Ahad, 9 September 2012

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Lelaki Dikehendaki Polis Cedera Ditembak <b>Di Tumpat</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2012 08:05 AM PDT

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

TUMPAT – Seorang lelaki yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam 11 kes jenayah cedera ditembak selepas bergelut dengan polis di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejadian berlaku ketika suspek berumur 29 tahun membonceng sebuah motosikal ditunggang rakannya dalam keadaan mencurigakan, terserempak dengan dua anggota polis dari Balai Polis Wakaf Bahru yang sedang membuat rondaan jenayah di kawasan itu pada 1.30 petang.

"Selepas diarah turun daripada motosikal untuk pemeriksaan, suspek dan rakannya cuba melarikan diri sebelum melanggar sebuah kereta kerana melawan arus menyebabkan mereka terjatuh.

"Seorang anggota polis mengarahkan mereka menyerah diri namun suspek mengeluarkan sebilah kapak dan cuba menyerang konstabel itu dan cuba merampas pistol anggota polis itu sebelum suspek ditembak," katanya.

Beliau berkata suspek yang cedera di lengan kanan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata rakan suspek, seorang rakyat tempatan berusia 20-an kemudian berjaya ditangkap orang ramai berdekatan tempat kejadian.

Katanya polis turut merampas sebilah kapak dan kelewang serta peralatan pecah rumah dipercayai digunakan oleh suspek.

"Suspek terbabit memang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah melibatkan pecah rumah di daerah itu," katanya.

EKSKLUSIF ! Mencari Kebenaran <b>Di</b> Pondok Geting <b>Tumpat</b> Kelantan

Posted: 13 Aug 2012 11:19 PM PDT


Terlebih dahulu ingin saya refresh balik isu yang membabitkan Tok Guru Abdullah Saamah @ Pondok Geting ni. Semua pasti ingat kenyataan beliau - Undi Dap Haram yang sedikit sebanyak menggegarkan politik orang Melayu baru ni.  Antara strategi menangkis serangan dan sekali gus usaha mengalih isu yang sering digunakan dalam politik adalah dengan menyerang KREDIBILITI musuh dan dalam kes ini, Pas melalui YB Kelaboran, Tumpat telah membuka gelanggang dengan membuat pelbagai tuduhan yang mengaibkan bertujuan mencalar kredibiliti Abdullah Saamah.

Dalam artikel saya sebelum ini ( KLiK ) ada saya menulis intipati video ucapan YB Zaki Ibrahim diatas -

Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ...  tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas.

Pendekkata - Tuan Guru Haji Abdullah Saamah adalah seorang PENIPU ! 'Ustaz' cari makan, dibayar untuk berlakon sebagai ustaz dan serang Nik Aziz @ Pas.

Semuanya LAKONAN yang didalangi oleh Umno.

Begitu juga Zainal Abidin yang kononnya mengaji  pondok di Pasir Tumboh. Asalnya cuma penjual pasar malam, kemudian buka kedai kopi depan mesjid, tak laku.... kemudian buat rumah di Pulau Ular tapi mengaku sebagai 'pondok' padahal tidak ada sorang pun anak murid.

Muhyiddin ditipu bila bagi derma buat pondok yang tak wujud. Abdullah Saamah dapat RM100k, Zainal Abidin dapat RM50k.

Tapi kemudian  Zaki kata cuma sampul surat saja, duit belum terima.

Terus terang saya cakap, saya cukup pantang ditipu kalau benarlah dakwaan YB itu. Ada yang kata , yang penting adalah kenyataannya ...... saya tidak ada masalah dengan itu. Kenyataan, kenyataan juga tapi Tipu pun kena sahkan juga !

TIDAK ADA blogger pro Umno lain yang berani sambut artikel saya ...... hairan ! Mungkin SEMUA SIBUK NAK BUAT PERSIAPAN HARIRAYA KOT ..... jadi malas nak serabutkan otak. Takper lah.

Saya terpanggil untuk mencari KEBENARAN - YB ZAKI PENIPU atau ABDULLAH SAAMAH PENIPU ?

BESAR risikonya buat Umno sekiranya ternyata dakwaan YB Zaki itu benar ! Kira boleh bye-bye la nak tawan Kelantan kalau benar terbukti Umno menjadi dalang disebalik lakonan Abdullah Saamah.

Tapi waktu sama, jika benarlah dakwaan itu, saya pun tidak akan berdiam diri ! Hell no, saya akan dedahkan sebab terlalu jelik perbuatan sepertimana dakwaan YB Zaki itu. Umno tak Umno ... nasiblah.. Saya sendiri sudah menulis beberapa artikel yang menyokong kenyataan Abdullah Saamah, minta maaf la, saya tidak boleh biarkan isu ini berlalu begitu saja tanpa saya cari KEBENARAN yang sebenar.

Carian dalam internet memberikan saya info tentang Pondok Geting dan gambar - KLiK . Tak sukup power rasanya ...... takde gambar pelajar dan gambar bangunan seperti dibawah ini nampak macam ...... tak bernyawa. Takder impak !

Bagaimana dengan dakwaan2 lain itu ?

Dalam kebanyakan isu, kebenaran dibuktikan melalui tindakan orang lain. Saya sekadar menunggu dan kutip saja apa yang orang lain berikan. Tapi kali ini LAIN. Tumpat cuma 3-4 jam saja dari Kuala Terengganu. Saya boleh saja kePondok Geting dan tengok dengan mata kepala saya sendiri ! Maka saya cari no talipon untuk bercakap dengan Tok Guru Abdullah Saamah sendiri, berjaya, dan terus set masa untuk bertemu dengan beliau di Pondok Geting.

Isunya mudah .... buktikan apa yang YB Zul sebut diatas itu salah atau benar dan SAYA SENDIRI MAMPU lakukannya tanpa perlu mengharapkan bantuan sesiapa. Tapi itu untuk diri sendiri.

Kalau nak ditulis dalam blog, setakat pengakuan saya saja mana cukup. Maka terpaksalah saya cari bantuan jurukamera professional yang boleh merakam visual dan seterusnya mengedit dan upload dalam Youtube. Manalah saya tahu semua tuh .....

Letih saya menalipon kekawan yang saya fikir boleh bantu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, semua sibuk nak melayan program2 Berbuka puasa pemimpin2 Umno bersama anak yatim dan oraang susah. TAK SAH KALAU TAK DER SIAPA YANG RAKAM !

Mujur juga sahabat blogger dari UMB Double Y mahu membantu, beliau call rakan blogger Gelombang Kick diKota Bharu dan kebetulan mamat tu free ......... dan dipendekkan cerita -


Sekarang jam 2:16pm saya sudah berada di pintu masuk Pondok Geting Tumpat Kelantan !

SERIUS GILER NI -  saya BELUM LAGI berjumpa dengan Abdullah Saamah. Saya juga BELUM MASUK lagi dalam kawasan pondok. Artikel ni saya siapkan dulu, tunggu gambar je sebelum saya postkan. Sekarang saya baru nak masuk kawasan pondok itu dan seterusnya memulakan pencarian Kebenaran yang menjadi matlamat saya kesini.

Apakah info atau visual yang bakal saya temui ? Wallahualam ..... 

Fokus <b>Tumpat</b>: Maik Serius Atasi Miskin Tegar | Detik Perubahan

Posted: 30 Aug 2012 03:49 AM PDT

TUMPAT – Daerah ini terpilih dalam kajian tahap kemiskinan rakyat di Kelantan yang sedang digerakkan secara bersepadu oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan dibantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Malayu Kelantan (Maik).

Kajian mengambil tempoh tiga hingga empat bulan bermula Ogos dibantu pakar penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertujuan menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini.

Penasihat Khas Yang Pertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata, kajian awal mendapati, daerah Tumpat antara daerah paling kritikal masalah kemiskinan tegar.

Menurutnya, melalui kajian ini, dapat ditentukan punca dan cara penyelesaian untuk hapuskan miskin tegar, corak hidup golongan tersebut perlu ditukar.

"Kajian ini atas titah Sultan Kelantan dan Yang Dipertua Maik, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

"Bagi membolehkan masalah kemiskinan di negeri ini ditangani selain memudahkan menyalurkan bantuan," katanya.

Menurutnya, sebanyak 100 keluarga sekitar Tumpat dikenal pasti menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.

"Maik mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu kami turun padang melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka dibantu.

"Sekiranya kajian di sini berjaya, ia akan dikembangkan ke daerah–daerah lain di negeri ini," katanya.

Nik Kamaruddin berkata, golongan miskin tegar akan dibantu dan mereka tergolong dalam kategori ini sebenarnya ada keupayaan mengubah hidup.

"Mereka miskin disebabkan tidak diberi peluang. Kita bukan bagi ikan, tetapi bagi kail supaya mereka tidak bergantung kepada bantuan setiap masa.

"Mereka dibantu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan sehingga mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.

Masalah kemiskinan juga boleh menyebabkan meningkatnya masalah sosial dalam kalangan orang muda yang semakin membimbangkan.

"Bila keadaan di rumah tidak selesa, menyebabkan golongan muda ini tidak gemar duduk di rumah. Mereka cenderung keluar bersama rakan-rakan. Ini mendorong mereka terlibat dengan gejala sosial," katanya.
Penduduk sambut baik

Seorang penduduk, Aminah Mamat, 42, berkata, dia terkejut dikunjungi rombongan Maik dan penyelidik yang membuat kajian kemiskinan di sekitar Kampung Geting dan teruja, keluarganya terpilih dalam kajian tersebut.

"Jika kajian ini dapat membantu keluarga saya keluar daripada kepompong kemiskinan, saya sambut baik usaha ini.

"Kami di sini hidup susah, anak pula ramai," katanya yang mempunyai tujuh anak.

Turut serta dalam tinjauan, Ketua Jajahan Tumpat, Serpudin Mohamad dan Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads