Isnin, 10 Oktober 2011

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


TRAGEDI RAGUT 4 NYAWA <b>DI MACHANG</b> | Pakdoe Allan

Posted: 07 Oct 2011 02:18 AM PDT

BEGINILAH keadaan kereta Perodua Kenari yang terperosok di bawah perut treler dalam kemalangan di Kilometer 4.2, Jalan Machang, Pasir Puteh, semalam.
MACHANG – Kegembiraan lima pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang keluar makan malam dan bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu tidak berpanjangan apabila empat daripadanya maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam.
Kejadian pukul 5.30 pagi di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh dekat sini itu mengakibatkan Mohd. Shamil Malik, 19, serta Mohd. Rizal Mohd. Zain, 19, dari Kampung Parit Jurak, Batu Pahat dan Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh badan.
Dua lagi rakan mereka, Mohd. Sazwan Rosli, 19, dari Pekan, Pahang dan Mohd. Faizuddin Jamil, 19, dari Seksyen 24, Shah Alam, Selangor, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian petang semalam.
Seorang lagi mangsa, Mohd. Haziq Zailani, 19, pula cedera ringan. Ketika kejadian, kereta yang dipandu Mohd. Shamil itu dalam perjalanan ke UiTM Machang dari Kota Bharu.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang mereka naiki melanggar bahagian tengah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke bawah kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, ekoran itu, pemandu dan tiga penumpang Kenari maut manakala seorang lagi cedera.
"Pemandu dan kelindan treler tidak cedera dan mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1947," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati empat mangsa tersepit manakala seorang lagi sudah dikeluarkan oleh orang ramai.
"Kami mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Haziq memberitahu, ketika kejadian dia sedang tidur di tempat duduk belakang sebelum terkejut mendengar bunyi dentuman kuat.
"Saya kemudian melihat rakan-rakan berlumuran darah dan tidak bergerak. Sebelum kejadian, kami dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke UiTM selepas keluar makan di Wakaf Che Yeh serta bersiar-siar di Pantai Cahaya Bulan," ceritanya.
Bapa Mohd. Rizal, Mohd. Zain Yaacob, 50, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak sulungnya itu dua hari lalu ketika mengambil barangan milik arwah di kampus.
"Tiada apa yang pelik cuma barang yang diberikan untuk dibawa pulang kali ini lebih banyak daripada sebelumnya," kata Mohd. Zain.
Tambahnya, dia mengetahui kejadian tersebut selepas mendapat panggilan daripada isterinya yang berada di Johor Bahru. Ketika itu, dia berada di rumah bapanya di Ladang Kerala, Tanah Merah.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads