Isnin, 10 Oktober 2011

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Janggeltrekker&#39;s Life: Eksplorasi Stong Part 2 : Dari KL ke <b>Dabong</b> <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 06:34 AM PDT

Assalamualaikum!!!

Tatkala aku buat entry ni, ada pulak kengkawan yang sedang bergumbira merancang pengembaraan dengan promo AA. Haish diriku sangat jeles, tapi apakan daya aku hanya mampu mendengar cerita-cerita indah mereka.

OK back to the Stong. Sambungan dari SINI.

Perjalanan melebihi 11 jam menaiki keretapi Senandung Wau sedikit pon tidak melemahkan semangat aku. Walaupun lama, tapi sebab perjalanan waktu malam, tak terasa pon jarak masa yang panjang tu. Lagipon aku lebih banyak tidur dari berjaga. Cuma sesekali terkejut jugak bila keretapi tiba-tiba bergoyang ala-ala gempa bumi.Pasrah.

Akhirnya keretapi berhenti jugak di destinasi yang di tuju, iaitu Dabong, Kelantan. Ini merupakan kali pertama aku ke Dabong. Sebenarnya aku tak tau pun kat mana letaknya Dabong dalam peta negeri Kelantan tu. Yang aku tau Gua Musang, dekat dah dengan rumah aku kat Perak tu cuma Banjaran Titiwangsa saja yang memisahkannya.

Tepat jam 7.55 pagi kami tiba di Stesen Keretapi Dabong. Difahamkan terdapat beberapa gerabak tambahan untuk perjalanan kali ini memandangkan ada permintaan daripada satu group pelajar Universiti yang ditaja sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan...hmmm bertuah korang dik...zaman aku dulu takde sape nak sponsor aku.

Sebaik sahaja keretapi berhenti, kami semua mengangkat bagasi masing-masing keluar dari gerabak dan berjalan menyelusuri landasan ke arah bangunan Stesen Keretapi Dabong. Jauh jugak jarak di antara gerabak kami dengan bangunan tu, lebih kurang dalam 200 meter. Setelah selesai semua penumpang yang nak ke Dabong keluar dari keretapi, maka keretapi Senandung Wau meneruskan perjalanannya ke Kota Bharu. Masa ni aku rasa macam dalam filem dulu-dulu pulak, lalu tepi landasan, bawak beg....dendang perantau sangat.

Seterusnya kami ke sebuah gerai makan yang terletak di seberang landasan. Di situ terdapat juga sebuah kedai menjual peralatan untuk hiking! Fuh nampak gayanya memang dah selalu sangat orang datang hiking kat Stong ni, cuma masa aku je yang baru nak datang. Setelah selesai membeli bekalan makanan untuk bersarapan pagi dan makan tengahari (sebungkus nasi dagang dan sebungkus nasi putih berlauk) kami semua menaiki van bersama seorang jurupandu yang akan membawa kami ke Hutan Simpan Gunung Stong. Perjalanan dari Stesen Keretapi Dabong ke Hutan Simpan Gunung Stong mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja, tak jauh pon.

Tiba di Hutan Simpan Gunung Stong, kami dikehendaki mendaftar kan nama di pondok pelawat. Perkara ini penting bagi mengetahui jumlah pendaki yang keluar masuk ke dalam Hutan Simpan Gunung Stong ini. Ia juga bagi tujuan keselamatan. Di pondok pelawat juga kami mengemaskini semula beg pakaian masing-masing...terdapat tambahan muatan bagi setiap beg ya, memandangkan banyak bekalan makanan yang kami bawa. Dalam beg aku kena tambah 2 tin sardin, sebijik sayur kobis, 1 kg beras, 2 kg minyak masak dan daging salai! Mak datok berat dia bukan main! Hanya tuhan je yang tahu. Dalam kepala jenuh pikir, larat ke aku nak menagngkat semua tu panjat gunung??? Takpelah aku cuba sedaya upaya.

Kami juga mengambil masa untuk membuang air apa yang patut dan menukar pakaian kepada yang lebih sesuai untuk mendaki. Ada juga barang-barang yang boleh ditinggalkan di pondok pelawat (kalau taknak bawak naik ke atas la). Tapi pastikan yang tinggal tu bukan barang-barang yang sangat berharga sebab keselamatannya tidak terjamin ya.

Setelah semua bersiap sedia, kami memulakan pendakian. Rasa teruja tu tak payah nak cakap la. Masing-masing laju je melangkah. Kami mula mendaki pada jam 9.00 pagi. Menelusuri Sungai Jelawang, air kelihatan sangat tenang dan jernih. Batu-batu besar bertaburan di sekitar sungai. Kami berjalan menuju ke destinasi pertama iaitu di kaki air terjun Jelawang.

Sedikit info: Air Terjun Jelawang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ini mencecah 303 meter atau lebihkurang bangunan setinggi 30 tingkat. Ia boleh dilihat dari Pekan Dabong dan air terjun ini mempunyai tujuh tingkat air terjung yang merupakan gabungan dua buah air terjun iaitu air Terjung Gunung Stong dan Air Terjun Gunung Ayam.

 Lebih kurang 20 minit pendakian, akhirnya kami tiba di tingkat pertama Air Terjun Jelawang. Di situ kami terpaksa menyeberangi sungai untuk ke sebuah batu hampar yang luas untuk bersarapan pagi. Memang serok dapat sarapan pagi di atas bukit. Waktu tu belum ada pendaki-pendaki lain yang kelihatan terutamanya daripada sekumpulan orang pelajar universiti yang ditaja tadi. Masa kat situ memang aku tak lepaskan peluang untuk menembak apa yang patut! Gigih tau aku heret Che Melatie aku tu (kemera aku) yang berat dekat nak 2 kg mendaki bukit.

Selepas selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan menyelusuri batuan air terjun menuju ke tingkat seterusnya. Jarak di antara tempat kami bersarapan pagi dengan tingkat seterusnya hanya beberapa puluh meter sahaja tetapi perjalanan agak mencabar sebab kami terpaksa melompat-lompat di atas batu untuk sampai ke destinasi. Dalam 15 minit perjalanan akhirnya kami tiba di kaki air terjun Jelawang. Bagi yang tak tahu, selepas daripada tingkat ini, tidak ada lagi tingkat air terjun untuk disinggah sehinggalah di ketinggian 303 meter baru kami tiba di puncak air terjun Jelawang tu. Jadi bila dah sampai di kaki air terjun Jelawang ni, kami pon berhenti untuk mandi. Air terjun ni memang sejuk tahap gaban dan yang peliknya, air dia bewarna kuning keperangan. Menurut sumber, warna kuning keperangan itu berpunca daripada sejenis tumbuhan yang tumbuh di puncank bukit. Entahle, aku pon tak berapa nak paham.


Satu lagi perkara yang menarik mengenai Air Terjun Jelawang ni, terdapat tulisan kalimah Allah (Alif Lam Lam Ha) di tengah- tengah batu air terjun tersebut. Subhanallah, teruja.

Ok, nanti aku sambung ke pendakian yang paling mencabar! Bahu dan pinggang yang rasa nak tercabut serta cabaran fizikal dan mental.

PEACE!

 Menulis untuk:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads