Selasa, 12 Jun 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di mengkebang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2012 11:16 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Pelajar SMK <b>Mengkebang</b> maut ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 04 Feb 2012 01:00 AM PST


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA KRAI - "Mek, kenapa Along jadi gini (Mak, kenapa Along jadi begini)." Itu luahan ibu pelajar Tingkatan Empat, Mohamad Amirfitri Nazri yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gertak Kangkung, dekat sini, kelmarin.

Perkara itu diceritakan nenek mangsa, Rahmah Awang, 57, ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, malam kelmarin.

Rahmah berkata, pertanyaan menyentuh hati itu dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya yang lebih mesra dengan panggilan Along.

"Saya hanya mampu jawab, nak buat macam mana, perkara dah nak jadi dan memintanya supaya banyak bersabar," katanya kepada Sinar Harian.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohamad Amirfitri maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di jalan menghala ke Sungai Pas, dekat Kampung Gertak Kangkung, di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang dan anak sulung daripada lima beradik itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Turut hadir menziarahi jenazah di Bilik Mayat HKK, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan datuk mangsa, Mohammad Yunus, 68.

Ibu bapa Mohamad Amirfitri bagaimana pun hanya menunggu jenazah anak mereka di rumah di Kampung Peria dan tidak dapat datang ke hospital kerana terlalu sedih.

Rahmah berkata, dia mengetahui kejadian menimpa cucunya itu ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib kira-kira jam 7 malam selepas dimaklumkan bapa saudara mangsa.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, dia yang baru siap menyimpan peralatan menjual goreng pisang yang diusahakannya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Masa saya sampai di tempat kejadian, cucu saya sudah tidak ada (meninggal dunia) dan mayatnya sudah ditutup dengan kertas surat khabar.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan Along dua hari lepas ketika keluar menoreh kerana rumahnya terletak dalam kebun getah datuk dia," katanya yang menyifatkan Mohamad Amirfitri sebagai seorang cucu yang baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja'apar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam daerah, Cif Inspektor Wan Azizi Wan Ahmad atau tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bagi membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelajar-maut-kemalangan-1.21917


Tidak Ada Sebab Umno Tidak Boleh Menang | Detik Perubahan

Posted: 03 Jun 2012 09:45 PM PDT

KUALA KRAI – Tidak mustahil kejayaan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang, di sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11), 2004 lalu dapat diulangi pada PRU13 nanti.

Penyelaras Dun itu, Azizzuddin Hussein berkata, dengan kekuatan jentera pilihan raya sama dan sokongan rakyat juga seakan ketika 2004, tidak ada sebab Umno dan BN tidak dapat mengulangi kemenangan tersebut.

"Penyelaras Dun (Mengkebang) dan Ketua Umno bahagian juga orang sama, jadi tidak ada sebab kita tidak boleh menang dan ulangi kejayaan pada 2004.

"Walaupun ada sedikit perubahan Ketua Daerah Mengundi (KDM) tetapi mereka yang dilantik semuanya berpengalaman," katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Jentera Pilihan Raya Dun Mengkebang, dekat sini.

Majlis turut dihadiri KDM, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim dan Tanpa Mukim; JKKKP Kampung Baru Pentadbir Mukim serta wakil MCA dan MIC Dun Mengkebang.

Turut hadir Mustapha Razak, Pembantu Peribadi Ketua Umno bahagian, Datuk Ramzi Ab Rahman.

Pada PRU11, 2004, Azizzuddin yang diletakkan sebagai calon BN menang di Dun Mengkebang dan menyumbang kepada kejayaan BN menyapu bersih satu kerusi Parlimen dan tiga lagi kerusi Dun di Kuala Krai.

Kejayaan itu gagal diulangi pada PRU12, 2008 apabila kesemua calon BN termasuk Azizzuddin tewas satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun kepada Pas.

Sementara itu, Azizzuddin berpuas hati dengan persiapan jentera pilihan raya Dun Mengkebang dan yakin, mereka sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa.

"Pesanan kepada jentera Dun, terus eratkan kerjasama, dan kenali siapa musuh kita yang sebenar," katanya. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads