Ahad, 9 September 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Gambar Program Abby Abadi <b>Di Pasir Puteh</b>, Kelantan - Kerabu <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 07:55 PM PDT

Warga emas mati disamun, bunuh <b>di Pasir Puteh</b> | Budu Masin

Posted: 04 Sep 2012 06:31 PM PDT

ANGGOTA polis mengusung mayat Wan Kelthom yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Jeram, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Tanda tanya seorang anak mengenai ibunya yang tidak kembali semula ke majlis rumah terbukanya setelah pulang mengambil senduk dan sudip di rumahnya terjawab apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh dengan kesan kecederaan di kepala di rumahnya di Kampung Jeram di sini petang semalam.

Mayat mangsa, Wan Kelthom Wan Husin (gambar kecil), 68, ditemui cucunya, Nik Mohamad Irham Razali, 13, kira-kira pukul 1 petang selepas diarahkan oleh ibunya, Raja Zailah Raja Hussin, 40, supaya ke rumah mangsa setelah warga emas itu pulang ke rumahnya pada pukul 10 pagi. Jarak antara rumah Raja Zailah dari rumah mangsa kira-kira 100 meter.

Mangsa, guru al-Quran yang tinggal berseorangan dipercayai mati dipukul dengan objek keras di kepala dan turut disamun apabila gelang bernilai RM4,000 yang dipakai mangsa dilarikan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa sebelum itu menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Raja Zailah sebelum pulang ke rumahnya kira-kira pukul 10 pagi.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari keluarga mangsa setelah Raja Zailah menyuruh cucunya, Nik Mohamad Irham mencari neneknya.

"Nik Mohamad Irham bergegas ke rumah neneknya tetapi mendapati tingkap serta pintu depan rumah neneknya itu berkunci.

"Bagaimanapun, pintu belakang rumah dalam keadaan terbuka lalu dia menuju ke bilik neneknya.

"Sebaik membuka pintu bilik, Irham mendapati neneknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai dengan kepalanya berlumuran darah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

PRU 13 - Umno <b>Di Pasir Puteh</b> Istihar Jihad ~ Gelombang Kick

Posted: 19 Jul 2012 01:02 AM PDT

PASIR PUTEH - Umno menganggap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu jihad kerana kerajaan Barisan Nasional serius memperjuangkan agama yang wajib dikekalkan.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti kehilangan hala tuju kerana dihimpit pandangan berbeza daripada PKR dan DAP.

"Kita lihat bagaimana Pas melaungkan slogan kebajikan mentadbir Kelantan dengan meminta derma rakyat untuk membina lebuh raya sedangkan kerajaan sepatutnya berperanan sebagai bapa yang memberikan wang kepada anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pasir Puteh Kali Ke-10 yang disempurnakan Naib Ketua Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Ketua Puteri Umno Pasir Puteh, Zurina Ripin, Ketua Puteri Umno Kelantan, Maznah Yaacob dan pimpinan Umno Bahagian.

Zawawi berkata, sayap parti, Puteri Umno perlu mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menghadapi serangan daripada Pas atau PR.

Sementara itu, Shahanim dalam ucapan perasmiannya berkata, Puteri Umno perlu menggunakan konsep 6S sebagai persediaan berdepan parti lawan dalam PRU13.

Katanya, 6S yang dimaksudkan ialah setia parti, semangat, syukur nikmat, satu pengundi satu undi, satu padu dan sukarela yang dilihat perlu untuk menghadapi cabaran PR.

"Kita mesti setia kepada parti, jangan mudah mengalah apabila calon yang diharapkan tidak terpilih, pilih sesiapa sahaja yang dipilih Perdana Menteri.

"Semangat untuk berkempen bagi menarik orang ramai mengundi BN juga penting selain syukur nikmat kerana kerajaan begitu banyak membantu rakyat," katanya. - Sinar Harian

Syabas buat Umno Bahagian Pasir Puteh yang dilihat lebih kehadapan dalam persediaan menghadapi PRU13. Insyaallah usaha tersebut akan mendapat kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads