03 di kota bharu - Google Blog Search |
- Bersama Mazidul: ORANG DALAM GELAP <b>DI KOTA BHARU</b>
- Kittunkatz Bengal Malaysia BLOG: Royal Canin <b>di Kota Bharu</b>
- [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Kota Bharu</b>, Kelantan (1 Sept <b>...</b>
Bersama Mazidul: ORANG DALAM GELAP <b>DI KOTA BHARU</b> Posted: 16 Aug 2012 01:48 PM PDT "Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, memang ramai orang berada di kawasan berhampiran Masjid Muhammadi, kalau Mazidul hendak tengok, kita boleh pergi," ujar Roslan Razak. Kali terakhir saya bertemu Roslan, 24 tahun lalu sewaktu bersama menuntut di Kolej Pengajian Persediaan, Seksyen 17, Shaah Alam, Selangor. Malam tadi kami bersama menjamu selera di gerai menjual mi udang di Badang, Kota Bharu. Saya pernah berkunjung ke gerai itu beberapa tahun lalu dan gambar berikut dirakamkan. Sahabat saya, Ustaz Zaharuddin Zainal kemudian memandu dari Pasir Mas untuk bersama kami di gerai sama. Selesai menjamu selera, kami bergerak ke lokasi dicadangkan oleh Roslan. Sebaik tiba saya dan rakan berjalan menuju ke arah sekumpulan lelaki, perempuan dan kanak-kanak duduk dan tidur di kaki lima di hadapan hotel. Anak kecil mereka tidur di atas simen, berselimutkan kain nipis. "Siapakah mereka ini?," soal saya kepada Roslan. "Majoriti dari Thailand dan sebilangan warga tempatan. Mereka menunggu orang untuk memberikan sumbangan zakat. Pada malam Hari Raya, satu round about di kawasan ini penuh," balasnya. Setelah merakamkan gambar, kami beredar. Sebaik kumpulan kedua kami dekati, terdengar jeritan maki hamun oleh wanita saya rakamkan sebelum itu. Dia bak kerasukan. Kenderaan dipandu oleh Roslan diparkir kurang 100 meter dari lokasi kumpulan pertama duduk. "Saya mengayuh beca di siang hari dan duduk di sini bersama isteri sekadar bersembang bersama rakan," ujar lelaki berkopiah. Jam tangan saya menunjukkan pukul 12.41 pagi. Aneh benar bersembang di dalam gelap di tepi jalan pada waktu itu. Saya merekodkan visual mereka menggunakan night vision mode. "Tengok, itu mesti dari Thailand, mereka melarikan diri," kata Roslan. Beberapa minit kami berada di situ, beberapa kumpulan lain menghilangkan diri di celah bangunan berhampiran. Remaja mengayuh basikal di bawah kelihatan tenang membawa anak kecil. Gambar di atas, dirakamkan oleh Ustaz Zaharuddin pada jam 12.48 pagi. "Memang ada van membawa sebilangan mereka ke sini," jelas Roslan. Menurut lelaki di bawah, dia mempunyai 2 anak perempuan kini menetap di Kuala Lumpur. Akibat kesesakan wang, dia dan isteri berada di lokasi itu. "Lazimnya sebilangan orang kaya datang ke sini dan menghulurkan wang zakat kepada mereka," celah Roslan. Saya berasa sedikit hairan namun barangkali itu antara kaedah pembayaran zakat di Kota Bharu. Kira-kira jam 1.10 pagi, saya dan Roslan mengucapkan selamat tinggal kepada Ustaz Zaharudin sebelum bergerak ke hotel. Kurang 2 minit memandu Roslan memberhentikan kenderaan dipandunya. "Tayar kanan hadapan rasanya macam tidak ada angin," katanya. "Penutup angin tayar hadapan ini telah dibuka, belakang pun telah dilonggarkan," celah Roslan. Penutup angin tayar belakang kemudian diketatkan. Pada jam 1.13 pagi, saya berasa sedikit sesal kerana rakan saya terpaksa berhadapan situasi sukar sebegitu. Ustaz Zaharuddin memandu seiringan kami kemudian memberhentikan kenderaannya di kawasan berhampiran. Tiga minit kemudian kereta Unit Peronda Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu berkebetulan lalu di jalan sama, berhenti. "Biar saya bawa tayar ke stesyen minyak terdekat, untuk dipam," ujar Kopral Hassan Yunus. Dia kemudian membantu menanggalkan tayar pancit. Sarjan Halim Hamzah turut membantu menanggalkan tayar biarpun saya tahu itu bukan tugas mereka sebagai anggota peronda. Dia pernah bertugas selama 10 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor. Saya perhatikan peluh memercik di dahi mereka. Peluh, lambang keikhlasan mereka membantu orang ramai. "Kopral bercuti Hari Raya ke?," soal saya. "Tidak, saya orang tempatan, biarlah rakan lain bercuti," ujar ayah kepada 6 anak itu. Wow! Saya berasa tidak ubah seperti menonton iklan Hari Raya tajaan syarikat ternama sedang ditayangkan di layar dunia. Hati saya tersentuh melihat pengorbanan mereka sekaligus saya mendoakan semoga Allah terus memelihara keselamatan mereka berdua. Setelah tayar ditanggalkan, Kopral Hassan bergerak ke stesyen minyak dan kembali semula kira-kira 15 minit kemudian dengan tayar dipam. Tayar siap dipasang kembali pada jam 1.44 pagi. Terima kasih kepada Sarjan Halim, Kopral Hassan dan rakam Roslan sudi berhenti dan meminjamkan peralatan menanggalkan tayar. Selamat Hari Raya kepada mereka dan semua pembaca blog ini. Tweet |
Kittunkatz Bengal Malaysia BLOG: Royal Canin <b>di Kota Bharu</b> Posted: 27 Aug 2012 07:15 AM PDT Lama sungguh menunggu stok Royal Canin untuk sampai ke Kota Bharu. Akhirnya selamat sampai juga di cattery saya sehari sebelum menyambut hari raya, tak banyak cuma 50 beg sahaja. Walaupun kibbles ni sebagai jajan untuk kucing-kucing saya tetapi makanan segar lebih menjadi keutamaan. Kami proses sendiri makanan yang fresh supaya kucing kami dapat khasiat yang secukupnya. Bengals memerlukan jumlah protien yang cukup untuk membina otot yang tegap. Kalau harap pada kibbles sahaja memang tidak mencukupi. P/s: Di Kota Bharu sesiapa nak order Royal canin boleh Pm or email saya yer. Atau tel kepada P.a saya di talian 0189069151. |
[VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat <b>di Kota Bharu</b>, Kelantan (1 Sept <b>...</b> Posted: 01 Sep 2012 08:40 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Tahun 2005 · Tahun 2006 · Tahun 2007 · Tahun 2008 · Tahun 2009 · Tahun 2010 · Tahun 2011 · Tahun 2012 · Langgan Newsletter. [VIDEO] Jelajah Merdeka Rakyat di Kota Bharu, Kelantan (1 Sept 2012). 1 September 2012 ... |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan