ads

Jumaat, 11 Mei 2012

03 di tanah merah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 09:58 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Gambar Mangsa Renjatan Eletrik <b>Di Tanah Merah</b> Semalam cc <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 03:01 AM PDT


Pembetulan, mangsa bukan penyokong Pas...harap laporan diperbetulkan.

Menurut info dari Kelantan, Pemimpin Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal dan juga Pemimpin Umno Negeri Datuk Awang Adek sudah menziarahi mangsa.
Gambar rujuk FB Datuk Awang Adek

Berita klik sini http://www.hmetro.com.my/articles/2matikenakaran/Article/artikelMA
Semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan mendapat syafaat Anbiya Awliya...
Oleh ADNAN MOHAMAD
am@hmetro.com.my

TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).

Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.

Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

BLOG KELANTAN: 03 <b>di tanah merah</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Tanah Merah</b> hargai pelajar cemerlang - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 04:56 PM PDT

UMNO Tanah Merah hargai pelajar cemerlang

UMNO Tanah Merah hargai pelajar cemerlang


Mustapa Mohamed dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (depan, tiga kanan) bersama ibu bapa serta pelajar menunjukkan simbol 1Malaysia pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang di Tanah Merah, kelmarin.


TANAH MERAH 14 April - Pelajar cemerlang dari daerah ini terus mendapat penghargaan daripada UMNO Bahagian Tanah Merah yang menyampaikan sumbangan berupa keperluan sekolah dan wang tunai.

Pemberian sumbangan itu merupakan tradisi yang melambangkan kecaknaan UMNO Tanah Merah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak Tanah Merah termasuk mereka yang tinggal di luar daerah ini.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing itu turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 serta ibu bapa mereka.

"Pada tahun ini, kami bukan sahaja memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tinggal di Parlimen Tanah Merah, malah turut memberi sumbangan kepada anak-anak tempatan yang bersekolah di luar kawasan Parlimen ini.

"Kami memberi sumbangan kepada pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 1A dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 masing-masing dalam SPM dan STPM 2011," katanya kepada pemberita selepas tersebut di sini, semalam.

Ikmal Hisham berkata, pelajar yang memperoleh 6A dalam SPM dan PNGK 2.8 ke atas pada STPM 2011 turut diberi bonus tambahan berbentuk wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang, tanpa mengira kaum.

"Program ini juga adalah salah satu usaha kami untuk memberi perangsang dan menyuntik semangat pelajar serta generasi muda di Parlimen Tanah Merah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Katanya, selain memberi sumbangan sebagai pencetus semangat, pihaknya turut bersedia membantu mana-mana pelajar dalam mengemukakan rayuan mereka untuk memasuki pusat pengajian tinggi tempatan.

Sementara itu, seorang pelajar yang ditemui, Muhammad Mahir Che Hassan, 18, berkata, dia berterima kasih kerana diberi penghargaan tersebut hasil pencapaian 7A dalam SPM 2011.

"Sumbangan ini memberi motivasi kepada saya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh demi merealisasikan impian melanjutkan pelajaran ke universiti di Timur Tengah dalam bidang doktor perubatan," katanya.

Seorang pelajar yang memperoleh 6A dalam SPM 2011, Foh Yu Lee, 18, pula berkata, sumbangan UMNO Tanah Merah itu merupakan satu bentuk sokongan dan motivasi kepadanya memandangkan dia berasal dari keluarga kurang berkemampuan.

"Keluarga saya hanya bergantung kepada ibu yang bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran dengan pendapatan RM700 sebulan kerana ayah meninggal dunia tiga tahun lalu," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved