Khamis, 31 Januari 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Lagi GRO Ditahan <b>Di Gua Musang</b> | Detik Perubahan

Posted: 06 Dec 2012 09:27 AM PST

20121207-012400.jpg

KOTA BHARU – Apakah Gua Musang sudah menjadi 'Golok' untuk negeri ini. Mana tidaknya dalam tempoh tidak sampai dua minggu dua serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Kelantan untuk menahan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand.

Dalam serbuan terbaru malam kelmarin, jabatan itu menahan GRO Thai ketika sedang asyik melayan pelanggan di sebuah restoran di bandar tersebut di antara jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi ini.

Difahamkan Gua Musang menjadi sasaran baru GRO ini kerana lokasinya yang terpencil malah mereka juga menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Abdul Basek Abu Bakar berkata, GRO terbabit telah menjadikan sebuah kedai makan milik bukan Islam di bandar berkenaan sebagai pusat mereka menjalankan kegiatan tersebut.

"Kemua GRO tersebut berumur antara 22 sehingga 30 tahun dan difahamkan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial namun, menyalahgunakannya untuk bekerja.

"Kita telah lama membuat risikan dan pemantauan ke atas kedai makan berkenaan dan mempunyai bukti bahawa kesemua wanita berkenaan masuk ke negara ini untuk bekerja walaupun pemilik serta pasangan ketika mereka ditahan mengaku kononnya mereka adalah isteri atau teman wanita masing-masing," katanya.

Abdul Basek berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua GRO terbabit tidak sampai sebulan berada di negara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan ke atas mereka di bawah Peraturan 39 B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu katanya, dalam operasi berasingan di sebuah rumah kongsi berhampiran kedai makan tersebut, seramai lapan lelaki warganegara Myanmar berusia antara 22 hingga 28 tahun, ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan mengikut Seksyen 6(3) dan 15(4) Akta Imigresen 1959/63. Mereka akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads