Sabtu, 10 November 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


KERENGGA: Anak bekas MP Parlimen <b>Pasir Puteh</b> parah ditetak

Posted: 04 Nov 2012 08:47 AM PST

Anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata dalam kejadian 10.30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan.
"Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang.
"Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di ibunegara hari ini.
Othman berkata, dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.
Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.
Beliau berkata Wan Mohd Faizal yang bekerja sebagai jurujual kereta kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads