03 di perupok - Google Blog Search |
- Rebut peluang menerusi Empower | Malaysia Zoom
- YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan
- aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani
Rebut peluang menerusi Empower | Malaysia Zoom Posted: 03 Nov 2012 04:10 PM PDT BACHOK 2 Nov. – Rakyat di kawasan Parlimen Bachok perlu merebut peluang menerusi Program Empower di bawah kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ketua Pemuda UMNO bahagian, Datuk Muhammad Zaidi Sidek berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi menjayakan program tersebut melibatkan kemahiran dan pembangunan modal insan di daerah ini. Menurutnya, usaha itu akan memastikan Bachok tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan. "Bagi saya ini adalah satu perkara yang baik dan wajar diberikan kerjasama oleh semua kerana bakal memberikan banyak manfaat. "Program ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh pemimpin kita, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Ketua UMNO bahagian) bagi memastikan Bachok turut menerima pembangunan seperti kawasan-kawasan Parlimen yang lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penutup 'Quest For Excellent' dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) Perupok dekat sini semalam. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cermin mata kepada 32 murid SK Perupok dan SK Beris Kubor Besar. Program anjuran ECERDC itu bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan dan mewujudkan pembelajaran menarik terhadap Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah. Seramai 100 murid tahun lima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok telah menyertai program tersebut. Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Faiz Bustamin, 12, dari SK Perupok berkata, program tersebut banyak membantunya meningkatkan tahap penguasaan bahasa berkenaan. "Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang mengikuti program ini terutama dari aspek penulisan, pertuturan serta tatabahasa. "Selain itu, kaedah pembelajaran menarik yang didedahkan kepada para peserta menjadikan kami lebih mudah memahami bahasa ini," ujarnya. Dipetik dari Utusan Malaysia |
YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST |
aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010 Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. YB Dr Mohammad, para tetamu dan wartawan telah dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah kepada pihak yang berkenaan kerana kawasan ini juga di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga. Di antara permohonan nelayan tersebut ialah: Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka. Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut. Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu.... Perhatikan betapa ceteknya parit semasa air surut. YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani, En.Adam Ketua Persatuan Nelayan dan wakil Jurutera JPS Muar YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan YB menyerahkan salinan surat aduan kepada JPS . diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong dan (kanan) Sdr Abd Razak. En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS Wartawan menemuramah para nelayan Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua nelayan. Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi Sedikit sumbangan kepada En. Adam yang mewakili nelayan Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor keesokan harinya. |
You are subscribed to email updates from di perupok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan