Selasa, 17 Disember 2013

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


2nd Trip To Kelantan | Homestay <b>Di Wakaf Che Yeh</b> - Selesa <b>...</b>

Posted: 16 Dec 2013 05:00 PM PST

Hari Sabtu lepas kami 1 famili ikut AtokZN pi Kelate, hehe
Seronok dapat berjalan :)
Tapi dalam masa yang sama risau jugak 
Sebab musim hujan yang melanda
Alhamdulillah, sepanjang kami kat sana takde hujan pun
Sepanjang perjalanan pegi & balik je hujan
Masa pegi kami ikut laluan Gua Musang
Masa balik pulak lalu Gerik
Tu yang singgah transit kat Teluk Intan - balik kampung :)
AtokZN pi Kelantan sebab ada seminar
Kami ni sebuk je ngikut hehe
Dalam masa yang sama, dapat la temankan AtokZN
Dapat jugak AtokZN bertukar-tukar bawak kereta ngan PapaZN
Hihihi, baek punya alasan =p
Rasa tak puas pi Kelantan hari tu
Kali ni tak stay kat homestay yang sama
MamaZN cari homestay lain
Tapi tetap dalam area Wakaf Che Yeh jugak
Alhamdulillah kali ni puas hati sangat
Selesa dan rasa berbaloi dengan harga yang dibayar ;)
Nama homestay ni Abeyra Garden Guest House
Terletak di Kampung Kota, Wakaf Che Yeh
Dekat la nak pi shopping kat pasar malam yang happening tu, hehe
Nak pi bandar pun dekat gak :)
Harganya RM140 utk 1 malam
Homestay yang kami duduk 2 malam :)
Attached dengan rumah tuan rumah hehehe
Homestay kami belah yang bersliding door tu :)
Homestay ni ada 2 bilik 
Tapi lengkap dengan macam-macam kecuali peralatan memasak & mesin basuh
Ala, apa ada hal... Bukan nak masak pun kan?
Jalan-jalan cari makan la baru best! :)
Dua-dua bilik ada aircond don't worry, hehe
No. contact Abeyra Garden (homestay Wakaf Che Yeh) pada sesapa yang berminat
Jom kita menjelajah ke seluruh rumah :)
Ada extra 2 tilam single - PapaZN dah bentang depan tv
Senang nak tgk bola katenyeeeee =p
Ni laluan utk ke bilik & dapur
Lengkap dengan katil queen, meja cermin, kipas & air-cond
Ada 2 buah katil single, meja cermin, kipas & air-cond
Tapi ada set meja makan, peti ais, cerek letrik, toaster, peralatan pinggan, cawan, sudu & garpu
Kopi, teh & gula pun ada disediakan :)
Selain tu ada gak 5-6 bijik bantal, 1 toto, 4-5 helai selimut
3-4 helai sejadah, beberapa kopiah & sepasang telekung 
Iron & iron board pun ada - jangan risau, hehe
ZakwanNayli santai kat meja batu luar rumah :)
Ni plak satu-satu nya gambar kami berempat yang semenggah sket, haha! :)
So far, puas hati la dok sini
Zakwan ni cerewet sket bab-bab kekemasan & kebersihan rumah, hehe
Kalau dia suka maknanya ok sangat la tu :)

[ Gossip ] Gambar Cun bakal isteri Aril Af7, Majlis nikah <b>di Wakaf</b> <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2013 11:46 PM PST

Pada 20 Disember, Aril AF turut mahu menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Puteri Erma Edlinda.
Untuk info Erma kini  bekerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines. Mereka dijangka akan mengadakan majlis akad nikah di kediaman pihak perempuan yang terletak di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Majlis akad nikah mereka akan dibuat secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat mereka sahaja. Difahamkan, langkah tersebut diambil berikutan menghormati permintaan daripada ahli keluarga.Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads