03 di wakaf che yeh - Google Blog Search |
HomeStay/Rumah Tamu <b>di Wakaf Che Yeh</b>, Kelantan | Eyriqazz.com Posted: 30 Jan 2012 06:16 AM PST Semasa konvoi bercuti di Kelantan, saudara mara eyriqazz lebih kurang 4 keluarga mengambil pilihan untuk memilih Homestay/Rumah Tamu Mas di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Faktor utama adalah murah, ada 3 bilik, berhawa dingin dan parking boleh memuatkan lebih kurang 3-4 buah kereta.
Pandai pakcik eyriqazz cari rumah tamu ini, lokasinya yang lebih kurang 5 minit drive dari Wakaf Che Yeh, Kelantan, antara destinasi shopping pilihan di waktu malam di Kota Bharu, Kelantan. Kalau nak pi Kota Bharu pun hanyalah lebih kurang 30 minit perjalanan.
Berapa harganya? Umm, jangan terkejut ya. Time pergi ini semasa Cuti Chinese New Year, RM150 semalam untuk sebuah rumah yang memuatkan 3 bilik yang dilengkapi Aircond, peti sejuk biasa, dan katil Queen. Nak ambil gambar di dalam tak sempat la pula. Murahkan, kalau jalan ramai-ramai better menyewa camni, sewa bilik di hotel budgetpun rasanya dah kos lebih kurang rm50-100 semalam.
Kalau terasa nak bercuti di Kota Bharu, Kelantan dan mencari tempat tinggal untuk bermalam, saya rekomenkan HomeStay @ Rumah Tamu ini. Bolehla hubungi di No. telefon 017-9765838. Oh ya, ini bukan entri berbayar ya. Entri ini sebagai tanda terimakasih buat pemilik HomeStay tersebut yang menyediakan tempat /rumah tamu dengan harga yang berpatutan dan murah buat yang mahu bercuti di Kelantan.
P/s : Any recommendation Homestay menarik di Malaysia ini? Terasa nak pergi bercuti Ala-Ala Homestay laa…. Pengalaman di Haji Dorani Homestay memang best dan menawan dan teringin mengalami suasana sebegitu lagi. |
You are subscribed to email updates from di wakaf che yeh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan