ads

Khamis, 31 Januari 2013

03 di bachok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di bachok - Google Blog Search


1 MALAYSIA: BN sedia hadapi pengganti Nasharudin <b>di Bachok</b>

Posted: 28 Jan 2013 11:51 PM PST


BACHOK 29 Jan. - Barisan Nasional (BN) Kelantan sentiasa bersedia menghadapi calon baharu Pas termasuk tokoh tempatan bagi kawasan Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan keputusan parti itu tidak mencalonkan semula Nasharudin Mat Isa.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, semua gerak kerja politik sudah dilaksanakan di peringkat kepimpinan dan akar umbi bagi menghadapinya dan yakin kemenangan akan berpihak kepada BN dalam mencapai misi pelaksanaan Bachok Baru Bachok Maju.Beliau berkata, sama ada calon tempatan atau sebaliknya yang dicadangkan oleh Pas bagi kerusi Parlimen Bachok, ia tidak menjadi persoalan penting kepada strategi dan gerak kerja UMNO bahagian ini kerana keutamaan yang menjadi teras perjuangan ialah memberi perkhidmatan dan membela kebajikan rakyat.

"Selama ini pun, dalam kekalahan UMNO dan BN di Kelantan, pemimpin UMNO setempat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib rakyat secara telus, tanpa diskriminasi dan tidak mempersoalkan fahaman politik rakyat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved