03 di pasir mas - Google Blog Search |
.: Mahathir ke <b>Pasir Mas</b> Untuk Rosakkan Umno? Posted: 06 Mar 2013 04:39 AM PST ULASAN Bunyi khabar 9 Mac ini Mahathir Mohamad akan berkunjung ke Kelantan. Daerah yang akan dipijaknya ialah Pasir Mas. Sejak beliau tidak menjadi PM hanya Pasir Mas saja menjadi daeraah kesukaan Mahathir. Seingat saya tidak ada mana-mana daerah yang disinggahnya atau diadakan majlis untuk Mahathir. Kalau adapun di Kota Bharu, itu pun majlis itu diurusaturkan oleh orang Pasir Mas juga. Beliau ke Pasir Mas bukan atas kehendak Umno Pasir Mas. Tetapi atas kehendak orang lain atau pun lain. Ada waktu-waktu beliau ke Pasir Mas ketua Umno Pasir Mas sendiri tidak pun berada sama dalam majlis itu. Khabarnya kedatangan Mahathir ke Pasir Mas nanti sempena majlis dinamakan 'perlepas angin'. Kalau difaham dari sudut permainan tradisional 'peteri', perlepas angin ini ialah oleh orang yang sakit. Di dalam istilah perubatan Melayu Kelantan, orang yang tidak sihat atau sebak ia dianggap sebagai "setuk angin" maksudnya angin atau pun jiwa seseorang itu tidak lawas. |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan