03 di perupok - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Penagih dadah mati dalam lokap mahkamah Posted: 09 Oct 2011 04:11 PM PDT KOTA BHARU 9 Okt. Seorang penganggur disyaki penagih dadah dan dikatakan menghidap HIV, meninggal dunia secara mengejut di lokap mahkamah di sini hari ini selepas dua jam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengambil dadah. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, ketika tertuduh, Rosli Yaacob, 43, yang ditahan reman sejak empat hari lalu, menunggu dalam lokap mahkamah bersama kira-kira 20 tahanan lain untuk dibawa ke Penjara Pengkalan Chepa dekat sini. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan penganggur itu meninggal dunia di lokap berkenaan. Kejadian tersebut disedari ketika anggota bertugas memanggil namanya untuk menaiki trak penjara, tertuduh yang dalam keadaan terbaring didapati sudah tidak sedarkan diri dan mereka menghubungi ambulans. Selepas disahkan meninggal dunia, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, ujarnya. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditangkap pada Rabu lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perupok, Badang Jalan Pengkalan Chepa dan hasil ujian air kencing mendapati, dia positif mengambil dadah. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di perupok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan