ads

Jumaat, 14 Februari 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di kota bharu - Google Blog Search


Maaf Sebut: Perkembangan Terkini Projek <b>Di Kota Bharu</b> Dan Area <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 03:31 AM PST

Agak lama jugak aku rasa tak update pasal projek-projek kat Kota Bharu diblog nih. Bukan taknak update tapi nak biarkan dulu. Biar projek-projek terbabit berjalan baru start pegi snap picture lagi.
Ini adalah update pertama untuk tahun 2014. So untuk tahun baru nie, aku nak start dulu dengan projek Al Waqaf yang dulunya lebih famous dikenali sebagai Pavilion Tunjong. sebenarnya aku malas nk snap photo kat sini sebab memang takde sangat perkembangan sangat berbanding dengan tahun sebelumnya.
Ini yang aku maksudkan...



Yang ade pun just mesin piling yang aku pun tak tahu bile nak gerak. Begitu jugak dengan Mydin yang sudah dipenuhi dengan semak samun. Bila nak start pembinaa pun tak tahu lah.
Viana Court kat Wakaf Che Yeh pulak dah tak lama nak siap. Terpampang kat situ ade tulis hotel and service apartment. 
2 pictures nie diambik dalam area mcdonald wakaf che yeh

Yang ni pulak aku drive masuk ke area pembinaan sebab nak ambik gambar dari dekat. Semua orang yang kat situ tengok aku tengah ambik gambar bangunan. Pelik kot bagi diorang...hehe..
Ini pulak kat Lembah Sireh. Kalau korang tengok dari picture kat bawah nih, kerja-kerja pembinaan melibatkan struktur pengukuhan tapak bangunan untuk Platinum Mall sedang rancak berjalan. 

Dan berdekatan dengan Platinum Mall adalah Aeon Mall yang sekarang MPKB letak notice tentang memerlukan pandangan umum sebelum projek Aeon Mall nie bermula

KFC pulak memang rancak menambah cawangan. Salah satunya di Pengkalan Chepa...
Burger King pun tak kurang hebatnya. Membuka cawangan drive thru pertama di Kelantan..

Tak lama lagi Pasir Pekan akan dapat masjid baru, besar dan cantik lagi... 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved