Isnin, 10 Oktober 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Dikir Barat Lucah @ <b>Wakaf</b> Che Yeh | Detik Detik Indah Dalam <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 04:55 PM PDT

Malam pertama di kelantan
saya mengajak anak saudara ke Wakaf Che Yeh
walaupun berasal dari Kelantan
saya tak pernah menjejakkan kaki kesana
selama ni hanya mengetahui
'keistimewaan' WCY melalui pembacaan
Saya difahamkan WCY beroperasi sepanjang hari
sebelah paginya ia adalah pasar borong
cuma sempat menjeling aksi gedik dan jelik
ARKIB : 25/09/2011

Dikir barat kena hawar

Siti Jarum
BARU-BARU ini Siti pergi ke Kota Bharu,

sebelah malam jalan-jalan di Wakaf Che Yeh.
Punyalah bingit dengan lagu-lagu irama dikir barat,
tapi bukan dikir barat.

Ada yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita

tapi ada lirik yang lucah. Siti belek tengok albumnya,
rupa lawa tapi tak sangka menyanyi lagu lucah.

Siti tanya kawan Siti, kenapa dengan dikir barat Kelantan,

dah kena hawarkah? Dia menggeleng kepada.
Katanya, "Dah lama dikir barat Kelantan kena penyakit hawar.
Semua lagu-lagu tu merosakkan dikir barat.
Saya malu nak mengaku dikir barat asal Kelantan."

Siti diberitahu, memang ada kumpulan

dikir barat tradisional di Kelantan.
Tapi penyanyi solo wanita dan lelaki yang
menyanyi irama dikir barat ini yang merosakkan yang asli.
Penyanyi pula bukan main gedik lagi.
Kalau pelancong luar negara dengar dan tengok
gelagat penyanyi ini dalam VCD, malulah orang Kelantan.

Tapi nak salahkan penyanyi itu pun tak boleh juga.

Siti pernah terlibat menganjurkan persembahan
dikir barat tradisional Kelantan di Kuala Lumpur.
Siti terkejut beruk bila selepas pukul 12 malam,
semua lagu-lagu berunsur lucah dinyanyi secara duet lelaki dan wanita.
Kalau yang asli pun dah begitu, apa lagi yang dikir barat moden.

Kata kawan Siti, "Dikir barat kena dipulihkan,

tidak kira yang asli atau moden.
Unsur lucah mesti dibasuh habis-habisan,
kalau tidak dikir barat akan setaraf dengan lagu-lagu
Barat yang lucah, seks dan ganas.
" Tok dalang atau tukang karut tua banyak yang sudah tiada,
muncul yang muda terpukau dengan populariti nak jadi selebriti.
Mereka ini peduli apa asalkan setiap malam
atau setiap minggu ada jemputan buat persembahan.
Jadi, kalau orang Kelantan sayang dikir barat,
demo pakat-pakatlah berubat.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads