03 di bunut payong - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Hukum Adun: SPR perlu rujuk kes Kelantan <b>...</b> Posted: 14 Feb 2014 02:31 AM PST Ketika itu Adun Semangat 46 di Sungai Pinang dan Limbongan menyertai Umno. Berikutan pindaan tersebut pilihan raya kecil diadakan. Pilihan raya tersebut memberi kemenangan kepada calon Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46. Namun Umno membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan mengembalikan kerusi tersebut kepada penyandang. Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man berkata, peletakan jawatan sebagai wakil rakyat lebih bermaruah berbanding melompat parti kerana ia menghina mandat diberi rakyat. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat contoh yang berlaku di Kelantan pada awal 1990-an sebelum meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah. "SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak berhubung cadangan tersebut. SPR seharusnya melihat tuntutan keperluan dan bukannya desakan serta kepentingan pihak tertentu," katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidur Rasul Dun Bunut Payong di JKR 10 petang semalam. Hadir sama pada program tersebut Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim serta jawatankuasa Muslimat Dun terbabit. |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan