Khamis, 31 Januari 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jln-Jln Masuk Kg <b>di Negeri Kelantan</b> - Monier Mat Din

Posted: 15 Nov 2012 09:20 PM PST


Alhamdulillah, 11 hb Nov baru-baru ini, mengambil sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, NGO Wargakilang telah diberi masa dan kelapangan untuk mengadakan projek amal masuk kampung bagi membantu keluarga miskin dan susah di Negeri Kelantan.

Sebut nama negeri Kelantan, sebenarnya saya sendiri rasa phobia nak pi join kawan-kawan buat kerja amal bantu org2 miskin di sana. Bukannya apa, dua tiga minggu lepas bila kami war-warkan aktiviti kami itu di beberapa buah website, blog dan mailing list, kami ada menerima email-email sinis yang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan niat murni kami itu; dikatakan bahawa itu semua adalah salah rakyat Kelantan sendiri yang silap memilih pemimpin mereka.

Saya pun tak tau nak kata apa sebab kalau sungguh nak sembang bab politik, dua minggu lepas saya dan kwn-kwn ada masuk ke beberapa buah kg pedalaman di negeri Perak yang diperintah oleh parti politik yang berlawanan dgn parti yang memerintah Kelantan, saya tengok miskin di situ lebih kurang sama teruknya dgn kemiskinan di tempat lain di seluruh negara.Ini antara gambar yg sempat saya rakamkan waktu masuk kg di negeri Perak ini.


Bukan tujuan nak memburukkan sesiapa tetapi untuk menyatakan bahawa dlm isu kemiskinan ini kita semua seharusnya lebih terbuka, PAS ka dia UMNO ka dia, mereka semua adalah sanak saudara kita – yang WAJIB kita bantu tak kira siapa. Ok, stop kat sini bab politik.

Ini saya nak kongsi pengalaman kami Jln-Jln Masuk Kg bagi bantuan di negeri Kelantan baru-baru ini. Sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa tapi sebab nak kongsi cerita agar boleh dijadikan iktibar bersama.

Sempena Maal Hijrah hari ini (1 Muharam 1434) saya nak petik kata-kata orang alim yg memetik hadith Nabi SAW yg antara lain menyatakan bahawa Tiada Lagi Hijrah selepas pembukaan kota Mekah, yang ada ialah Jihad dan Niat. Kami menyimpan harap mudah-mudahan usaha rakan-rakan kami di NGO Wargakilang membantu org2 miskin setakat kemampuan yg kami ada ini akan dpt dikategorikan sebagai Jihad untuk membantu mereka yang punya satu shahadah seperti kita (tak kira apa parti), dan mudah-mudahan NIAT ikhlas kami ini tidak disalah-erti dan dipolitikkan oleh mana-mana pihak selepas ini.

Saya yang pertama kali berpeluang masuk ke kg-kg di pedalaman Kelantan ini rasa amat teruja kerana kg-kg di sana agak jauh berbeza berbanding dgn kebanyakan kg di negeri Kedah, negeri kelahiran saya ini.

(Deretan hampir 20 buah kereta membelah keheningan kg di pedalaman Kelantan) (Antara rumah terpencil di pinggir desa) (Melawat 2 buah rumah keluarga miskin di sebuah kg pedalaman yang dikaitkan dengan Lagenda Putri Saadong) (Bagi menjimatkan masa, barang-barang dipunggah keluar dan diagih-agihkan kepada beberapa keluarga secara serentak di pusat agihan yang telah ditetapkan) (Kanak-kanak antara yang paling gembira dgn sumbangan ini, dapat biskut/goodies berbagai rasa)
(Antara penerima sumbangan ialah seorang insan OKU yang tidak mampu bekerja menyara keluarga, terpaksa bertongkat ke sana sini) (Dua orang adik beradik, Che Nab dan Che Jah, dua org insan OKU yang cacat penglihatan turut menerima sumbangan) (3 keluarga penerima sumbangan sedang bergambar dengan Activist Wargakilang berbaju oren.)

Di tengah berbaju hijau ialah En Ismail OKU Bisu dan ibunya Tok Esah yang tinggal berdua bersama Ismail dan seorang lagi anak beliau, Zakaria 28 tahun yang bekerja mengambil upah memanjat pokok kelapa – suatu profesyen pekerjaan yang hanya terdapat nun jauh di kg-kg pedalaman.

Antara insan istimewa yang saya temui dalam perjalanan kami masuk kg di negeri Kelantan ini ialah Tok Nab, seorang wargamas sebatang kara yang tinggal sendirian di sebuah bangsal kayu usang di belakang kilang serunding.

Saya katakan istimewa, kerana betul-betul sebelum kami singgah di rumah beliau, saya menerima SMS secara tiba-tiba dari adik bongsu saya dari Kedah. Beliau menulis:

" Slm, klau jumpa org tua2 yg miskin mintk sat tolong doakan adik dpt istri yg solehah dan cpt dpt jodoh"

Ha ha ha, ini dah personal dah ini. Bukannya apa, adik saya yg berusia 27 tahun kerja Technician kilang ni selalu bersama kami di WK cuma kali ini tidak dpt turut serta. Sudah jadi benda biasa bagi kami mendengar cerita-cerita mistik daripada rkn2 yg selalu ikut kami masuk kg ini, antaranya ialah kisah benar dua pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin, melalui doa org-org miskin yg mereka temui dlm perjalanan mereka bersama WK ini.

(Tok Nab ghoyat dia nak solat dulu. Kami masuk jumpa beliau ini selepas Tok Nab dah habis solat)

Hebat org tua ini, walaupun hidup miskin sebatang kara dan dirinya sendiri uzur dimamah usia, namun dalam apa-apa hal Tuhan didahului dan Solat diutamakan. Moga doa Tok Nab utk adik saya itu akan menjadi.

Turut menerima sumbangan ialah seorang insan Fakir Miskin Kedana yg dipanggil orang sebagai Mat Jali.

(Mat Jali dan Ibunya sewaktu team Wargakilang membuat riki sebelum ini) (Mat Jali sedang menikmati jamuan di tempat agihan sumbangan – t.kasih semua)

Kami juga turut menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada seorang OKU lumpuh di sana.

(Adik Nurul bersama kerusi Roda sumbangan rakan kami di Wargakilang)

Semua sekali ada 35 keluarga yang menerima sumbanga kami itu. Dalam ramai-ramai penerima tersebut, hati saya paling tersentuh dengan keluarga Pn Rahana dalam gambar di bawah ini.

(Pn Rahana bersama 6 daripada 7 orang anak-anaknya dan ayah mereka, bekas pak guard yg jatuh nyanyuk dan tak mampu bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga)

Anaknya yang sulung (tiada dlm foto) adalah seorang pelajar pintar; dapat 9A dlm PMR yang lalu, namun dek kerana kemiskinan keluarga memilih untuk bersekolah di sekolah biasa. Tiap-tiap hari kayuh basikal sejauh 6 km ikut jln short cut ke sekolah.

Di kampung ini, saya ditakdirkan berpeluang bersembang panjang dengan Poksu Aziz, salah seorang jiran mereka yang agak prihatin. Menurut Poksu Aziz, sudah 2 kali beliau melihat dan mendengar sendiri Pn Rahana minta nak beli beras 2 kilogram (lebih kurang RM5) di kedai runcit berdekatan. Berapa banyaklah sangat beras 2kg untuk 7 orang anak. Poksu Aziz tak sampai hati, terus minta tauke kedai itu bagi beras hat satu kampit 10kg kpd Pn Rahana, dan beliau sendiri yang membayarnya.

Bagi meringankan perbelanjaan rumah agaknya, maka kami lihat di rumah beliau ada timbunan kayu api dan juga dapur kayu yang diguna untuk masak berselang-seli dengan dapur gas.


Menurut Poksu Aziz, anak-anak Pn Rahana semuanya ini hari-hari pergi sekolah tak bawa duit. Ada sekali itu Pn Rahana ada duit lebih sikit, dihulurkannya RM1 kpd si kakak sulung yg dpt PMR 9A itu. Kakak ini cakap:

"Mak, simpanlah duit ini, bagi kat adik-adik. Saya tak apa, jgn risau pasal saya, mak bagilah kat adik-adik buat belanja sekolah mereka!!"

Sedih, tak tau nak kata apa bila saya dengar Poksu Aziz cerita macam tu.

Bila saya renung semula gambar beras 4 lima kampit dalam gambar Pn Rahana dan keluarganya ini, saya dapat rasakan betapa LEGA nya hati beliau sebab selepas ini, sekurang-kurangnya untuk 2 tiga bulan mendatang, insyaallah beliau tak perlu lagi menebal muka nak gi beli beras timbang kilo. Terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan kalian semua. Walaupun nampak sikit, tapi banyak sebenarnya buat Pn Rahana dan anak-anaknya ini.

Kepada anda yang membaca, khususnya anak-anak Kelantan, jika ada kelapangan bantulah keluarga yg ada potensi ini. Anak sulungnya pintar dan insyaallah adik-adiknya yang lain pun pintar juga. Sayang benar sekiranya BENIH yang baik yang sedang tenggelam timbul di pinggir sungai ini, yang masih mampu kita gapai dengan tangan, dibiarkan hanyut begitu saja dibawa deras arus kemiskinan. Bantulah mereka.

Moga Allah SWT akan permudahkan urusan tuan/puan yang tak putus-putus memberi sokongan dan kerjasama dalam agenda kita semua membantu anak-anak bangsa, setakat yang kita sama-sama terdaya ini.

(Group foto sebahagian drpd peserta expedisi JJMK Wargakilang Kelantan 2012)

Terima kasih semua.
moniermatdin@yahoo.com
16.11.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads