Sabtu, 3 Mac 2012

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


9 Kedai <b>di Wakaf</b> Che Yeh Hangus | Detik Perubahan

Posted: 01 Mar 2012 06:48 AM PST

KOTA BHARU – Pasar Borong Wakf Che Yeh yang menjadi tumpuan ramai terutama pelancong menjadi kecoh apabila sembilan unit rumah kedai dua tingkat musnah terbakar petang ini.

Ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk tetapi tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Kebakaran yang bermula pada pukul 6 petang itu turut memusnahkan  stor menyimpan barangan runcit, bengkel kenderaan, kedai tayar dan makanan yang dimiliki oleh lima peniaga.

Operasi memadamkan kebakaran diketuai ini oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman bersama 30 anggota dari Balai Bomba Darul Naim, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Unit Penyelamat Tunjong serta bomba sukarela,  bersama lima buah jentera serta sebuah lori tangki air.
 
Bomba berjaya mengawal api dalam tempoh 30 minit  daripada terus merebak. 

Sementara itu, pemilik sebuah kedai tayar, Tan Choon Siang, 40, berkata, kebakaran itu disedari selepas diberitahu oleh seorang jiran yang terlihat asap di bahagian atas kedainya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama abang serta bapanya sedang berada di tingkat bawah kedainya yang berusia lebih 60 tahun itu.
 
"Masa itu api sudah bertambah marak, saya tak sempat untuk naik ke tingkat atas memadamkan api, hanya terfikir untuk menyelamatkan bapa saya yang uzur.
 
"Tengah hari tadi saya baru menerima stok tayar baru lebih kurang 300 biji dan semuanya musnah dalam kebakaran ini," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads