03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
- Nur As-Syifa': BERTUGAS <b>DI</b> SEKOLAH BARU, SMK <b>GAAL</b>, PASIR <b>...</b>
- MOHD ZAIN MAHMOOD: Tuntutan Royalti Minyak
- YB PAS - BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: .
Nur As-Syifa': BERTUGAS <b>DI</b> SEKOLAH BARU, SMK <b>GAAL</b>, PASIR <b>...</b> Posted: 19 Jun 2012 07:01 AM PDT الحمد لله على كل حال Syukur ke hadratiLLAH SWT kerana dengan kudrah, iradah & izinNya, permohonan & hajat ana untuk bertukar balik ke Kelantan telah diqabulkan walaupun dengan diiringi ujian yang besar bagi ana & keluarga. Bermula dari 10 Jun 2012 baru ni ana telah bertugas di SMK Gaal, Pasir Puteh setelah hampir 9 tahun 'bertapa' di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Erm...dari sempadan Pahang-Kelantan sekarang ni ana ke sempadan Kelantan-Terengganu pula. Hehehe...jaga sempadan. Jangan sempadan Thai & sempadan Perak udah... Maaf kepada yang menunggu khabar berita terkini dari ana, terutamanya sahabat-sahabat & tak lupa murid-murid kat Merapoh yang ana kasihi. Lama tak online sebab kabel kat sini kena curi. Jadi perkhidmatan internet kat sekolah pun tergendala. Tak tau la bila akan ok. Nak isi markah pelajar dalam sistem SAPS pun susah. Bagaimana sekolah baru? Ana rasa masih terlalu awal untuk ana buat rumusan. Ramai dah yang tanya, cuma pandangan awal ana, generally macam kebanyakkan sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Cuma buat masa sekarang, agak membosankan. Mungkin kerana hubungan guru-murid masih belum terjalin dengan baik. Masih baru lagi & masih dalam proses menyesuaikan diri dengan segala-galanya yang baru di sini. Ada sesetengah aspek tu yang agak jauh berbeza antara sini dengan Merapoh. Erm…rindukan suasana kat sana. Ana sangat-sangat berharap agar hadirnya ana di sini mendatangkan kebaikan & memberikan manfaat yang besar kepada warga sin,i bukan sebaliknya. Semoga ALLAH SWT dengan kasih sayangNya membantu & memudahkan segala urusan ana di sini. Mohon doakan ana… |
MOHD ZAIN MAHMOOD: Tuntutan Royalti Minyak Posted: 02 Sep 2012 08:24 AM PDT KESUNGGUHAN BN DALAM TUNTUTAN ROYALTI MINYAK Pengumuman PM DS Najib pembentukan sebuah jawatankuasa khas tuntutan royalti minyak yang melibatkan kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, di saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), memberikan ruang khalayak awam membina berbagai interpretasi. Tafsiran awal, ialah menampakkan kesungguhan dan kesedian pihak kerajaan Persekutuan, menawarkan rundingan untuk menilai Perjanjian yang ditandatangani oleh pihak PETRONAS dengan kerjaan negeri Kelantan, 1975, yang disensasikan sejak 2009. Mengungkit semula isu royalti minyak Kelantan; PM kedua, Tun Abdul Razak Hussien semasa menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Bandar Melaka) di Dewan Rakyat, 12/11/1975 menyebut, "mengikut perjanjiian itu tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktor". Sementara jawapan yang lebih detail berhubungan hak negeri Kelantan eloklah merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam, kepada soalan Senator Hassan Harun di Dewan Negara, 4/4/1989; "sekiranya minyak diperolehi di hadapan kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5 peratus daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak". Secebis lakaran sejarah royalti minyak sepatutnya Kelantan berhak memperolehinya semenjak 2005. Kekalahan BN 5 kali berturut dalam perebutan menguasai DUN Kelantan, sejak PRU 1990 hingga PRU 2008, menggagalkan Kelantan menerima haknya. Senario berubah menafikan roh dan semangat perjanjian 1975, demi kepentingan politik penguasa kerajaan Persekutuan. Pemimpin kecil dan besar, sama ada di peringkat Pusat atau negeri yang mewakili kepentingan kerajaan Persekutuan di Kelantan memberikan berbagai alasan untuk memperkukuhkan agenda penderaan ke atas rakyat Kelantan menerusi tindakan serta sikap layanan ke atas pihak yang menguasai kerajaan negeri Kelantan. Semua episod ini menggambarkan penyingkiran nilai kemerdekaan hakiki yang menjadi impian setiap nurani setiap individu yang mendokong pendemokrasian kehidupan harian semua insan. Penyuburan nilai-nilai neo-kolonialisme menerusi hubungan satelite-pinggiran, di mana kerajaan Persekutuan sebagai satelite, sementara kerajaan negeri adalah pinggiran yang membentuk satelite tersebut dan berlaku sikap pergantungan. Lingkaran pergantungan inilah memperkukuhkan Pusat sebagai penjajahan bentuk baru. Inilah nasib yang diterima oleh kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti yang berlainan dengan parti yang memegang kuasa di Pusat. Setengah pemimpin Pusat dan media main stream mengistilahkan kerajaan pinggiran dengan istilah nakal "kerajaan pembangkang". Sementara PM semasa, DS Najib memberitahu Dewan Rakyat pada 4/11/2009, " tiada pengeluaran petroleum daripada kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu kerajaan Kelantan tiada hak untuk menuntut pembayaran royalti". Cadangan DS Najib selaku pemimpin kerajaan Persekutuan pembentukan jawatankuasa khas tersebut, bolehkan diterjemahkan sebagai satu strategi menghadapi PRU13, yang rata-rata disebutkan PRU penentuan hidup mati UMNO/BN. Ini lantaran jawatankuasa tersebut dicadangkan akan membuat keputusan dalam tempoh 6 bulan. Jika 6 bulan bererti besar kemungkinannya selepas selesai PRU13. Sebagai anggota masyarakat sivil, pembentukkan jawatankuasa khas royalti ini, mempunyai 2 kepentingan menyebelahi BN menjelang PRU13. Pertama sebagai memperlihatkan rasa kebertenggung jawaban kerajaan BN di atas kebajikan rakyat serta sifat murah hati kerajaan BN. Kedua berdasarkan senario seluruh negara kini memperlihatkan harapan BN kekal kuasa kerajaan Persekutuan amat mencabar dan harapan BN merampas kerajaan negeri Kelantan mempunyai potensi. Rasionaliti selepas PRU13, dengan andaian UMNO/BN akan berjaya merampas kerajaan negeri Kelantan dalam PRU13 nanti, di mana tuntutan royalti di mahkamah oleh kerajaan negeri sekarang, di mana tertunggak sejak tahun 2005 dari 4 telaga di JDA, PM302 dan PM301 satu-satunya telaga tidak bertindih bersamaan RM4.2 billion atau kira-kira RM270 juta setahun. Kerajaan baru selepas PRU13 dijangka akan menerima tunggakan tersebut. Kerajaan negeri selepas PRU13 di bawah UMNO/BN boleh berdikari, sungguhpun kerajaan Persekutuan akan dikuasai oleh pakatan pembangkang utama; PKR, DAP dan Pas. Keyakinan UMNO mampu menguasai 23 kerusi DUN Kelantan dan boleh bentuk kerajaan dengan simple majority berdasarkan 6 kerusi yang dipertahankan ditambah 17 kerusi yang akan dirampas dari Pas/PKR. Keyakinan BN berasaskan kepada prestasi BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai dan Galas. Dalam PRK Manek Urai (Julai 2009), Pas cuma menang dengan 0.61 peratus sahaja atau 65 undi, berbanding 13.3 peratus dalam PRU12. Dalam PRU12, jumlah undi yang dipungut oleh Pas/PKR di 44 kerusi negeri (tidak termasuk kerusi Kijang, di mana Pas menang tak bertanding) ialah 336,220 undi, sementara jumlah undi BN ialah 260,501 undi atau perbezaan 75,719 iaitu 12.69 peratus, dari jumlah 596,868 undi sah. 147 undi lagi adalah undi kepada seorang calon bebas. Justeru itu, kes Manek Urai menjadi asas analisis, angka 13.3 boleh menjunam ke 0.61, kerusi yang dimenangi Pas/PKR di bawah paras purata negeri, 12.69 peratus, berada dalam garisan bahaya. BN mengfokuskan untuk menawan kerusi berkenaan. Terdapat 17 kerusi berkenaan ialah: Gual Periok (2.62), Gaal (2.79), Wakaf Baru (4.09), Bukit Tuku (4.46), Jelawat (5.60), Kemuning (6.07), Selising (6.17), Semerak (6.37), Perupok (7.16), Air Lanas (7.51), Dabong (7.60), Galas (7.92), Guchil (7.96), Limbongan (10.46), Melor (10.66), Tendong (11.39) dan Pulai Chondong (11.95). Tidaklah menghairankan mengapakah kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa khas royalti, seolah-olah hendak memenuhi tuntutan royalti yang menjadi antara fokus utama Pakatan Rakyat, di saat menjelang PRU13. Sementelahan pula diramalkan Hari Kemerdekaan tempoh hari, adalah sambutan terakhir di bawah kerajaan Persekutuan yang dikuasai BN. Bila negeri Kelantan diperintah oleh "kerajaan pembangkang" selepas PRU13, akan bermewah dengan tunggakan royalti petroleum berbillion ringgit. "Kerajaan pembangkang" UMNO Kelantan dijangka mampu menyediakan prasarana dan pembangunan fizikal, sungguhpun JPP dikuasai oleh kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Rakyat masa itu. Apakah kebarangkalian ini menjadi ilham wujudnya jawatankuasa khas royalti petroleum. Sebagai khalayak awam, amatlah diharapkan, jawatankuasa ini dibentuk seberapa segera, sebab Parlimen Ke 12, sekarang akan berakhir April 2013. |
YB PAS - BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: . Posted: 09 Sep 2012 07:32 AM PDT Artikel Dr Mohd Asri Zainal Abidin bertajuk Hudud oh Hudud yang disiarkan oleh sebuah laman portal berita baru-baru ini amat menarik untuk disorot kembali sebagai pencerahan kepada rumusan yang beliau ketengahkan. Di dalam artikel tersebut, terdapat beberapa rujukan yang dibuat beliau. Antaranya ialah buku Dr Mohamed Salim el Ewa Punishment in Islamic Law. Artikel Hudud oh Hudud itu menyebut bahawa penelitian Dr Mohamed Salim mendapati tiada penekanan terhadap hukum hudud sejak dari zaman Abbasiyah lagi. Abu Yusuf menulis bahawa undang-undang hudud pada pemerintahan Harun al Rasyid tidak lagi dilaksanakan. Wallahualam. Tetapi untuk mengatakan bahawa tiada lagi penekanan terhadap undang-undang hudud sejak dari zaman Abbasiyah adalah melampaui olahan yang diberikan oleh Dr Mohamed Salim malah melampaui pemerhatian Abu Yusuf sendiri. Jika dirujuk The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, satu lagi sumber rujukan yang digunakan di dalam artikel tersebut, undang-undang hudud ada dikuatkuasakan pada zaman Uthmaniyyah malah pemerintah terakhir Mongul pernah memfatwakan hukuman hadd ke dalam undang-undang. Dari membuat satu sweeping statement yang boleh salah difahami, lebih tepat sekiranya Asri menulis perlaksanaan hukum hudud mempunyai naik turunnya berdasarkan realiti masyarakat. Mungkin di ensaiklopedia edisi terkini, maklumat tersebut telah dikemaskini dengan perkembangan beberapa negara tersebut menghentikan perlaksanaannya. Namun apa yang pasti, tidak ada usaha untuk memansuh atau menarik kembali hukum hudud yang telah dimaktubkan sebagai undang-undang. Sekiranya sumber-sumber rujukan di dalam artikel Hudud oh Hudud diteliti dengan baik (termasuklah karangan Prof Tariq Ramadhan, fatwa Syeikh Mustafa al Zarqa dan kritikan Prof. Hashim Kamali), maka kita akan dapati wujudnya contoh jelas bahawa hukum hudud boleh diangkat sebagai undang-undang di dalam proses demokrasi dan terdapat pula ruang untuk meminda undang-undang tersebut atau menangguhkan perlaksanaannya di atas alasan fiqh atau siyasah (politik). Maka bolehlah disimpulkan bahawa inilah antara masalah yang melanda agenda Hudud di Malaysia sejak sekian lama. Setelah 55 tahun merdeka dan hampir genap 20 tahun pula enakmen jenayah syariah Kelantan diluluskan, kepimpinan intelektual dan politik kita masih berdebat untuk mewajarkan kritikan, menklasifikasi dan membenarkan golongan penentang Hudud serta melabel pihak-pihak tertentu sebagai berslogan. Yang dikhuatiri akan ada pembaca yang tergelincir pemahamannya dan membuat rumusan bahawa agenda Hudud bukan lagi menjadi agenda Islam. Dikala "Dr MAZA" mahu kita semua mengakui perjuangan menegakkan hukum hudud bukan sesuatu yang berhikmah pada waktu dan tika ini, hakikatnya hukum hudud ini telah pun diundang-undangkan di Kelantan dan Terengganu. Apakah kritikan dan pra syarat itu? Memasukkan peranan taubat dalam peruntukan undang-undang? Referendum di kalangan non-Muslim? Peningkatan tahap pendapatan sebenar? Penurunan kadar pengangguran? Alangkah indah sekiranya dalam edisi ensaiklopedia Oxford yang akan datang memuatkan fakta kejayaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu sebagai contoh perlaksanaan sistem penal Islam moden di dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Memandangkan golongan yang menentang hudud cuma ada tiga, adakah mereka ini terjerumus masuk menjadi golongan pertama yang rosak akidahnya? Dan kepada sipenguasa di Negeri Kelantan dan Terengganu, sedarlah bahawa realiti politik sekarang bermakna agenda Hudud di Malaysia besar kemungkinannya akan bermula di negeri-negeri anda. Maka beban tanggungjawab yang besar bukan pada bahu si pengkritik atau si penangguh tetapi pada bahu si penguasa yang beriya untuk melaksanakan hukum hudud ini. Di Kelantan, beban tugas ini bukanlah terletak di atas pundak YAB Tuan Guru Menteri Besar sahaja. Yang lebih utama ialah peranan exco dan pegawai yang masih muda bertenaga tapi tampak kurang inisiatif, longlai dan alah kepada semangat dan kegigihan seorang menteri besar yang telah berumur 81 tahun. Masa untuk berseminar membuat penerangan telah tamat. Kini adalah masa untuk lebih sophisticated; bermesyuarat mengenai polisi dan mekanisme serta melakukan lawatan kajian di lokasi-lokasi perlaksanaan hudud di serata dunia. Kerajaan negeri oleh itu harus berjiwa besar dan bersungguh di dalam mengecilkan seberapa banyak alasan dan dalih untuk menangguh hukum hudud di samping menambah baik kekurangan yang ada. Selamat meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-55 dan selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga hari-hari yang cemerlang ini memberi kita inspirasi akan apa yang mesti dilakukan dalam soal perlaksanaan hudud di Malaysia. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan