03 di rantau panjang - Google Blog Search |
GUA - <b>Rantau Panjang</b>, Syurga Beli-Belah <b>di</b> Kelantan Posted: 20 Aug 2011 09:01 AM PDT Saat Kementerian Pelancongan rancak dengan kempen melancong di lokasi tempatan, apa kata kamu memilih Pantai Timur sebagai destinasi percutian seterusnya. Seorang teman sentiasa mengikut rombongan ibunya menaiki bas ke Pantai Timur. Katanya bercuti di sana sangat menyeronokkan terutama bab membeli-belah. Selain itu keunikan negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga sangat menakjubkan. Katanya seperti berada di sebuah Negara lain. Pusat tumpuan kala berkunjung ke Kelantan semestinya Rantau Panjang. Tak sah kalau siapa-siapa tak singgah. Pekan bersempadan Malaysia dan Thailand itu berada 39 kilometer di barat daya Kota Bharu iaitu kira-kira 25 kilometer dari Pasir Mas. Sebelah sahaja dengan Sungai Golok, Thailand. Ia merupakan syurga membeli-belah kerana variasi barangan terdapat di sini disamping harganya boleh tahan murah. Pekan Rantau Panjang terletak di utara Kelantan iaitu di bahagian barat jajahan Pasir Mas. Tiada masalah bagi kamu hendak ke Rantau Panjang dari Kota Bharu kerana banyak pengangkutan disediakan. Rantau Panjang telah diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 2002 dan kerap dikunjungi pelancong sepanjang tahun. Rantau Panjang juga merupakan pintu masuk ke selatan Thailand. Tumpuan utama di sini pastinya untuk membeli keperluan keluaga. Ada peralatan dapur, kain ela, aneka tudung, pakaian dewasa dan kanak-kanak, aksesori, tas tangan, kerepek, buah-buahan dan bermacam lagi. Barangan kering atau basah pendek kata boleh didapati dengan harga berpatutan. Boleh dikatakan lebih murah didapati daripada harga ditempat lain. Barangan jualan pula tampak kelainannya kerana kebanyakan produk dipengaruhi dua budaya dari Kelantan dan Siam. Bagi peminat baju kurung dan tudung boleh menempah sulaman batu dan manik sebagai penambah seri pakaian. Pelbagai corak boleh dipilih tetapi ada juga pakaian dan tudung sudah siap hanya perlu pilih sahaja. Terutama bagi kamu yang tidak lama bercuti di Kelantan kerana tempahan mengambil masa lama. Terdapat beberapa kedai boleh ditinjau seperti Pasar Besar Rantau Panjang, Pusat Perkedaian Baru dan Kompleks Bazar Abdul Rahman Auf. Sekiranya anda mengidamkan makanan ringan seperti serunding, dodol, keropok, kerepek, sos botol, buah-buahan dan sebagainya bolehlah singgah di Pasar Besar Rantau Panjang. Gerai makanan pula menjual makanan tempatan seperti bihun atau mi sup hidangan cara Siam. Malah sajian Thailand juga boleh didapati di sini seperti somtham, pulut mangga dan pulut ayam. Pusat Perkedaian baru pula menempatkan kedai komersial termasuk menjual barangan cenderahati. Pelbagai bank boleh didapati di sini memudahkan kamu mengeluarkan wang. Di sini juga banyak jualan barangan dari Thailand. Berhampiran pasaraya Mydin pula terletak bangunan Bazaar Abdul Rahman Auf yang dipenuhi dengan butik pakaian, kasut, kedai hasil kraftangan, kedai flora dan keperluan perkahwinan. Seandainya tidak puas sehari berkunjung, kamu boleh memilih untuk tinggal di hotel berdekatan Rantau Panjang. Kamu boleh memilih beberapa pusat penginapan seperti Zainun Palace, Ani Hotel, Yamy Inn atau Nur Inn. Memang ada rombongan yang datang semata-mata mahu ke Rantau Panjang malah mereka bukan pengunjung kali pertama datang. Apa yang menarik di sekitar Rantau Panjang ialah Masjid Beijing. Bolehlah singgah di Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra ini yang seni binanya bercirikan masjid di Beijing. Masjid ini terletak 2 kilometer dari pekan Rantau Panjang di antara lebuh raya Pasir Mas dan Rantau Panjang. Masjid ini dirasmikan pada Ogos 2009 mampu memuatkan seramai 1000 orang jemaah. Kiranya kamu sudah mengetahui di mana tempat mahu dituju sekiranya merancang melancong ke Kelantan. Pastikan kamu mengumpul wang secukupnya kerana banyak kamu akan tergoda dengan barangan di sini. Apa yang pasti, kamu akan merancang untuk kembali ke Rantau Panjang pada lain waktu. Penginapan di Rantau Panjang ZAINUN PALACE ANI HOTEL TeL: 09-795 0725/09-795 0725/019-960 7513/019-960 7513 YAMY INN, NUR INN, |
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan