Rabu, 14 November 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Muslimeen United: Muktamar PAS bermula <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 14 Nov 2012 03:05 PM PST

(Presiden PAS di pentas bersama kepimpinan utama Dewan Muslimat PAS)

KOTA BHARU: Muktamar PAS tahun ini bermula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Haji Mohamad Sabu merasmikan Muktamar Dewan Pemuda.

Muktamar Dewan Muslimat berlangsung di Kota Bharu Trade Centre manakala Muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak. Kedua-duanya di tengah-tengah bandar Kota Bharu bandaraya Islam.

Muktamar Dewan Ulamak akan berlangsung pagi esok manakala muktamar penuh akan bermula Jumaat ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).


Muktamar Dewan Muslimat

Seramai 624 perwakilan muslimat dari seluruh negara memenuhi dewan utama Kelantan Trade Centre bagi mendengar amanat khas yang akan disampaikan oleh Presiden PAS.

Manakala seramai 262 pemerhati berdaftar mula memenuhi dewan seawal jam 7.15 malam.

Turut bersama dalam perasmian malam ini, Ketua Wanita DHPP Pusat Kumutha Raman dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) Maria Chin Abdullah serta para artis yang telah menyertai PAS termasuk Abby Abadi.

Majlis yang dimulakan dengan Asma al Husna kemudian diikuti dengan lagu Negaraku dan lagu PAS.

Pembukaan muktamar dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran surah At Tahrim oleh adik Najib Nasarudin.

Kemudian diikuti ucapan Pengarah Muktamar Mumtaz Md Nawi, persembahan multimedia serta persembahan montaj khas yang bertajuk Wanita Prihatin kebajikan Terlaksana.

Pada malam ini, Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Mohd Yusuf turut akan menyampaikan ucaptama.

Muktamar Pemuda


(Perwakilan dan pemerhati muktamar Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak)

624 perwakilan Dewan Pemuda PAS dari seluruh negara menyertai muktamar kali ini di dewan Jubli Perak yang terletak di sebelah Stadium Sultan Mohamad ke 1v Kota Bharu.

Selain itu, dewan itu penuh dengan pemerhati dan tetamu muktamar itu.

Selain perasmian oleh Mohamad Sabu, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan akan memberikan ucaptama menggariskan halatuju Pemuda PAS untuk sessi akan datang di samping mengimbau aktiviti mereka sepanjang tahun ini dan tahun lepas.

Pagi esok, mereka akan menyambung balik muktamar selepas selesai majlis perasmian malam ini. -Hrkh

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


JAAkechik CORNER: restoran kahfi <b>wakaf bharu</b>

Posted: 16 Sep 2012 07:00 PM PDT

edisi jalan-jalan cari makan JJCM (versi jaakechik corner)
Restoran Kahfi di Wakaf Bharu
lokasi : dekat roundabout wakaf bharu


jaa singgah sini malam kelmarin masa otw balik dari pasir puteh
jaa gi melawat ayah ana di hospital tg. anis


kailan ikan masin, telor dadar
1 ekor cencaru dan 1 ekor tuko (bakar)
honey dew blended ngn teh o ais
makanan kt sini mmg sedap tau...
kalo di wakaf bharu laaaa. hiks!
area ni takdo kedai makan sgt,
sini ler tempat jaa selalu makan2 ngn my en.suami...
restoran pebret jaa di area wakaf bharu....ngee
baru perasan gambar laki aii takdo laaa
huhu...jgn marah ya lalink...lupa nk snap....
kalut ngn fikri yg langsung tak gheti nak duk diam

~ Terima kasih...klik LIKE kalau suka ~

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Muslimeen United: Janji Bandar Baru <b>Dabong</b> jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 06:56 AM PDT



KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya. -Hrkh

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


TAFADHDAL: AKU SUKA CERITA MOTIVASI MACAM INI

Posted: 13 Nov 2012 11:50 PM PST


SEBAGAI pegawai nombor 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan amat sibuk dengan tugasan di pejabatnya di Putrajaya, beliau sibuk melayan stafnya dan orang luar. Beliau sesekali dicelah dengan deringan telefon bimbit serta siri khidmat pesanan ringkas (SMS). Lumrah bagi seorang pemimpin.

Dalam keadaan sibuk itu, Solah meminta wartawan ini tunggu sebentar agar dapat membereskan kerja-kerja satu persatu. Walaupun sibuk, Ketua Pengarah JPJ itu tidak pernah menghampakan wartawan serta sesiapa sahaja yang ingin menemuinya.

Sifat-sifat mesra beliau begitu mendekatkan diri dengan orang ramai termasuk wartawan ini.

Apabila peluang tiba untuk menemuramah Solah, soalan pertama terpacul dari mulut: "Adakah ini merupakan cita-cita Datuk sejak kecil lagi?

Solah menidakkannya. "Saya ingin menjadi askar kerana saya suka berlawan, semangat mahu berlawan dan suka berjuang," katanya secara spontan sehingga wartawan ini tergamam mendengar jawapan itu.

Lantas ditanya kenapa beliau tidak merealisasikan cita-citanya itu. Solah terdiam seketika.

Jawapan awalnya amat ringkas iaitu "Amat menyentuh perasaan". Agaknya beliau tengah menyusun butiran penjelasannya.

Bila penjelasan lanjut diberikan, segala misteri di sebalik cita-citanya yang tidak tertunai itu beransur-ansur terungkai satu persatu.

Titik peralihan, jelas Solah, ialah apabila beliau lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred satu. Malah beliau merupakan pelajar terbaik di daerah Pasir Puteh ketika itu.

"Saya cuba masuk ke Universiti Pertanian Malaysia kerana ingin menjadi petani moden. Namun, saya kena sahkan sijil-sijil (peperiksaan) dulu dan hanya Pegawai Daerah (DO) yang boleh lakukan," katanya.

Solah dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang miskin di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau ialah anak kampung sejati yang menanam tembakau, menanam padi serta menjala, menjual ikan dan menjual buah-buahan tempatan.

Beliau bijak orangnya dan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik sejak sekolah rendah lagi.

Untuk mendapatkan pengesahan sijil-sijil tersebut, Solah berkata, dia menyediakan telur ayam, kelapa yang dibersihkan dengan daun mempelas, beras pulut yang dituai dari bendang sebagai buah tangan kepada pegawai terbabit nanti.

"Selepas solat Maghrib, saya bersama ibu bapa saya menaiki beca roda tiga dari Kampung Gaal ke pusat bandar di Pasir Puteh.

"Perjalanan sehala adalah kira-kira dua batu dan memakan masa sejam. Saya berdiri sepanjang perjalanan sementara ibu bapa duduk kerana ruang terhad," katanya sambil menambah bapa saudaranya yang bekerja sebagai tukang kebun di rumah Pegawai Daerah itu membuat temu janji tersebut.

Pertemuan itu bagaimanapun meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap jiwanya.

Memori lampau itu amat mengusik hati Solah sehingga beliau yang tabah serta bengis bagi mereka yang tidak mengenalinya "tewas" apabila mengimbaunya.

Air mata yang berlinangan turun membasahi pipinya. Tangannya menyeluk poket untuk mendapatkan sapu tangan cepat-cepat bagi menyeka air mata yang berguguran.

"Terdapat dua perkara yang mengganggu emosi saya. Pertama, Pegawai Daerah terbabit tidak menghargai kejayaan saya memperolehi Gred 1 kerana dia langsung tidak mengucapkan tahniah.

"Keduanya, dia tidak usik pun buah tangan tersebut sebaliknya menyuruh saya meletakkannya di anak tangga," ujarnya dengan suara yang terketar-ketar kerana kesedihan yang teramat sangat.

Apa tidak sedihnya, Solah membuat persiapan buah tangan itu sejak seminggu. Perjalanan sejam pergi, dan sejam balik

Tetapi perjumpaan hanya kurang daripada lima minit. Lebih mengaibkan, Pegawai Daerah itu tidak menjemput mereka masuk ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, Solah masih ingat ibu bapa dan dirinya diam membatu sepanjang perjalanan kerana terpukul dengan layanan tersebut.

"Dalam benak saya, okey, anda tidak menghormati ibu dan bapa saya kerana saya orang kampung."

Bermula dari detik itu, beliau berjanji tidak akan jadi askar.

"Pertamanya, saya berikrar akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Keduanya, bila saya bekerja, saya akan berada di kerusi pegawai daerah itu atau lebih tinggi dan akan buka pintu kepada sesiapa sahaja," tegas Solah.

Justeru, mulai hari pertama bekerja, Solah mengakui beliau tidak pernah menolak sesiapa yang ingin berjumpa dengannya.

Patutlah pintu pejabatnya di Putrajaya sentiasa terbuka luas kepada pengunjung!

Jika diselak zaman persekolahan menengah lagi, semangat berkobar-kobar untuk melawan situasi sudah terbit.

Solah berkata, beliau tidak dapat memohon biasiswa persekutuan kerana borang permohonan hanya diberikan kepada anak-anak cikgu, polis dan kerani.

Katanya, dia mengetahui perkara itu selepas kawan-kawan serta kenalannya yang berjaya mendapat biasiswa itu merupakan anak-anak inspektor polis, kerani dan guru.

Ini menguatkan lagi azamnya untuk 'menewaskan' mereka dalam bidang pendidikan. Biasiswa tersebut bernilai RM15 sebulan yang dimasukkan dalam buku akaun.

"Kawan yang mendapat biasiswa pernah belanja tengok wayang 25 sen untuk filem kelas ketiga ketika itu," katanya.

Akhirnya, Solah mendapat gred pertama manakala kawan-kawannya mendapat gred dua.

//mstar.com.my

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Sultan <b>Kelantan</b> Berterima Kasih Pada P&#39;kutuan | MyNewsHub

Posted: 11 Nov 2012 04:03 AM PST

KOTA BHARU — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana tidak meminggirkan negeri itu daripada arus pembangunan.

Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta difahamkan projek tersebut sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Pada istiadat tersebut, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk, mengetuai 238 penerima darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai (JP), manakala 397 penerima bintang, pingat dan surat kepujian akan menerima anugerah masing-masing pada istiadat yang akan ditetapkan kemudian.

Sambil berharap projek lebuh raya baru itu menjadi kenyataan, baginda menggesa supaya projek itu dapat dipanjangkan hingga ke Kota Bharu.

"Selain itu, harapan beta agar satu rangkaian jalan raya yang bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini sebagaimana di negeri pantai barat atau pantai timur yang lain, bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya," titahnya.

Baginda juga menggesa pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh Pengurusan Air Berhad, menyelesaikannya secepat mungkin, bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber bekalan air yang berkualiti dan terjamin bersih.

Baginda juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf sebagai hab penerbangan serantau ke Malaysia dan negara Asean di samping penerbangan terus untuk jemaah haji ke Arab Saudi.

Baginda gembira dengan bilangan pelancong yang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, iaitu berjumlah 3.4 juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas.

"Pelaksanaan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu-Singapura yang bermula pada Ogos lalu merupakan satu usaha dalam memacu perkembangan sektor pelancongan di negeri Kelantan dan meningkatkan aktiviti perdagangan," titahnya.

Baginda juga berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan kepada usaha memulihara alam sekitar dan menjadikannya sebagai satu elemen penting pembangunan, di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan masyarakat dalam usaha tersebut.

Bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dan terbaik, baginda menyarankan jentera pentadbiran kerajaan negeri sentiasa proaktif dan progresif dalam usaha memperbaiki dan tingkatkan sistem pentadbiran sedia ada.

Baginda juga mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha mengurangkan kadar kemiskinan terutama golongan miskin tegar, dengan melaksanakan program yang lebih bermakna.

Baginda turut mengingatkan dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlu dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mengenai pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai kawasan industri dan bandar baru, baginda mahu pihak berkaitan meningkat usaha menaik taraf insfrasruktur asas terutama jalan raya dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali.

"Beta mengalu-alukan para pelabur agar memilih Kelantan, khususnya Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas," titah baginda. — Bernama

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


<b>Tanah Merah di</b> Australia - v12gether blog

Posted: 09 Nov 2012 11:08 PM PST

Mungkin kita sudah biasa dengar yang Tanah Merah adalah sebuah bandar di Kelantan. Namum sebenarnya ada tempat lain yang turut dinamakan dengan Tanah Merah. kalau ia di Malaysia mungkin tidak pelik, tetapi ada sebuah tempat di Australia yang juga di namakan Tanah Merah.

Tanah Merah adalah suburb di Logan City, Queensland, Australia.

Tanah Merah adalah ayat atau perkataan  di dalam bahasa Melayu / Indonesia. Ini jenis tanah ini ditemui di seluruh kawasan tempatan.

Tanah ini yang pernah dimiliki oleh keluarga Murray yang dijual kepada pemaju. Ladang Murray masih wujud di Tanah Merah dan terletak di penghujung Jalan Murrays.

Lebuh raya Pasifik bersempadan suburb dan Lebuh raya Logan membahagikan ia.

Nama 'Tanah Merah' yang turut wujud di beberapa negara lain :-

  • Tanah Merah, Malaysia
  • Tanah Merah, Singapore
  • Tanah Merah, Queensland, Australia
  • Tanahmerah, Papua, Indonesia
  • Tanahmerah Bay, Papua, Indonesia


03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Bahaya rumah tepi jalan , <b>di Tumpat</b> kereta rempuh ruang tamu <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 08:17 PM PDT

Nak dapat duit mudah dalam USD ? klik sini ....

Satu klik satu USD tak mau ka ? klik sini ....

Di Tumpat , Kelantan, seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sejak beberapa hari lalu sering bermain sambil mengibar Jalur Gemilang, maut dalam keadaan masih memegang bendera kebanggaan negara itu selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas sebelum merempuh rumah kedai milik datuknya, kelmarin.

Inilah bahaya buat rumah dekat dengan jalan utama ni ....

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Kampung Dalam Rhu, di sini, mangsa, Adam Firdaus Mohd Shukri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat akibat parah di kepala, badan serta patah tulang rusuk.

Sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu bermain sambil memegang Jalur Gemilang di ruang tamu dengan diawasi ibunya, Nik Salwani Abdullah, 26, yang ketika itu menemani dua lagi anaknya, Shahrul Yuzy Faizal, 10, dan Mohd Ikhwan, 5, yang membuat kerja sekolah.

Tiba-tiba, sebuah Mercedes Benz 190E dipandu seorang lelaki berusia 60-an merempuh bahagian depan rumah kedai dan mangsa terseret bersama runtuhan konkrit dinding sebelum terbaring berlumuran darah di satu sudut ruang tamu.

Kanak-kanak itu diangkat neneknya, Aisyah Seberang, 55, ke luar rumah dan dibawa jiran ke Hospital Tumpat, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Hurrm ...orang tua kalau bawa kereta  jaga-jaga ikut belakang dia , selalu bersantai-santai tak tau mana nak tuju . Bukan semua ye , tapi selalunya macam tu .

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah . Berita penuh


Apa pendapat anda ? Jangan lupa bagi komen di bawah ni ...

Nak dapat duit mudah dalam USD ? klik sini..

Satu klik satu USD tak mau ka ? klik sini ....

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


.: Rumah burung <b>di Gua Musang</b> - Baru on suara burung berpuluh <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2012 06:39 AM PST

Assalamualaikum

Hari ini sudah masuk hari ke 2 saya di Kelantan. Alhamdulillah siap sudah projek di Kelantan di kawasan Gua Musang. Selepas ini tinggal projek di Kuala Kangsar untuk saya siapkan.

Alhamdulillah, baru hari pertama saya ON kan suara dan tidak sampai 5 minit begitu banyak burung-burung walit yang masuk. Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kemudahan bagi kerja kami dan kemudahan bagi rezeki tuan rumah burung ini.  Selepas ini saya akan bergerak ke Terengganu pula bagi menghantar air walit syifa' kepada stokis di sana.

Nampaknya permintaan air walit syifa' terus meningkat dari sehari ke sehari. Saya akan masukkan video Gua Musang bagi tontonan semua. Doakan agar semuanya berjalan baik. Jazakallah

Zahir
0196558840

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


BN Sedia Hadapi PKR <b>Di Bachok</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Sep 2012 03:22 AM PDT

BACHOK – Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak berasa bimbang sekiranya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di Parlimen Bachok.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia kerana BN telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Kita telah bersedia untuk berdepan parti pembangkang Kita bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya pada majlis Astro Fiesta Mesra Belia di Beris Kubur Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas desas desus Ketua UMNO Bahagian Backok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin akan ditentang calon PKR bagi kerusi kawasan Parlimen Bachok yang kini diwakili bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, sokongan golongan muda terhadap BN semakin meningkat dan perkara itu boleh dibuktikan melalui penglibatan golongan itu dalam program BN.

Malah, katanya, sambutan golongan muda terhadap program yang dianjurkan BN pada hari ini cukup menggalakkan maka BN akan memperbanyakkan lagi program belia di seluruh negeri.

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Hari Raya Haji 2012 - part II

Posted: 13 Nov 2012 08:37 PM PST


Okeh... mari sambung cerita terbengkalai dari sini...
Malam itu kami berBBQ. BBQ nak cerita apa sangat ye dak? bakar-bakar, makan-makan, kenyang, uurrrppp... tidooo... hahahahha
proses memecahkan dara sotong itu
proses memecahkan dara si udang pula
sapa bakar sampai hitam sosej tu hah?
sotong yang tak diperap. dibakar begitu sahaja.
tak lupa juga membakar ketam.
fantastic hingga cair pemegang pan itu...
ini sedap sehingga ke tulang halkum 
diminum bersama kelapa pandan homemade
campur air batu dan aiskrim soda...
i tell u terangkat habis!

minah salleh celup ni kena duduk dalam. layan ipad aje.
nyamuk. badan dia tak imune.

anyway, kambing yang diperap olehku sebentar sahaja sudah habis. laku bagai kambing BBQ. letak sekejap atas meja dah hilang disambar. Sedap kata mereka. Ehemmm... 
Oleh kerana tukang amek gambar bias, hanya ambik gambar time bakar-bakar kat luar, maka orang-orang penting di dapur yang menyiapkan perkakasan telah terabai. Takpelah, bukan boleh tepek pun gambar tak pakai tudung.  Lagi kasihan gambar tukang amek gambar takdek pun. Hahahahaha..
To be continue~~~
waahhh... over! ada part 3. hahahhaa

Selasa, 13 November 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Adiza saidi: BERAYA <b>DI</b> KAMPONG KUBANG TELAGA

Posted: 27 Oct 2012 08:00 PM PDT

selamat tinggal mengkebang,berakhir beraya di mengkebang,pah ni beraya pula di
kampong kubang telaga,kampong asal tanah kelahiran ku.olih kerana bonda ku yang tercinta 
tiada di mengkebang,jadi aku terpaksa singkatkan perayaan ku di mengkebang dan 
akan bertemu dan beraya dengannya walau dimana dia berada. selepas beraya
bersama kakak ku di sungai pas dan adik ku di mengkebang serta pak sedaraku
juga di mengkebang , aku segera bertolak ke kampong kubang telaga.
lebuh raya ipoh - kuala terengganu
gambar kenangan hari raya tahun lepas di rumah kakakku di kampong kubang telaga.
melawat kandang kambing di hari raya.
penternak,pengedar, penjual,pembeli.........anak buah aku.so
kalau ada sesiapa yang berminat bulih lah hubungi nomber talipon
di atas.....segala urusan berkaitan bisa di setel.........

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Hijrah <b>Di Pasir Mas</b>, Kelantan 1/2 | Tinta Insyirah

Posted: 02 Nov 2012 11:01 AM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam kebahagiaan buat sahabat yang sudi membaca blog ini. Alhamdulillah pada 28 Oktober 2012 hingga 1 November 2012 saya berkesempatan ke Pasir Mas, Kelantan bercuti di rumah keluarga sahabat berniqab di samping menghantar sahabat berniqab menyambung pelajaran di sekolah pondok di sana.

Kami berempat bertolak dengan kereta daripada Gombak pada pukul 5.30 petang oleh sebab mereka menunggu saya pulang daripada program pada hari itu. Allahu akbar, rasa bersalah hanya kerana saya, mereka melambatkan perjalanan. Semoga Allah merahmati mereka aamiin.

Sedekah Menjemput Perlindungan Allah

Sepanjang perjalanan kami, kelihatan jalan ke arah Kuala Lumpur sarat dengan pelbagai jenis kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas. Saya teringat perkongsian oleh Tuan Latif Hilmi di group Magnet Duit (Psikilogi Duit);

Bagi saya SEDEKAH adalah insurans perlindungan terbaik di dunia. Ada beberapa peristiwa yg saya alami yg saya yakini bahawa ini adalah balasan yg Allah janjikan jika kita bersedekah.

Dalam perjalanan kami, pelbagai kejadian yang saya temui. Antaranya kemalangan, dan kereta rosak di tepi jalan. Impaknya, kesesakan lalulintas yang teruk di belakang tempat kejadian kemalangan dan kereta rosak itu.

Walaupun ikut logik, sememangnya arah ke Kuala Lumpur akan mengalami kesesakan lalulintas sebab ramai orang pulang ke rumah sendiri untuk mulakan kerja, tetapi saya pasti, tidak mustahil jalan yang saya lalui mengalami perkara yang sama. Saya yakin sedekah juga menjadi insurans terbaik yang menjemput jaminan perlindungan daripada Allah meskipun Allah Maha Pelindung.

Kerana insurans kereta adalah jaminan daripada manusia tetapi sedekah adalah jaminan daripada Yang Maha Berkuasa. Alhamdulillah perjalanan kami lancar sepanjang perjalanan cuma ada sementara sahaja Allah letakkan kami dalam kesesakan lalulintas. Antara yang saya amalkan adalah berkomunikasi dengan Allah. Berdialog secara ringkas dengan Allah. Saya niat dalam hati,

"ya Allah aku mohon, laluan VIP, perjalanan kami lancar dan selamat ke destinasi"

Sekitar pukul 10 malam, alhamdulillah kami sampai di R&R Gua Musang, ramai orang sedang berehat di situ. Kami berehat sebentar untuk makan malam di samping memberi ruang untuk pemandu utama berehat.

Saya mencari tempat duduk di bahagian tepi bagi menjaga privacy sahabat berniqab saya untuk makan. Sememangnya apabila saya mula bersahabat dengan muslimah berniqab, saya mula belajar untuk memahami keperluan mereka dalam rutin seharian di samping saya ingin belajar cara makan apabila sudah berniqab suatu hari nanti insyaAllah.

—

Alhamdulillah sekitar pukul 1.30 pagi, kami sudah berada di Pasir Mas dan mula mencari lorong tempat tinggal sahabat. Oleh sebab gelap, kami sukar mencari lorong tempat tinggalnya. Puas kami keliling bandar dan melihat petanda yang dapat membantu kami namun begitu, masih tidak jumpa.

Alhamdulillah masih ada orang berjaga di kala awal pagi itu. Kami dapat bertanya orang tempatan di situ di sebuah kedai makan, setelah puas bertanya beberapa orang alhamdulillah kami jumpa lorong tempat tinggal sahabat. Hati rasa sangat gembira apabila nampak wajah salah seorang daripada sahabat berniqab saya.

Saya mengenali mereka bertiga sekaligus yang merupakan adik beradik. Mereka terkejut dengan kehadiran saya dan turut gembira saya ada bersama yang sebelumnya saya dianggarkan tidak dapat menyertai lawatan itu.

Rasa bagaikan mereka lebih cantik daripada perjumpaan sebelum ini, subhanallah. Terlerai rindu pada mereka yang dipendam selama berminggu-minggu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Hari Pertama, 29 Oktober 2012

Pada 29 Oktober 2012, di awal pagi, saya mengambil masa untuk mengenali ahli keluarga muslimat sahabat saya. Dapat berkenalan dengan Mak (mak sahabat saya), terus panggil Mak dan rasa lebih mesra dengan panggilan itu. Saya juga mula mengenali adik beradik perempuan yang lain. Yang saya belum kenal ketika itu, hanya 3 orang.

Terharu mereka buatkan kek coklat untuk kami, makanan yang sangat saya gemari tambahan lagi sangat sedap rasanya. Topping coklat yang melimpah di sekeliling kek. Subhanallah sedapnya.

Hari itu kami luangkan masa dengan melawat pondok di sekitar Pasir Mas. Kami sempat berkunjung ke dua buah pondok iaitu Pondok Lubok Tupah dan Pondok Gelang Emas. Melalui pertolongan kenalan Mak, kami dapat melawat pondok itu walaupun ketika itu pondok sedang cuti Hari Raya Aidiladha. Mak juga turut bersama kami melawat pondok itu.

Semasa melawat pondok itu, saya mengambil peluang untuk mengenali sahabat berniqab saya dengan lebih rapat, sangat senang hati saya dapat meluangkan masa dengan mereka. Masih segar di ingatan saya, bergelak ketawa dengan mereka ketika melawat pondok itu. Suatu kenangan yang sangat menggembirakan dan mula rindu pada kenangan itu.

Hari Kedua 30 Oktober 2012

Pagi itu Mak buat laksa. Subhanallah, makanan kegemaran saya! Ada kuah Pulau Pinang dan Kelantan. Kedua-duanya sedap, tiada beza tambahan lagi sesuatu yang disukai saya. Makan sahaja, asalkan halal dan kenyang alhamdulillah.

Alhamdulillah ketika itu saya sudah mula mengenali adik beradik perempuan sahabat saya. Yang saya kagum, semua ahli keluarga muslimat memakai niqab. Keluarga mereka sangat mementingkan syariat. Semua anak-anak, belajar sekolah pondok, anak perempuan mula pakai niqab setelah berumur 10 tahun.

Hari itu saya ambil masa tengok kambing di belakang rumah bersama sahabat yang datang bersama daripada Kuala Lumpur. Keluarga yang mengamalkan sunnah Rasulullah yang mengembala kambing. Ada hampir 10 ekor kambing. Teringat kata-kata sahabat;

"Orang yang bela kambing, tahap kesabarannya lebih tinggi. Oleh sebab orang yang bela kambing telah mahir mendidik kambing yang tiada akal. Pastinya lebih sabar dalam mendidik anak, manusia yang berakal."

Selain itu, ruang tamu muslimat dan muslimin juga turut diasingkan. Ada tempat khas seperti surau kecil untuk solat jemaah bagi seisi keluarga. Keluarganya mempunyai 12 orang jumlah ksemuanya dengan 10 adik beradik. Rumahnya tiada tv yang merupakan perkara yang saya kagum oleh sebab tv adalah perkara asas dalam sebuah keluarga.

Di situlah tersirat rahsia refleksi hafiz dan hafizah dalam keluarga itu. Mereka sangat menjaga input (perkara yang diterima) kerana ia akan memberi impak pada output (perkara yang diluahkan). Tidak hairan mereka mampu menjadi penghafal Al Quran oleh sebab kurangnya hiburan dalam kelaurga mereka.

Hanya ada 2 orang lelaki yang tinggal dalam rumah itu iaitu Ayah (ayah sahabat saya), dan salah seorang adik beradik lelaki, bang Min yang jarang ada di rumah. Mereka banyak menghabiskan masa di luar. Ayah sibuk di kebun dan bang Min di pondok.

Keluarga mereka sangat menjaga pergaulan. Kami tidak pernah berkongsi meja makan untuk makan bersama Ayah dan bang Min. Kami akan berganti masa untuk makan di meja makan. Hanya ada ayah dan abang Min serta Mak atau hanya kami dan Mak.

Bilik anak perempuan terletak sebelum dapur dan ada langsir yang menjadi rujukan sama ada lelaki ada di rumah atau tiada. Jika langsir itu dijatuhkan bermaksud, ada lelaki di bahagian luar langsir, dan jika langsir diikat tepi bermaksud ada kemungkin lelaki ada dan tiada, sebaiknya muslimat yang bukan ahli keluarga perlu menutup aurat dengan sempurna.

Hari itu kami luangkan masa ke KB Mall di samping turut melawat Muzium Diraja Kelantan di Kota Bharu. Sekadar meluangkan masa untuk melihat suasana di sana di samping ingin membeli tiket saya pulang ke Seremban. Puas kami mencari tiket bas untuk saya pulang pada 31 Oktober 2012 di Pasir Mas dan Kota Bharu namun begitu, rancangan Allah menentukan saya pulang pada 1 November 2012.

Sebelum itu kami meluangkan masa melawat ke suatu tempat di Kota Bharu yang mempunyai restoran feri terapung di tepi sungai yang besar (kurang pasti apa nama tempat itu). Kami sempat mengambil brochure tentang pakej mengadakan program makan-makan di situ.

InsyaAllah ada rezeki tempah satu tempat itu untuk sambut majlis bersama-sama. Tambahan lagi, tempat itu diuruskan oleh orang Melayu walau pemiliknya orang Cina.

InsyaAllah bersambung di bahagian Hijrah Di Pasir Mas, Kelantan 2/2

Related posts:

  1. Ceritera 18 Jam Di Gua Musang, Kelantan Part 1/2
  2. Ceritera 18 Jam Di Gua Musang, Kelantan Part 2/2

Hijrah <b>Di Pasir Mas</b>, Kelantan 2/2 | Tinta Insyirah

Posted: 03 Nov 2012 07:45 AM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam kebahagiaan buat sahabat yang sudi membaca blog ini. Alhamdulillah pada 28 Oktober 2012 hingga 1 November 2012 saya berkesempatan ke Pasir Mas, Kelantan bercuti di rumah keluarga sahabat berniqab di samping menghantar sahabat berniqab menyambung pelajaran di sekolah pondok di sana. Post ini adalah sambungan daripada Hijrah Di Pasir Mas, Kelantan 1/2.

Hari Ketiga, 31 Oktober 2012

Oleh sebab baru selesai Hari Raya Aidiladha, sepanjang minggu itu, Mak masak masakan berdaging. Sup daging, dan daging masak kicap. Saya suka masakan sahabat ubi kentang ala-ala wedges dihias dengan kubis, dan tomato dicicah sos, mayonis dan sos berlada hitam. Memang sedap, alhamdulillah.

Mak juga hidangkan kami dengan susu kambing, oh saya suka susu kambing! Keluarga mereka juga turut membekalkan susu kambing secara kecil-kecilan ke pekan. Sedikit sebanyak membantu ekonomi keluarga. Saya suka hidup keluarga mereka yang bersederhana, paling saya suka tanpa berhutang.

Kadang-kala saya terfikir, bagaimana mereka boleh merancang kewangan keluarga begitu baik sehingga mampu bela hampir 10 ekor kambing, ada tanah sebagai aset yang ditanam dengan tanaman-tanaman sayur tanpa perlu membeli sayur di pasar serta dapat membina rumah yang direka sendiri tanpa perlu membuat pinjaman, subhanallah. Such inspiring Muslim family.

Pada hari itu, kami berenam pergi ke Rantau Panjang untuk melihat apa perkara yang menarik di sana. Kami mula bertolak sekitar pukul 11.30 pagi. Bagi melaksanakan solat Zuhur, sahabat berniqab saya yang tinggal di Kelantan itu menyarankan kami ke Masjid Beijing. Sejujurnya sudah lama saya tidak ke Rantau Panjang. Seingat saya, keluarga saya pergi ke sana sewaktu saya masih kecil.

Alhamdulillah sekitar 2.30 petang kami sampai ke sana. Ketika itu alhamdulillah hujan hanya renyai dan permudah kami untuk bersiar-siar ke sana. Kebanyakkan barang di situ sesuai untuk suri rumah kerana banyak barang-barang dapur seperti periuk, bantal, toto, bantal bertilam versi Thailand pun ada juga dijual di situ.

Makanan yang menarik

Apa yang menarik bagi saya di situ adalah Ice Cream Baba. Aiskrim itu dijual dalam cup bersaiz sederhana dengan campuran pulut, ceri, kacang dan bahan-bahan lain. Rasanya sedap dan merupakan aiskrim yang sangat jarang didapati di tempat lain. Harganya hanya RM2. Tempatnya di tengah-tengah lorong antara kedai.

Selain itu makanan menarik di situ adalah makanan seperti yong taufu (hotdog, sotong gulung) yang dibakar secara langsung di situ. Pelanggan hanya perlu pilih makanan bercucukkan batang satay dan boleh lihat sendiri bagaimana penjual bakar makanan itu di atas tempat bakar BBQ.

Rasanya tidak kurang sedapnya. Keropok lekor bercucuk juga tidak terkecuali dijual di situ tetapi tidak dibakar. Setelah itu makanan itu dimasukkan dalam plastik dan disertakan sos yang agak manis. Kami turut membeli air cendol untuk menghilangkan dahaga.

Pulut Ayam

Petang itu juga alhamdulillah kami dapat merasa pulut ayam. Kalau pulut biasa berwarna kuning tetapi pulut ayam ini berwarna putih beserta ayam goreng biasa dan sos. Sangat sedap. Pertama kali saya mencubanya.

Petang itu, Mak ajak kami melawat ke rumah kenalan Mak yang baru melahirkan anak dalam masa terdekat. Sekitar pukul 3.45 petang, kami bertolak ke Tumpat. Mak pergi dengan keluarga abang sahabat berniqab saya dengan adik beradik perempuan yang lain, kami bertemu di suatu kawasan di Tumpat dan bergerak bersama ke rumah kenalan Mak itu.

Nasi Komok

Setelah melawat kenalan Mak, kami berpeluang pergi ke pasar malam di Tumpat yang ada menjual Nasi Komok. Makanan yang pertama kali saya rasa dan sedap rasanya. Alhamdulillah. Kemudian kami meluangkan masa ke rumah abang sahabat berniqab saya berdekatan dengan rumah Mak untuk makan bersama.

Setelah selesai solat Maghrib, kami makan bersama. Mak makan awal bersama abangnya oleh sebab selepas itu abangnya akan pergi solat di luar bagi menghormati muslimat yang ramai di situ oleh sebab keluarga mereka sangat menjaga pergaulan.

Memerhati amalan keluarga sahabat berniqab

Jadi saya makan bersama sahabat lain. Sempat saya mengerling Mak yang sudah solat Maghrib. Kelihatan Mak membaca sebuah kitab kecil. Saya pasti itu adalah antara amalan yang Mak amalkan. Ingin bertanya tetapi masih belum ada kesempatan kerana dahulu saya pernah berniat, saya ingin melihat amalan muslimah berniqab. Alhamdulillah apabila bersama mereka, saya dapat melihat sedikit sebanyak amalan mereka.

Yang saya ingat selepas solat Maghrib, mereka akan ulang bacaan Al Quran oleh sebab mereka adalah hafizah yang sedang dan sudah menghafal Al Quran. Mereka tidak baca kuat tetapi boleh dapat didengar pada bisikan ayat Al Quran yang saya dapat dengar.

Ada juga amalan yang mereka baca di kala selepas Maghrib cuma masih belum berkesempatan untuk tanya. Begitu juga sebelum tidur, mereka turut membaca surah mungkin Surah Al Mulk oleh sebab mereka sudah menghafal jadi tidak perlu buka Al Quran.

Beramah mesra dengan adik bongsunya

Selesai makan kami mengemas untuk pulang ke rumah Mak, tinggal isteri abang sahabat berniqab saya bersama anaknya. Ketika itu, saya dihampiri oleh adik perempuan bongsu sahabat berniqab saya. Agak kelakar apabila dia kata, dia ingin berkawan dengan saya. Kami menemu duga antara satu sama lain.

Ada juga saya bertanya kenapa dia suka dan ingin berkawan dengan saya, katanya sebab saya menarik. Allahu akbar, segala puji bagi Allah. Entah mana menariknya. Dia baru sahaja berumur 13 tahun tetapi sudah memakai niqab dan mula menghafal beberapa juzuk Al Quran. Subhanallah. Rasa kerdil diri jika dibandingkan dengan dia.

Di kala itu saya mengambil masa untuk berkenalan dengan adik bongsunya. Suka saya melihat wajahnya. Subhanallah comel. Rasa rugi kami tidak meluangkan masa bersama bagi hari sebelumnya.

Setelah pulang, saya merehatkan diri sebentar. Adik bongsu sahabat saya mencari saya untuk berborak. Setelah membersihkan diri, saya mengajaknya berbual di ruang tamu namun apa yang dirancang, lain yang jadi.

Ada Mak di ruang tamu, Ayah sudah berada di bilik atas. Jadi saya dan adik bongsu duduk di ruang tamu. Hajat hati nak berbual dengan adik bongsu sahabat berniqab saya tetapi saya terbual pula dengan Mak sehinggakan adik bongsu mengantuk menuggu saya berbual dengan Mak. Kesian dia. Saya juga turut hampa sebab tidak dapat meluangkan masa dengan adik bongsunya.

Tips hidup tanpa hutang dan mendidik anak-anak oleh Mak

Kesempatan dan waktu terakhir pada malam itu sebelum saya bertolak pada esok paginya, saya ambil peluang untuk tanya Mak tips-tips hidup dalam keadaan tidak berhutang dan cara mendidik anak-anak. Antara yang Mak kongsi, simpan duit, pelbagaikan sumber pendapatan. Mak berkongsi Ayah turut terlibat dengan projek tender untuk masjid bagi saham Akhirat. Ayah hanya ambil tender berkaitan masjid kerana ingin menjana pahala untuk saham Akhirat.

Mak juga turut berkongsi agar kumpul duit beli kambing secara sedikit demi sedikit di samping ada tanah agar kita tidak bergantungan pada satu sumber pendapatan sahaja.

Bagi tips mendidik anak-anak, kata Mak, apabila kita perbaiki diri, kita juga secara langsung akan mudah mendidik anak-anak. Mak juga menekankan apabila kita hidup bersyariat, ikut dan amalkan amalan yang telah ditetapkan oleh Islam seperti asingkan tempat tidur lelaki dan perempuan, belajar agama, insyaAllah mudah mendidik anak-anak. Hanya ikut apa yang Islam tetapkan.

Nasihat sebagai seorang ibu

Pada malam itu juga, Mak berbual dengan saya sebagai seorang ibu. Mak nasihatkan saya agar kurangkan pakai seluar oleh sebab saya bukanlah muslimah feminin yang suka pakai jubah dan seluar sebenarnya menampakkan susuk kaki.

Mendengar nasihat Mak buat saya tersentap dan menyedari bahawa masih banyak perlu diperbaiki tambahan lagi saya dalam proses tekad untuk berniqab. Jadi perkara seperti itu sangat perlu saya ambil serius. Saya bersyukur ditegur Mak, yang sangat mudah saya hadam kerana Mak nasihat dalam nada yang lembut dan menyenangkan hati saya.

Hari Keempat, Terakhir 1 November 2012

Seawal 6.30 pagi saya sudah bersiap untuk menaiki bas pada pukul 9 pagi. Berat rasa hati hanya Allah yang tahu walau tak terefleksi melalui pancaran wajah. Mak, sahabat berniqab saya, adik bongsunya, susu kambing, kambing, dan segala kenangan pasti akan terpahat di hati dan minda buat selamanya.

Paling akan saya rindu, perbualan saya dengan Mak. Sungguh hati ini impikan Mak sepertinya, keluarga seperti itu, rumah seperti itu yang sangat menekankan syariat dalam segenap kehidupan. Saya sangat berharap generasi yang akan lahir daripada keluarga saya suatu hari nanti hidup dalam kehidupan sebuah keluarga Islam.

Walau nampak ketinggalan zaman tetapi biarlah hidup dalam keadaan aman, damai dan bahagia tanpa hutang, ada kediaman yang menenangkan.

Kata Mak,
"Hidup dalam kawasan ini, kehidupan begini buat Mak rasa sejahtera."

Membela kambing yang mendidik diri menjadi orang yang sabar, pendapatan yang sentiasa memberikan untung bersih yang sentiasa meningkat daripada pelbagai jenis sumber pendapatan/perniagaan, anak perempuan dan lelaki yang belajar di pondok menjadi hafiz dan hafizah.

Kediaman yang mengasingkan kawasan perempuan dan lelaki yang akan membuatkan keluarga sahabat berniqab saya selesa untuk datang ke rumah saya.

Terima kasih Allah atas nikmat yang tak ternilai ini, saya sangat menghargai dan gembira berpeluang ke rumah mereka. Sebelum ini saya pernah berniat datang ke rumah sahabat yang juga kakak yang sangat saya sayang. Ingin sekali berkenalan rapat dengan keluarganya namun Allah sebenarnya menetapkan sesuatu yang lebih baik, saya dapat mengenali dan merasai hidup dalam keluarga yang sangat menekankan syariat Islam dalam segenap kehidupan. Subhanallah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

InsyaAllah pada masa akan datang saya akan kembali sebagai Insyirah yang lebih bahagia, kaya dan berjaya serta yang paling menggembirakan saya sudah berniqab. Aamiin.

Kalau dulu agak kerap memikirkan jodoh tetapi kini visi saya berubah kepada perbaiki diri, perbetulkan penutupan aurat yang mengikut syariat. Perbanyak pakai jubah yang gelap berbanding seluar. Setelah itu mula berniqab secara sedikit demi sedikit.

Di samping itu saya ingin mengusahakan bisnes saya menjadi RM300/bulan, RM3000/bulan sehingga RM30 000/bulan agar dapat berzakat dan membantu sekolah-sekolah pondok yang perlukan penaja. Itulah visi saya sebelum saya graduate agar apabila saya graduate ketika itu saya sudah menjadi usahawan wanita yang lebih bahagia, kaya dan berjaya dengan izin Allah. Aamiin.

Related posts:

  1. Ceritera 18 Jam Di Gua Musang, Kelantan Part 1/2
  2. Ceritera 18 Jam Di Gua Musang, Kelantan Part 2/2
  3. Hijrah Di Pasir Mas, Kelantan 1/2

ads