ads

Khamis, 31 Januari 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Penduduk Jeli Dan <b>Pasir Puteh</b> Hadapi Gangguan Bekalan Air <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 07:51 AM PST


KOTA BHARU – Penduduk di beberapa kawasan di sekitar Pasir Puteh dan Jeli dijangka mengalami gangguan bekalan air mulai esok.

Eksekutif Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata gangguan bekalan di Pasir Puteh dijangka berlaku dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 pagi keesokan hari (Jumaat) berikutan kerja pengalihan paip ke tangki Bukit Gedombak.

Kawasan yang terlibat ialah Bandar Pasir Puteh, Kampung Nara, Kampung Jelor, Kampung Kulim, Gaal Hilir, Gaal Tengah, Gaal Hulu, Gong Datok, Gong Datok Hulu, Bunut Rendang, Gong Pasir, Gong Sepuleh, Sungai Petai, Gong Depu, Gong Guchil, Kampung Haji Wan Omar, Pak Mayong dan Tok Bali.

Sementara gangguan bekalan di Jeli dijangka berlaku di beberapa kawasan di sekitar Ayer Lanas berikutan kerja-kerja teknikal oleh Tenaga Nasional Berhad di Loji Air Gemang-Air Lanas.

Gangguan dijangka berlaku antara pukul 10 pagi hingga 6 petang esok yang melibatkan Kampung Gemang, Wakaf Zing, Kampung Rahmat, Kampung Chedok, Bukit Nangka, Lubok Dulang, Renob, Kampung Jakar, Bandar Baharu Bukit Bunga dan Kampung Nibong.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke AKSB melalui talian PINTAS 1300-88-2572.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved