03 di mengkebang - Google Blog Search |
- victory: Hajjah Bidah Jusuh telah Tiada
- Sokongan Pengundi Berpihak Kepada Calon Yang Dapat <b>...</b>
- Umno Kuala Krai: CERAMAH PERDANA
victory: Hajjah Bidah Jusuh telah Tiada Posted: 03 Sep 2012 05:12 AM PDT Khamis 30 Ogos 2012 , terima berita dari Mudir SMU (A) Saadah Mengkebang, Ustaz Haji Ahmad Zuklkifli Hj. Che Soh memaklumkan Hajjah Bidah (Mak Dah) telah meninggal dunia di kampung Batu Hitam , Pasir Puteh. Kami tiga beranak balik ke Kelantan pada pagi Jumaat dan sampai di rumah Mengkebang jam 430 petang. Malamnya terus ke kampung bersama ayah dan isteri menghadiri Tahlil Arwah. Anak-anak Allahyarhamah dari Johor Bahru, Terengganu berkumpul semua di rumah anak bongsu mereka Roslan Deraman seorang guru di SK Jeram Pasir Puteh . Mak Dah meninggal kerana sakit lama . Beliau mengidap angin ahmar/ strok sejak bertahun dan di jaga oleh anak bongsunya Roslan dan isteri kerana anak-anak lain jauh dari Kelantan. Berjumpa Abang Ishak Sudah agak lama aku tidak berjumpa dengan abang Ishak dan Kak Misah yang tinggal di selatan Tanah Air. Malam tahlil dapat bertemu semua sanak saudara yang jauh dan dekat. Pertemuan sebegini membangkitkan rasa keakraban dan silaturrahim bagi kami. Abang Ishak bersama anak-anak , menantu dan cucu semuanya balik memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ibu tersayang. Anak-anak arwah yang lain ialah Zahari, Mohd. Noor yang baru bersara wajib dalam PDRM pun ada bersama .Abang Ishak bermastautin di Johor Bahru. Beliau ialah mantan tentera laut yang berpangkalan di Woodlands Singapura, pada masa dulu . Semoga Allah SWT memberikan tempat yang selayaknya kepada Allahyarham Hajah Bidah Jusuh Amin Ya Rabbal Alamin .. Che' Yahya Che' Soh |
Sokongan Pengundi Berpihak Kepada Calon Yang Dapat <b>...</b> Posted: 09 Sep 2012 03:08 AM PDT KUALA KRAI - Sokongan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pertang, dekat sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini akan jadi milik mana-mana calon yang dapat menyelesaikan masalah kerosakan jalan utama di kawasan itu. Seorang penduduk enggan dikenali berkata, desas desus ratusan pengundi di PDM itu akan mengundi calon mewakili Kerajaan Negeri atau Pusat yang membaiki laluan berkenaan sebelum PRU13, makin kuat kedengaran. Katanya, tindakan dipercayai bagi menyatakan kekecewaan penduduk terhadap kegagalan pihak berkaitan membaiki kerosakan jalan antara Pasir Gajah ke Kuala Pertang sepanjang kira-kira dua kilometer itu sejak sekian lama. "Kami sudah lama tunggu jalan ini dibaiki, malah sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan sebelum ini hingga ramai penduduk nak pulau pilihan raya (PRU13) sebab kecewa. "Wakil rakyat mana baiki jalan ini sebelum pilihan raya, kami akan sokong tidak kira sama ada Umno atau Pas pada PRU13 nanti," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Keadaan laluan antara Pasir Gajah dan Kuala Pertang yang rosak teruk hingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan itu termasuk pelajar pernah beberapa kali disiarkan akhbar ini. Amaran akan memulaukan pilihan raya jika laluan itu tidak dibaiki sebelum PRU13 juga pernah disuarakan penduduk pada pertemuan bersama ahli politik, pemimpin masyarakat dan wakil agensi kerajaan, Mei lalu. Penduduk terbabit berkata, pihak berkenaan diingatkan agar tidak pandang ringan desakan terbaru itu kerana undi di PDM tersebut mampu beri kesan besar kepada keputusan PRU13 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang. "PDM Kuala Pertang ada tujuh cawangan dan jika majoriti pengundi di setiap cawangan beri sokongan kepada seseorang calon, tentu ada ada kesan besar dan boleh jadi faktor kalah atau menang di Dun Mengkebang," katanya. |
Umno Kuala Krai: CERAMAH PERDANA Posted: 22 Jun 2011 12:27 AM PDT |
You are subscribed to email updates from di mengkebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan