Ahad, 9 September 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: Masjid Cina@ Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 07 Sep 2012 05:00 PM PDT


Bagi pembaca yang baru membaca entry ini,anda boleh membaca mengenai Masjid Cina@Masjid Beijing di sini. Ada juga beberapa maklumat yang boleh dibaca dalam blog myadha dan beberapa kawan yang lain.Pasti pembaca ingin mengetahui berapa kos pembinaanya. Mengikut maklumat pembacaan saya kosnya menelan belanja hampir 9 juta. Lihat saja pada paparan saya yang sebelum ini. Memang cantik rekebentuknya.Dan paling saya suka keadaan persekitaran Masjid Cina@ Masjid Beijing ini bersih dan selesa. Tiada halangan bagi pelancong untuk berkunjung dan bergambar di Masjid Cina ini. Malah anak saudara saya,beriya-iya ingin mengambil gambar di ruang imam....(lihat gambar di atas).
Ini pula pembahagi ruang solat wanita dengan lelaki. Tahukah anda,bahawa cetusan idea pembinaan Masjid Bejing@Masjid Cina ini adalah dari Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Dari pembacaan saya,pada peringkat awal pembukaan masjid ini khabarnya solat terawih diimamkan oleh Imam jemputan dari China...yang kebetulan ketika pembukaan ini jatuh pula pada bulan Ramadhan.Tahniah!pihak yang bertanggungjawab satu inovasi dalam menyebarkan syiar islam.Bagi anda yang berada di luar Kelantan,dan datang berkunjung ke Rantau Panjang jangan lepaskan peluang berkunjung dan bersolat di Masjid Cina@Masjid Beijing ini. Kita akhiri kisah Masjid Cina/Beijing di sini....Kami dah melawat anda bila lagi?....(Entry baru bakal menyusul,sedang fikir)

.: Gelagat Bacal Dan Pembahagian Kerusi <b>Di Rantau Panjang</b>

Posted: 25 Aug 2012 08:22 PM PDT


Malam ini hendak berpaling ke politik kampung sendiri sekilas dengan memberi gambaran mengenai kedudukan Umno dan bakal-bakal calon (bacal) yang kini sedang giat menayang 'bojen' dan membentang manifesto peribadi  kepada rakyat. Mereka berbuat awal-awal lagi mana tahu  takut-takut dipilih menjadi calon.

Khabarnya mereka yang merasakan layak menjadi calon dan teringin sangat melihat gambar ditampal di pokok kepala bergerak aktif masuk kampung keluar kampung tidak kira hujan kilat angin ribut. Pantang ada kematian, perempuan bersalin atau anak lembu jatuh telaga buta, bacal ini akan berlari kenjang masing-masing menghulurkan bantuan.


Macam-macam gaya dan cara dilakukan oleh 'bacal' ini. Salah seorang sudah termasuk dalam kelambu veteran, katanya rajin mengunjungi surau dan masjid yang sebelum ini kalau ditanya mana pintu utama masjid pun tidak tahu. Kalau ada tempat 'berbewah' (kenduri)  bukan saja duduk di bendul tetapi terus menuju ke serambi tempat bergulai ambil sodek terus kacau gulai atau nasi dalam kawah. Pernah terjadi kerana tidak berhati-hati gulai yang dikacau salah seorang bacal ini merencik ke mukanya sampai melecur bawah dagu. Nasib baik tak buruk!

Ada juga bacal ini bergerak menawan hati rakyat dengan cara lain mengikut kemampuan dan idea tersendiri. Ada yang mengadakan pesta fun fair, atau pun menjadi penganjur pertandingan burung candik. Disediakan hadiah berupa basikal, periuk nasi, ataupun basikal chopper dan sebagainya.

Manakala bacal yang ada duit sikit khasnya yang dilantik menjadi pengarah Dun lain pula caranya. Masa bulan Ramadhan baru-baru ini kerap mengadakan majlis berbuka puasa dan memberi zakat fitrah ada yang sekadar RM20 hingga RM30 ringgit seorang. Manakala bacal yang tidak berduit, tidak tahu hendak 'menyangak' duit parti tidak berbuat apa-apa melainkan berdoa. Bacal yang kaki agak panjang sedikit dan ada konteks dengan ibu pejabat parti di KL tidak perlu pedulikan rakyat atau berkhemah di kedai-kedai kopi cukup melangut di bawah dagu pemimpin di ibu kota.

Kerusi dalam kawasan Rantau Panjang ada empat saja, tiga Dun (state) dan satu parlimen. Kerusi-kerusi state, Gual Periok, Buku Tuku dan Meranti. Kerusi Parlimen  ialah Rantau Panjang.

Setakat hari ini ada lapan orang yang disebut-sebut akan menjadi calon (bacal) atau dikatakan layak atau merasakan diri mereka anggun menjadi calon dari pihak Umno. Masing-masing telah "chot" kerusi masing-masing. Mereka, ketua bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yassin, timbalan ketua Shaari Hussein, naib ketua Mohamad Daud, ketua pemuda Affandi Yusuf.

Selebihnya, bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail, bekas bendahari Ghazali Ismail dan bekas setiausaha bahagian, Mamat Jusoh. Turut sama dijaja sebagai bacal ialah bekas ahli jawatan kuasa bahagian Wan Amiruddin Wan Daud dan bekas pegawai belia Dr Danial. Selain Danial yang lain merupakan pernah menjadi pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang.

Daripada lapan calon itu empat pernah bertanding dan dua pernah menjadi wakil rakyat. Yang pernah jadi wakil rakyat (menang) ialah Shaari Hussein (Gual Periok) dan Mat Zain Ismail (Bukit Tuku).

Mereka yang pernah bertanding dan kalah Abdullah Mat Yasssin. Bertanding dua kali, sekali di parlimen Rantau Panjang dan sekali lagi di Dun Meranti, dua-dua tewas. Mohamad Daud dikerusi parlimen Rantau Panjang begitu juga dengan Afandi Yusuf. Manakala yang belum merasai sebagai calon ialah Wan Amiruddin, Mamat Jusoh, Ghazali dan Danial.

Nama-nama kelapan-lapan orang itu khabarnya sudah pun dihantar ke pengetahuan ketua perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed. Nama-nama itu sudah melalui saringan di peringkat bahagian dan juga melalui laporan mengenai latar belakang dan keperibadian mereka dari pihak SB. Pendeknya latar belakang, tingkah laku dan rekod perkhidmatan mereka sudah dalam pengetahuan parti.

Apakah Mustapa sudah membuat senarai pendek - memilih satu nama untuk satu kerusi tidak diketahui, ataupun beliau menghantar kesemua nama-nama terlibat. Bagaimana pun ada juga maklumat dalaman mengatakan pihak Mustapa sedang mengenal pasti sehalus-halusnya nama-nama itu untuk disesuai dengan kerusi yang bakal ditandingi. Mustapa terpaksa meninjaun dari berbagai aspek dan berbagai sumber bagi memastikan kemenangan. Bertanding saja tidak ada gunanya kalau kalah.

Sebelum ini Mustapa pernah memanggil beberapa orang tertentu di Rantau Panjang yang bertelagah sesama sendiri bagi menyelesai atau melendikkan keadaan. Pertemuan itu juga tentulah untuk mengelakkan perebutan sesama sendiri di Rantau Panjang. Sebelum ini Umno bahagian Rantau Panjang mengalami pergolakan besar apabila berlaku dua mesyuarat bahagian yang serentak. Umno Rantau Panjang terbelah dua macam buah tembiar masak merah. Satu kumpulan diketuai oleh ketua bahagian sekarang Abdullah Mat Yassin dan satu lagi diketuai bekas ketua Mohd Zain.

Apakah hasil pertemuan itu keadaan Umno Rantau Panjang hari ini sudah tenang? Tetapi yang jelasnya penyelesaian dibuat oleh Mustapa satu keputusan yang adil dan saksama di mana beliau tidak berpihak ke mana-mana pihak dan menafikan peranan mana-mana pihak untuk pembangunan parti. Itu yang beliau harapkan.

Keadilan itu terserlah apabila Mat Zain yang kehilangan jawatan sebagai ketua Umno bahagian dilantik menjadi pengarah Dun Gual Periok, manakala Ghazali Ismail pengarah Dun Bukit Tuku. Shaari walaupun tidak menjadi pengarah mana-mana Dun tetapi diberi keistimewaan bila mana orang-orangnya yang pernah dilantik menjadi Pegawai Penyelia Mukim (PPM) dilantik semula. Ketua pemuda Afandi Yusuf pula dilantik sebagai pengarah Dun Meranti.

Perlantikan atau ambil bicara Mustapa menerusi 'perlantikan' itu menyebabkan kini berlaku 'pengecotan' penanda kerusi bakal ditandingi masing-masing. Atas perasaan pengarah akan dilantik menjadi bacal maka Shaari, Ghazali dan Mat Zain serta Afandi merasakan mereka mempunyai tempat masing-masing dalam pilihan raya akan datang. Apakah realitinya begitu?

Kalau benar begitu Ghazali sepatutnya tidak menjadi pengarah di Bukit Tuku sebaliknya di Gual Periok kerana rumahnya berada dalam Dun Gua Periok, Dun Bukit Tuku patutnya diungguli Mohd Zain. Adapun pertukaran itu bunyinya kerana orang Gual Periok tidak dapat menerima Ghazali maka beliau dipindah. Awal-awal lagi kata setengah orang sebelum pegawai pilihan raya buka pusat mengundi Ghazali sudah kalah kalau diletakkan bertanding di Gual Periok. Apakah jaminannya kalau beliau bertanding di Bukit Tuku?

Selain beliau kerusi Gual Periok juga menjadi idaman Shaari dan Mamat Jusoh. Mungkin Mamat tidak menjadi masalah besar kerana dia hanya berangan-angan saja untuk jadi calon. Bagi Mamat yang sudah berkarat dalam Umno cukup kalau dapat berangan-angan sebagai calon sudah puas baginya. Tetapi Shaari wajar untuk kerusi Gual Periok kerana beliau pernah berkhidmat di situ. Pemerhatian kampung pula berpendapat kalau Shaari turun sekali lagi di kerusi itu dia mampu mengalahkan wakil rakyat Pas kini.

Kalau Shaari di Gual Periok, Mat Zain perlu kembali ke tapak asalnya di Bukit Tuku. Beliau pernah berkhidmat dua penggal di kerusi berkenaan. Pengaruhnya juga ramai di situ. Namun kalau Umno ingin melakukan transformasi mahu meletakkan orang berdarah muda Wan Amiruddin boleh diperjudiankan di Bukit Tuku. Bagi mengelak kekecewaan Mat Zain beliau boleh difikirkan untuk bertanding di kerusi parlimen Rantau Panjang. Macam mana dengan Ghazali?  Kerusi "Golok" ada untuknya.

Struktur perlantikan pengarah Dun hari ini menampakkan persiapan ke arah itu, Mat Zain mungkin akan diletak bertanding di kerusi Rantau Panjang. Bagaimana pun dengan menjelmanya orang bernama Dr Danial bekas pegawai belia dan kini menceburi diri sebagai motivator boleh menggugat peluang Mohd Zain. Danial dikata mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan massa dan latar belakang pendidikan yang baik. Dia lepas dari universiti luar negara. Kebelakangan ini sibuk memberi motivasi kepada pelajar dan orang kampung.

Jika hendak dibandingkan kualiti yang ada kepada Danial, dia mengatasi kualiti bacal-bacal lain terutamanya ketua bahagian sendiri Abdullah Mat Yassin. Walaupun Abdullah bekas pegawai kerajaan tetapi dia kalah dari segi syaksiah dan peribadi. Latar belakang dan perangainya di bahagian Rantau Panjang telah merosakkan imej Umno Rantau Panjang. Wajah Abdullah di Rantau Panjang lebih kurang tiang jamban sahaja!

Ringkasnya untuk calon parlimen Rantau Panjang dengan menolak Abdullah, ia ada dua nama bacal saja kini, iaitu Mohd Zain dan Danial. Adapun bekas calon sebelum ini Afandi Yusuf sudah tidak termasuk dalam book kira-kira. Afandi sendiri kini sudah jarang pulang ke Rantau Panjang. Anak muda yang berbakat ini awal-awal lagi sudah patah di tengah jalan disebabkan syok dengan kehidupan Kuala Lumpur. Kalaupun Umno masih mengambil kira atas dia seorang yang boleh membaca doa lebih baik dari bacal lain, mungkin Afandi diletakkan di Meranti untuk berdepan dengan Nasaruddin Daud. Tetapi kalau Abdullah tetap gila hendak jadi calon dia boleh ambil kerusi itu atas kapasitinya sebagai ketua bahagian.

Apapun nama-nama itu semua masih kekal berada dalam senarai bacal kecuali nama Mamat Jusoh dan Mat Daud yang sudah lama bergulung dalam sungaik Golok. Kedua-dua mereka sudah dicicirkan awal-awal lagi. Cuma Umno sedang mencari mekanisme bagaimana untuk merawat hati Abdullah sekiranya namanya juga dicicirkan. Mamat Jusoh tidak menjadi masalah sebab dia seorang yang setia kepada parti sejak dari dulu lagi. Manakala Mat Daud bukan seorang ambisius dalam politik, dia menjadi calon tahun 2004 dulu pun kerana tidak ada seorang pun ahli Umno berminat untuk bertanding di kerusi parlimen Rantau Panjang.

Nama-nama ini sedang diperhatikan. Saya percaya Mustapa sedang memantau nama-nama ini dari masa ke semasa. Walaupun nama-nama ini mungkin sudah dikirimkan kepada presiden parti, tetapi Mustapa masih berhak untuk membuat pindaan disaat-saat terakhir. [wm.kl.10:17 am 26/08/12]

#amirtravel: Membeli-belah <b>Di Rantau Panjang</b> » amirnawawi <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2012 07:12 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi sekalian. Sudah lama rasanya saya tidak menulis untuk slot #amirtravel ini ya. Namun kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai Rantau panjang. Syurg membeli belah untuk semua.

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa yang istimewanya tentang Rantau panjang ini tapi tempat ini sememangnya digemari oleh insan2 yang berpoket tebal dan suka melaram. Rantau panjang ini merupkan Golok versi Malaysia dan jugak merupakan Padang Besar versi Kelantan.

Pelbagai benda boleh didapati di sini. Dari pakaian, makanan, patung dan pelbagai lagi dengan harga yang sememangnya berpatutan. Saya memang rambang mata la kalau dating sini. Nasib baik duit waktu pergi tu tak banyak sangat. Terlepas la dari godaan membeli.

Dari koleksi pakaian yang ada semmangnya menarik dengan harga yang agak berpatutan. Jika anda pandai menawar, munking akan mendapat harga yang lebih murah. Saya sekadar menjeling sahaja apa yang dibeli oleh rakan saya.  Kalau ikutkan hati, memang inginku sapu bersih semuanya..hehe3

Apepun Rantau Panjang merupakan salah satu tempat yang menarik untuk anda lawati jika berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang ini. Jangan rambang mata sudah!

AM: Pertama kali menjejakkan kaki ke sini setelah 5 tahun tidak ke mari. Memang penuh kelainan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads