Sabtu, 3 Mac 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Tonton Aksi Singa Laut <b>Di Pulau Melaka</b> | Blog Melaka Daily

Posted: 28 Nov 2011 05:54 PM PST

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

ne 10.1 Tonton Aksi Singa Laut Di Pulau Melaka

MELAKA – Pertunjukan tiga ekor singa laut menjadi tarikan utama di Wildlife Theatre Melaka di Pulau Melaka di sini yang dibuka baru-baru ini.

Pengarah Urusan Wildlife Production Sdn. Bhd., Christie Siow berkata, setiap hari, sebanyak dua pertunjukan diadakan di taman berkenaan iaitu pada pukul 3 petang dan 6 petang.

"Pertunjukan selama hampir satu jam itu membabitkan tiga ekor singa laut berusia lapan bulan yang berasal dari Amerika Selatan iaitu Jonny, Mary dan Ann.

"Selain itu, pengunjung juga disajikan dengan pertunjukan haiwan reptilia, burung dan persembahan kebudayaan Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Wildlife Theatre Tribe," katanya di sini semalam.

Christie berkata, pertunjukan itu bukan sekadar menghiburkan pengunjung, malah turut menyelitkan pelbagai maklumat mengenai haiwan terbabit.(Sumber Kosmo)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads