Selasa, 17 Disember 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - <b>Pasir Mas</b> Masih Banjir

Posted: 07 Dec 2013 09:46 PM PST

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

8 Dec 2013, 01:46pm by Sarah Farhana



Banjir di Kelantan semakin pulih kecuali di kawasan sekitar Sungai Golok di Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan laporan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, 192 keluarga masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Pusat itu antaranya di SK Kedai Tanjong, Alor Pasir, Meranti dan Tok Deh.

Di Tumpat hanya lima mangsa masih di pusat pemindahan dari satu keluarga di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2.

Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras bahaya di Kelantan pada paras 9.55 meter iaitu 0.55 meter melebihi paras bahaya.

Mengikut portal banjir negeri Kelantan dua laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan terbabit adalah Pohon Tanjung, Rantau Panjang ke Kampung Siram dan Jalan Pengkalan Rakit di Pasir Mas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads