03 di perupok - Google Blog Search |
Peruntukan RM1 Juta Baikpulih Rumah Nelayan Miskin Fasa <b>...</b> Posted: 13 May 2012 09:15 AM PDT Oleh IZZ MIQAEL BACHOK – Kerajaan memperuntukan RM1 Juta bagi projek baikpulih rumah nelayan miskin untuk Jajahan Bachok dan Pasir Puteh yang telah memulakan fasa pertama, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Awang Adek berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM459,000 diperuntukan bagi 53 rumah nelayan di daerah Bachok. Beliau berkata, projek pertama melibatkan rumah nelayan di Dun Perupok yang dominan mempunyai penempatan nelayan. "Kebanyakan projek baikpulih ini melibatkan rumah nelayan di Dun Perupok yang terletak di pinggir pantai dan mempunyai bilangan nelayan paling ramai. "Selain Bachok daerah lain yang terlibat ialah Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh yang memerlukan kos kira- kira RM5 juta bagi 500 buah rumah nelayan di empat daerah terbabit," katanya kepada pemberita ketika melancar program baikpulih rumah nelayan, Amran Ramli, di Perupok, hari ini. Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim. Awang Adek berkata, nelayan yang terpilih bakal memperolehi peruntukkan di antara RM7,000 hingga RM10,000 untuk membaikpulih rumah dapur, dinding dan atap yang rosak. "Seperti kita maklum kebanyakan nelayan berada di bawah paras kemiskinan dan mereka ini perlu dibantu. "Saya percaya bantuan seperti ini amat diperlukan nelayan terutama mereka yang mempunyai keluarga besar dengan rumah yang usang," katanya. Sementara itu, Amran ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih terhadap kerajaan persekutuan yang prihatin dengan nasib keluarganya. "Tanpa bantuan kerajaan persekutuan saya bersama lapan ahli keluarga terpaksa bersesak dalam rumah sempit dengan atap bocor sejak beberapa tahun lalu. "Untuk membaikinya sendiri saya tidak mampu kerana pendapatan saya sebagai nelayan tidak menentu sekitar RM300 hingga RM600 sebulan. Saya amat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from di perupok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan