03 di kuala krai - Google Blog Search |
- Penduduk kampung terpencil <b>di Kuala Krai</b> menanti 60 tahun untuk <b>...</b>
- 1 MALAYSIA: Gambar Kehadiran ANWAR <b>DI Kuala Krai</b> Kelantan <b>...</b>
- Shafie Nor: Pengguna <b>di</b> kawasan <b>Kuala Krai</b> alami gangguan air
Penduduk kampung terpencil <b>di Kuala Krai</b> menanti 60 tahun untuk <b>...</b> Posted: 19 Aug 2012 06:48 PM PDT KUALA KRAI, 20 Ogos – Suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini pasti paling menyeronokkan bagi penduduk Kampung Keluat di sini memandangkan inilah kali pertama mereka menyambutnya dengan rumah masing-masing diterangi lampu elektrik. KELUARGA Shafie kini dapat menggunakan kemudahan peralatan seperti televisyen, kipas angin dan radio selepas rumah mereka mendapat bekalan elektrik. Ia sekali gus menamatkan penantian penduduk di situ yang sejak sebelum merdeka hidup diterangi lilin dan pelita minyak tanah sahaja. Bagi Zaiton Abdul Razak, 46, keseronokan menyambut Aidilfitri amat dirasai oleh ahli keluarganya sejak adanya bekalan elektrik itu. "Anak-anak tak sabar-sabar minta beli lampu kelip-kelip untuk dipasang di luar rumah. Semalam (kelmarin) saya beli dan terus pasang. Sukanya hati. Selama ini kami hanya tengok rumah orang di kampung lain pasang lampu kelip-kelip," katanya. Selama bertahun-tahun hari raya penduduk Kampung Keluat cuma ditemani cahaya pelita sehinggakan kadangkala muka mereka jadi hitam akibat terkena jelaga pelita. Zaiton adalah antara penghuni 12 buah rumah di kampung tersebut yang baru menikmati bekalan tenaga elektrik bulan lepas. Penyaluran bekalan elektrik itu dilaksanakan melalui program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM964,000. Kampung Keluat tidak mendapat bekalan elektrik sejak 60 tahun lalu disebabkan halangan fizikal kerana ia dipisahkan oleh Sungai Kelantan daripada perkampungan lain. Keadaan itu menyebabkan kos menyalurkan bekalan elektrik ke kampung tersebut terlalu tinggi. |
1 MALAYSIA: Gambar Kehadiran ANWAR <b>DI Kuala Krai</b> Kelantan <b>...</b> Posted: 01 Sep 2012 05:30 PM PDT BAS MEWAH sudah kena cat datang ke Kuala Krai dengan Kereta tu Mercedes KCD 77...lihatlah saja mana ada orang yang datang.Ini membuatkan tamparan Hebat buat ANWAR...ini tanda tandanya PKR akan hancur di Kelantan bahkan semua tempat di Malaysia.Ini ker mahu menawan Putrajaya...Cara ANWAR untuk mendapatkan sokongan dari PAS jer ni...bukan apa.Tactic ANWAR siapa yang tak kenal talam dua muka. |
Shafie Nor: Pengguna <b>di</b> kawasan <b>Kuala Krai</b> alami gangguan air Posted: 21 Aug 2012 02:40 AM PDT KOTA BHARU, SELASA, 21 Ogos, 2012: Pengguna di beberapa kawasan di jajahan Kuala Krai mengalami gangguan bekalan air berikutan operasi Loji Rawatan Air Pahi tergendala sejak semalam. Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata operasi loji air itu tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik sejak 3 pagi semalam. Kawasan terbabit ialah Batu Jong, Taman Teknik, Taman Daskoh, Guchil, Kawasan Perindustrian Staponal, Kampung Keroh, Kampung Telekong, Kampung Che Wa, Banggol Kulim, Kampung Pek, Kuala Pertang, Pasir Jering, Sungai Tasan, Chenulang, Kampung Enggong dan Kampung Sepuloh. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad sedang membaik pulih bekalan elektrik ke loji tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pusat Info AKSB (PINTAS) di talian 1300-88-2572. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan