Dun <b>Kelaboran</b>: Majlis Penyerahan Rumah Dhuafat Kampung Ana Posted: 17 Nov 2011 12:21 AM PST Satu majlis penyerahan Rumah Dhuafat kepada rakyat yang memerlukan telah diadakan di Kampung Ana pada 16hb November 2011. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, YB Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim. Penerima, En Razali Bin Isa merasa sangat beruntung kerana telah dibantu oleh Kerajaan Negeri Kelantan, beliau yang hanya bekerja kampung dan mempunyai tujuh (7) orang anak. Inilah antara bukti di hadapan mata yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri cakno rakyat dan pengamalan negeri berkebajikan. Encik Razali merupakan penerima Rumah Dhuafat yang ke 12 sejak ia dilancarkan pada tahun 2006. Dijangka sehingga akhir tahun ini, sebanyak empat (4) buah Rumah Dhuafat akan disiapkan di mukim yang lain. Antara kriteria bagi pembinaan Rumah Dhuafat ini antaranya pemohon belum mempunyai rumah sendiri, miskin, punya kawasan sendiri untuk dibina rumah dan punya tanggungan yang ramai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan