Selasa, 17 Disember 2013

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Annuar Musa Hebat - Gelombang Kick - Blogger

Posted: 23 Sep 2013 09:36 AM PDT

Tahniah buat seluruh rakyat di Parlimen Ketereh kerana telah membuat pilihan yang tepat didalam PRU13 yang lalu, diatas kecerdikkan anda memilih pemimpin, maka sudah pasti manfaatlah yang bakal anda terima.
Kepada semua golongan yang memerlukan di Parlimen Ketereh, sekiranya perlukan bantuan untuk membaiki rumah, anda boleh memohon bantuan berkenaan di pusat khidmat KHADAM sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin anda seperti dibawah.

Jika sebelum ini rumah anda ditirisi air hujan, selepas ini tidak lagi, betapa beruntungnya warga Ketereh kerana tidak bebal mengundi Bulan, dan kita yakin keberuntungan itu bukanlah semata-mata hanya bantuan membaiki rumah, bahkan banyak lagi faedah lain yang bakal menyusul selepas ini.
Semoga Tan Sri Annuar Musa dapat jadikan Parlimen Ketereh sebagai parlimen contoh bagi rakyat yang cerdik memilih pemimpin, diatas manfaat yang diperolehi oleh rakyat di Ketereh sekurang-kurangnya ia akan menarik minat lebih ramai lagi rakyat di lain-lain parlimen untuk turut sama menyokong pemimpin dari Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

Tambah menarik kiranya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan dengan sesuatu keistimewaan lain dari yang lain, contohnya di Parlimen Ketereh boleh diistiharkan 'sifar rumah bocor' atau tidak ada satu pun rumah (golongan miskin) yang atapnya bocor, maka secara tidak langsung kewujudan seseorang pemimpin itu boleh dirasai dan dibandingkan sekaligus ia mengambarkan sikap kepedulian pemimpin terhadap rakyatnya selain dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa siapapun pemimpin atau pemerintah itu sama saja atau tidak merubah kehidupan mereka.
Apapun, pengumuman bantuan membaiki rumah itu sangat bertepatan dengan perkhabaran yang dibawa oleh Adun Kok Lanas yaitu wakil dari salah satu DUN dalam Parlimen Ketereh semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Maknanya bantuan tersebut juga merupakan antara kehendak utama rakyat di kawasan berkenaan, syabas buat pemimpin yang mengerti denyut nadi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Apakah selepas ini Parlimen Ketereh se-gah TRW ?...

Kedai Makan Mimi Tomyam <b>Ketereh</b> Depan Petronas <b>Ketereh</b> | Syira

Posted: 28 Oct 2013 10:47 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Oleh kerana tiada pilihan, kami redah sahaja mana-mana kedai yang dibuka. Nyata amat mendukacitakan hati. ehe


Disini ialah bahagian dapur. Di mana semua pekerja berada disini. Di dalam banner kedai di sertakan gambar-gambar menu yang nampak menarik.

Oleh kerana hari sungguh panas, syira memilih ABC untuk hilangkan dahaga. Lagipun sudah lama benar tak makan Air Batu Campur yang sedap. Sementara menunggu suami sampai, syira minumlah Air Batu Campur ini perlahan-lahan.

Lama menanti, suami belum sampai, oleh kerana lapar, syira terus order Nasi Goreng Ayam untuk syira dan untuk suami syira orderkan Nasi Putih, Tomyam Ayam dan Daging Masak Merah.
Sungguh mendukacitakan. Nasi goreng ini langsung tidak memenuhi selera syira. Semasa makan syira langsung tidak boleh telan kerana dapat rasa habuk-habuk kecil, malah rempah juga tidak di goreng sebati. Memang rasa muak. Ayam pula digoreng kunyit, aih.. sungguh masin sekali.


Selain Air Batu Campur, Mimi Tomyam juga turut menjual pelbagai jenis air lagi seperti Laici Kang dan sebagainya. Inilah kaunter tempahan air di kedai Mimi Tomyam.
Tomyam hak Mimi Tomyam yang biasa-biasa sahaja. Cair dan kurang kaw seperti yang biasa kami makan.
Daging Masak Merah yang juga biasa-biasa. Biasanya Daging Masak Merah di kedai lain, tapi disini daging Masak Merahnya seperti masakkan di rumah. hehe

Nasi Goreng Ayam syira yang tidak dapat dihabiskan. Suami makan habis semua yang syira order untuknya kerana suami amat lapar ketika itu. Haruslah jangan membazir, membazir itu amalan syaitan. Sungguh.
Kepala syira sudah pening, tekak raya mual dan perut rasa loya. Syira terus bangun pergi bayar. Total semuanya RM23.00 sahaja untuk ABC, Nasi Goreng Ayam, Nasi Putih, Daging Masak Merah, Tomyam Ayam dan Tea Ais. Aih, sungguh mahal pada syira. haha. Syira hulurkan duit RM50.00,kemudian dia cakap, kitaorang tak ada duit, ada duit halus tak? adeh... kebetulan hanya sekeping itu je pun duit yang ada dalam purse. hehe... 
Syira kemudian intai ke dalam tempat mereka memasak, alangkah terkejutnya syira yang memasik itu seorang perempuan yang tidak memakai tudung dan seluar jeans yang dipakainya disising hingga nampak betis. Terus bertambah loya. Terus rasa alamak, kenapa tak berhati-hati, biar diri termakan makananan yang dimasak oleh orang tak tutup aurat. sedey..
Lepas tu tak tahulah diorang pergi tukar mana, yang pastinya balancenya dapat diberikan. Kenapa orang melayu berniaga selalu mintak duit tukar dengan pelanggan. Kan kalah dengan cina berniaga, sentiasa je ada duit kecil.

Pelajar Sebuah Sekolah <b>Di Kok Lanas</b> Mati Tergantung Dalam <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 03:14 PM PST

KOTA BHARU – Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

"Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

"Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

"Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

"Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu," katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

"Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. – SINAR HARIAN

OHMEDIA: BIAR BETIK TIADA KAITAN DENGAN UNSUR JENAYAH. HURM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads