03 di tanah merah - Google Blog Search |
Sebelas Bintang Matahari: Mimpi bas <b>merah di tanah</b> suci Mekah Al <b>...</b> Posted: 05 Oct 2011 10:20 AM PDT 4 Oktober 2011 pagi Selasa Full content generated by Get Full RSS.BANDAR BARU BANGI. Hujan malam sampai dinihari. Saya berada di tanah suci Mekah. Saya di dalam bas berwarna merah. Malah di dalam bas ini pun berdinding warna merah ceria. Semua di dalam bas merah ini jemaah wanita. Turut berada di dalam bas ini. Seorang pembaca blog ini bulan Jun lalu hadir kenduri Suraya. Wajah pembaca ini mirip wanita Jepun atau Korea dengan dua puteri perempuan mirip wajah ibu. Bas merah meluncur perlahan di tanah suci. Kerusi di dalam bas seperti kerusi-kerusi di dalam Komuter KTM atau LRT. Kerusi panjang membelakangkan tingkap. Tiang-tiang besi di hadapan deretan kerusi. Sebagaimana dengan tiang-tiang besi tempat penumpang berdiri memaut pegang di dalam komuter dan LRT. Saya duduk paling hadapan di sebelah kiri belakang pemandu bas. Kerusi pemandu bas di sebelah kanan di dalam bas sebagaimana dengan kerusi pemandu kenderaan di Malaysia. Bukan memandu di sebelah kiri sebagaimana di Saudi Arabia. Saya boleh lihat jelas pemandangan di hadapan bas dengan ramai jemaah lelaki pakai jubah putih di tepi jalan di sebelah kanan dari bas. Jubah kerap dipakai ramai jemaah lelaki di tanah suci. Ada bas lain mahu menembusi lalu bas kami dari hadapan. Kepala bas boleh dibuka tengahnya buat kenderaan lain lalu. Bagaimanapun pintu kepala bas ini tidak dibuka kerana di tengah-tengah bas penuh dengan bagasi kami. Juga peti-peti kayu seperti peti harta karun. Juga kotak-kotak besar sebagaimana kotak-kotak kami pos barang dari tanah suci. Cerita berpindah kepada satu ruang di dalam masjid atau satu ruang pejabat di dalam masjid. Rata-rata di dalam kamar ini jemaah wanita berjubah hitam bertudung hitam sebagaimana busana ramai wanita Arab di tanah suci. Bagaimanapun jemaah-jemaah di dalam masjid ini wanita-wanita Melayu. Salah seorang daripada jemaah wanita ini berkulit cerah mirip Cina atau Arab? Bukan pembaca blog di dalam bas. Jemaah ini lebih berusia dari saya. Tokohnya seperti ibu ataupun ketua grup jemaah kami. Seperti saya pernah terlihat wanita anggun kelihatan berkarisma ini di mana-mana tetapi lupa siapa dan di mana. Jemaah wanita ini menjual kuih-muih dan biskut. Meja-meja di dalam ruang masjid ini bersusun biskut ataupun sebenarnya cookies. Biskut mirip Gingerbread Man tetapi bukan merupa Gingerbread Man. Sebaliknya merupa bunga-bungaan berwarna kuning dan coklat berselang-seli seperti Biskut Badam. Kata hati saya. Kat Mekah pun ada orang jual biskut ni. Tiba-tiba terdengar jeritan bingit di sebelah kiri dari ruang di dalam masjid ini. Sebelah ruang ini ada pagar mengelilingi ruang lompong kosong nun di bawah sana kita boleh meninjau ruang solat utama di tingkat bawah. Bayangkan pagar sempadan ruang solat jemaah wanita di tingkat atas masjid. Pagar di seberang sana. Berdiri sekumpulan wanita. Kumpulan wanita ini berpakaian seperti mahu pergi shopping. Bukan seperti jemaah di masjid. Malah pagar di hadapan mereka seperti pagar di tingkat atas mall. Bukan pagar di dalam masjid. Seolah-olah kami di belakang pagar di sebelah sini berada di dalam masjid. Sebaliknya mereka di belakang pagar di sebelah sana berada di dalam mall. Sebagaimana pagar memagari tingkat atas Alamanda dan The Gardens. Gambar Masjid Putrajaya tertera. Ruang solat wanita di tingkat atas. Mimpi ini. Saya dan jemaah wanita di tanah suci di sebelah sini dari pagar. Grup wanita shopping itu di belakang pagar di seberang sana tetapi dalam mimpi itu seberang sana itu mall bukan dalam masjid. Seolah-olah masjid dan mall di dalam satu bangunan. Seorang daripada wanita-wanita ini. Menjerit-jerit marah kenapa biskut-biskut itu tidak dijual pada mereka. Panjanglah lagi jeritan bebel wanita itu. Wanita menjerit marah-marah itu seorang blogger popular sedari zaman saya rajin menulis di blog lagi satu itu. Blogger ini tidaklah rapat dengan saya tetapi kami pernah bertemu mata beberapa tahun lepas di dalam sebuah mall. Bertembung tidak sengaja dan saya menegur sapa blogger ini. Kata saya di dalam hati. Apahal pula dia tu nak marah-marah? Selepas blogger wanita pakai baju labuh warna putih dengan seluar berwarna biru itu menjerit-jerit marah, saya terjaga dari mimpi. Pagi ini kebetulanlah pula status blogger itu pada FB dia bernada merungut-rungut. Ironi kerana status wanita ini antara status update paling teratas di dalam senarai news feed sejurus saya singgah laman FB saya pagi ini. |
You are subscribed to email updates from di tanah merah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan