kepada jemaah kawasan Parlimen Pasir Mas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, semalam.
Perdana Menteri berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Kelantan, BN bersedia menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu rakyat negeri itu, termasuk isu bekalan air bersih. "Di samping itu, Kerajaan BN juga memberi jaminan akan menyelesaikan isu ladang rakyat serta memastikan segala kemudahan disediakan termasuk berkaitan perumahan rakyat. "Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan Islam, ilmu dan akhlaknya tetap kita pertahankan," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di kampus cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ucapan Perdana Menteri itu disambut tepukan gemuruh kira -kira 20,000 orang yang hadir pada majlis itu. Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini turut melaungkan 'Gelombang Merah' dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri itu. "Kelantan… kita nak maju, orang Kelantan ramai cerdik pandai. Inilah tempat kita nak majukan umat Islam," katanya, sambil meminta rakyat memberi sokongan kepada Mustapa untuk membawa perubahan di Kelantan. "Oleh itu, adik kakak sekalian, ambo (saya) nak pesan, kalau sayangkan ambo, kena sokong Datuk Pa (Mustapa) ini, Datuk Pa orangnya jurus (baik) dan rajin, Datuk Pa, siang malam kerja," katanya sambil menyatakan bahawa Mustapa gigih membawa pelaburan ke Malaysia di mana tahun lalu sebanyak RM105 bilion. Beliau berkata, pemberian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), adalah bukti komitmen Kerajaan Pusat membantu rakyat, namun yang bersungguh-sungguh datang mengambil bantuan berkenaan adalah dari pihak yang menentang kerajaan. "Tak mengapa, walaupun kita tidak dapat undi, tapi kita dapat pahala. Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tetap memperjuangkan nasib rakyat," katanya. Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Rejimen Sempadan di Kem Batu Melintang di sini, Najib berkata, kerajaan memberi keadilan kepada semua anggota tentera agar dapat menikmati kemudahan diberikan selama ini. Katanya, sebagai contoh ada kemudahan yang kerajaan berikan kepada anggota Rejimen Sempadan yang kehidupan mereka kini jauh lebih baik sebelum diserapkan ke rejimen itu. Ini adalah kunjungan Najib kali ketiga ke kem itu dan turut mengumumkan peruntukan RM600,000, dengan masing-masing RM300,000 untuk kem Rejimen Sempadan 1 dan 2, di sini, bagi tujuan kebajikan anggota. Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik (SMKT) Bunut Susu, di Pasir Mas, Najib berkata sudah ada petanda baik bahawa Gelombang Merah di Kelantan akan menjadi satu kuasa yang mampu merempuh kerajaan PAS Kelantan. Berikutan itu, Perdana Menteri mahu angin perubahan yang baik itu digunakan sepenuhnya bagi menarik rakyat menyokong BN, tetapi dengan syarat tiada budaya cah keting pada PRU-13. |
Jengka 19: Berita Harian: Nasional Posted: 02 Mar 2012 11:35 PM PST |
Barisan Nasional » Blog Archive » Bayaran Tol Jimat 50 Peratus Posted: 01 Mar 2012 05:01 PM PST KAJANG: Pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang kini menikmati penjimatan bayaran tol sehingga 50 peratus berikutan pemansuhan bayaran di dua plaza tol, mulai jam 12 tengah malam tadi. Pemansuhan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang itu akan memberikan penjimatan kepada 120,000 pengguna harian. Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak depan lebih 10,000 hadirin, termasuk mereka yang sering menggunakan lebuh raya itu pada Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bandar Sungai Long, dekat semalam. Beliau berkata, penghapusan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang kerap menggunakan lebuh raya itu, terutama mereka yang berulang-alik beberapa kali sehari. "Kalau dulu bayar RM3.80, sekarang bayar RM1.90 saja, iaitu pengurangan 50 peratus dan ini memberi manfaat kepada 120,000 pengguna setiap hari," katanya sambil disambut sorakan serta tepukan gemuruh hadirin. Perdana Menteri berkata, pemansuhan itu juga bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan isu berkenaan sejak 2009. Malah, ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Hulu Langat tahun lalu, beliau berkata, BN dan UMNO bahagian melalui ketuanya, Datuk Johan Abdul Aziz, turut membangkitkan isu berkenaan. "Ini bukan isu yang dibawa pihak lain. Ia dibawa oleh BN sendiri. Dalam ucapan saya pada majlis itu, saya menyarankan Kementerian Kerjaraya dan menterinya mengkaji kutipan tol bertujuan mengurangkan beban rakyat yang menggunakannya setiap hari," katanya. Pada majlis sama, beliau menyampaikan cek RM4.5 juta kepada lembaga pengurus sekolah itu bagi melaksanakan pembinaan 36 bilik darjah yang mampu menampung kapasiti 1,500 pelajar. Katanya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat keputusan menjadikan tanah itu sebagai tapak SRJKC berkenaan walaupun pada asalnya ia dicadangkan sebagai tapak untuk sekolah kebangsaan (SK) berikutan kesukaran mendapatkan tapak lain di kawasan itu. "Kerajaan BN tidak mungkir janji. Jika pihak lain bertempik kononnya memperjuangkan isu ini… berilah tapak lain. Kenapa mereka tidak memberi tapak lain walhal mereka ada kuasa untuk meluluskannya," katanya. Sementara itu, tinjauan di Plaza Tol Batu 9 malam tadi mendapati penyokong BN dan pembangkang masing-masing berkumpul di plaza tol berkenaan bagi meraikan pemansuhan tol. Kedua-dua kumpulan mula berkumpul di tepi lebuh raya dan saling bersorak seawal jam 10 malam, sebelum diarah bersurai oleh polis kira-kira jam 12.45 pagi bagi mengelak kejadian tidak diingini. -Berita Harian |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan